Alhamdulillah...akhirnya...penantian itu membawa berita baik...lepas rehat tadi mama call JKM nak bertanyakan kad OKU Humaira...dah siap @ belum...masih terima jawapan yang sama....belum siap kerana pihak pengurusan ada perubahan..so semua permohonan bulan 3 telah dihantar ke HQ di KL untuk diproses.Alang-alang dah call terus minta disambungkan talian kepada Pn. Siti Hajar iaitu staf yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kemasukan ke PDK..bukan senang tau nak dapat bercakap di talian dengan beliau kerana sentiasa out-station..banyak urusan di luar..setelah menyatakan hasrat mama...beliau meminta mama datang berjumpa dengannya di pejabat jam 9.30 pagi esok untuk mengambil surat rujukan kemasukan ke PDK Klang Selatan...Alhamdulillah..ini bermakna Humaira akan ke sekolah selepas nie...moga anak mama nanti mendapat manfaat bila masuk ke PDK nanti...aaamin..:-)
Wednesday, April 27, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Blog baru untuk tempahan baju kurung
Mulai hari ini kepada kawan-kawan @ sesiapa sahaja yang ingin membuat tempahan baju kurung dengan saya boleh berbuat demikian @ mengutarakan sebarang pertanyaan di blog baru saya iaitu ~ CiK NoNie & bAjU kURuNg ~ .... semua dijemput ke blog baru saya yer...sebarang entri berkaitan aktiviti @ projek menjahit saya akan dipost di blog tu...jadi blog ini kekal untuk saya kongsikan perihal diri & keluarga sahaja...hihihi...taknak campuradukkan dengan bisnezz....tak best kan:-)
My 2nd Blog.....
Monday, April 25, 2011
~ Jalan-jalan bersama anak-anak ~
Semalam abah ada kerje di Banting...menguruskan logistik untuk pertandingan kadet Bomba peringkat negeri Selangor...jadi mama bersama 3 orang askar kami menggerakkan aktiviti sendiri...check it out yer...hihihi
>
>
>
>
Seperti biasa..destinasi pertama ke rumah baru kami...
Dah ada wiring kat luar nampaknya
Kemudian bergerak ke tempat cuci kereta
Humaira memang suka kalau dibawa ke sini...x jauh pun,betul-betul sebelah kuarters..
Tengok tu...kan main ketawa...kasut pakai kat kaki la dik..
Kereta dijirus air sabun
Suasana kat dalam "washing machine"
Serabut tul rambut Angah ni
Proses pengeringan
RM3.00 jer cuci kete...prosesnyer pun cepat
Kerete mama setelah dicuci...ok kan...bersih!
Lepas cuci kereta terus ke Kamdar
Layan askar makan aiskrim
Meleleh aiskrim Humaira..memang comot time ni
Ni ler 2 kain pasang 2 meter yang mama sempat beli ...RM35.60..buy 1 free 1...hihihi
Sunday, April 24, 2011
Humaira excited...
Petang semalam tak ke mana-mana.....abah pulak bizi hujung minggu ni...cumanyer berkesempatan membawa anak-anak makan di luar...mood menjahit masih ada..cumanya agak kepenatan sedikit minggu ni jadinyer projek menjahit berjalan agak perlahan..Alhamdulillah rezeki mama....ada 2 pasang kain untuk tempahan baju kurung tradisional daripada Ayu ibu Aisya...baru proses mengukur & melakar pola...harap Ayu setia & sabar menunggu siap yer...almaklumlah mama hanya menjalankan aktiviti menjahit sepenuhnya pada hujung minggu:-)
Apa yang mama nak berkongsi cerita hari ni ialah aktiviti bersama Humaira...petang semalam bawa dia turun ke taman permainan...memang excited dapat main buai,jongkang jongket & gelungsur...tengok jer la picture-picture kat bawah ni....hehehe..
Saturday, April 23, 2011
Dah besar anak-anak mama...
Pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalu..tahun ini mama genap 33 tahun (actually bulan 12 nanti)...dan abah dah masuk 34 tahun...dan cahayamata kami pun dah semakin membesar....tak terasa masa berlalu begitu pantas..dan tak puas rasanya melihat mereka membesar dari usia dalam perut mama hinggalah ke saat sekarang...masing-masing sedang melalui zaman persekolahan..huhuhu...inilah saatnya mama dan abah dapat bersama sepenuhnya dengan anak-anak kerana bila menjelang umur remaja nanti..dah masuk sekolah menengah takkan dapat mengadap muka anak-anak mama 24 jam lagi...yer lah...manalah tau akan ke sekolah berasrama..seterusnya ke universiti...insyaallah ...kemudian menempuh ke alam pekerjaan dan mendirikan rumahtangga...entah-entah sebulan sekali belum tentu dapat menjenguk mama ngan abah kan...so mama dan abah akan ambil setiap masa dari sekarang untuk sentiasa mendampingi anak-anak mama....tanpa kalian akan sunyi sepilah hidup kami..walaupun kadangkala karenah kalian menggugat kesabaran mama...takdelar betul-betul tergugat..hehehe...tapi yang itu jualah meriuh-rendahkan suasana rumah kita...hilai tawa...jerit pekik & tangisan...yang itu jualah akan mama rindukan kelak bila kalian telah dewasa...
Si Montel Along
Si Cekeding Angah
Si Comel Humaira
Kasih sayang mama hanya untuk kalian...abah,along,angah & adik
Selagi hayat dikandung badan selagi itulah mama sanggup berkorban demi kalian ...sayang korang..mmmmuah...:-)
~KOLEKSI TUDUNG UNTUK DIJUAL~
Material : Plain Lycra & Exclusive Brocade Awning
Keluaran : Butik Busana Jalinan Kasih
Harga : RM45(NP:RM55)
Available
~ SOLD ~
Available
Available
Available
Available
Available
Available
Available
~SOLD~
p.s : Harga adalah tidak termasuk kos penghantaran
Friday, April 22, 2011
Kismis Tok Guru
Pagi ni ada sorang budak lelaki bangun pagi dengan muka masam mencuka...dari mula solat Suboh hinggalah nak ke sekolah...sape lagi kalau bukan si Along..marah kat mama...sebab mama tak penuhi kehendaknya.Malas mama nak layan..balik dari sekolah petang semalam dok tunjuk kat mama 1 borang ni..untuk beli Kismis Tok Guru..di sekolah agama ada jualan pagi ni.Sebenarnya kadangkala mama tak puashati gak dengan pihak sekolah bila kerapkali ada jualan kismis dan macam-macam lagi la...memang ler murid-murid tak dipaksa untuk membeli tetapi ibubapa yang akan dipaksa oleh anak-anak untuk membeli apa yang dijual kan...takkan tiap-tiap kali ada jualan nak kena beli barang...aduuhai..pening kepala mama...selagi tak melihat barangnya mama takkan suka-suka untuk habiskan duit beli semua tu...so rupa-rupanya Kismis Tok Guru...mama katakan pada Along di luar sana banyak kismis ni dijual..bila-bila masa mama boleh beli...nanti la bila free kita pergi beli yer..masih dengan muka masam mencuka...bersalam dengan mama dan terus turun ke bawah kerana abah sedang menunggu untuk menghantarnya ke sekolah...alaaahai ..sesekali mama tak layan kehendak Along apa salahnya kan...hehehehe..
KISMIS TOK GURU
Kismis ini telah dibacakan Ayat-ayat Al-Quran dan didoakan oleh ustaz dan para pelajar Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka, Kelantan. Jadikan amalan memakan kismis setiap pagi untuk kecerdasan minda, menguatkan daya ingatan dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Khasiat dan faedah :
Kismis ini telah dibacakan Ayat-ayat Al-Quran dan didoakan oleh ustaz dan para pelajar Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka, Kelantan. Jadikan amalan memakan kismis setiap pagi untuk kecerdasan minda, menguatkan daya ingatan dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Khasiat dan faedah :
- Menghilangkan penyakit lupa
- Menguatkan daya ingatan
- Mencerdaskan minda
- Membersihkan hati
- Mencerahkan mata
- Menghilangkan Balgham
- Otak dan minda
- Sesuai untuk yang menuntut ilmu
- Sesuai untuk yang belajar menghafaz Al-Quran
- Sesuai untuk yang belajar menghafaz Haditz
- Sesuai untuk para Hafiz dan Hafizah
HARGA BIASA : RM 10 (250grm)
Thursday, April 21, 2011
Jenguk rumah baru
Sekarang ni selang 2-3 hari sekali kami sekeluarga akan ke rumah baru kami...petang semalam pergi lagi melihat perkembangan pembinaan..dah siap 90% nampak gayanya...hihihi
>
>
>
>
>
Dah naik tembok
Temboknyer dibina dah sampai rumah kami
Ni lah rumah baru kami
Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri
Kedudukan rumah ni terlindung dari cahaya matahari jadi petang-petang taklah panas..:-)
Wednesday, April 20, 2011
Perlukah?
Di tengah malam ini saya terpanggil untuk menulis entri ini..perlukah?Apa yang perlu?Bila memandang Humaira saya mula terfikir...sampai bila saya harus mendukungnya apabila membawanya setiap kali keluar dari rumah..bukan kerana terbeban dengan beratnya tetapi adakah anak saya ini selesa berada di dalam dukungan saya...sudah tentu tidak..semahu-mahunya dia minta dilepaskan dari dukungan..mahu dipimpin berjalan..sekadar dekat-dekat sahaja bolehlah tapi kalau tempat yang dituju itu jauh dan memerlukan masa yang cepat memang saya atau abahnya akan bergilir-gilir mendukungnya biarpun terpaksa menahan telinga mendengar rengekannya.
Jadi adakah Humaira perlukan semua ini?
Ihsan en.google
atau
ini?
Picture 1 itu mungkin sesuai digunakan...tapi kalau wheelchair Humaira pasti tak suka .. coz dia tak suka dok dalam stroller...dua-dua ni fungsinya serupa..memang Humaira tak gemar duduk jer lebih-lebih sekarang ni suka sangat kalau dipimpin berjalan...aduuuhai...Humaira..mama buntu sangat...tak fikir sekarang...akan datang pun kena fikir gak...huhuhu...
Hal ini timbul apabila ke mana-mana saya pergi..orang akan berkata..'hei..dah besar ni dukung lagi'.......'jalanlah,sian mama'....'berapa umur anak kak?'....kadang-kadang tak tercakap..'anak saya nie belum boleh berjalan sendiri lagi'...bukan apa penat dan letih la nak bercerita panjang...kenapa,apa,bagaimana...biarlah mereka berfikir sendiri @ nak kata apa..ada yang baik hati siap bagi no.telefon orang yang pandai mengurut ... namun saya masih belum berkesempatan untuk membawa Humaira lagi...:-((
Ya Allah bantulah hambamu ini...berilah petunjuk kepadaku..untuk membantu Humaira....
p.s: Mama pun tak sanggup gunakan wheelchair untuk Humaira ....coz Humaira mampu berjalan tapi perlukan support...mama sanggup jadi 'kereta' buat adik selagi mama terdaya:-)
Tuesday, April 19, 2011
Tudung Syria kanak-kanak
Hari ni mama ambik cuti.....coz nak siapkan lagi 2 helai tudung cikgu sekolah mama..repair awning jer...alang-alang dah cuti ni sambil-sambil kemas rumah..on laptop n wat entri pasal tudung Syria ni..hehehe
Minggu lepas pergi pasar Ahad...pastu ada belikan 2 helai tudung Syria kanak-kanak...1 untuk Angah warnaa hijau pucuk pisang dan 1 lagi untuk Humaira warna hitam...sempat ler tangkap picture masa Humaira tengah dok menggayakan tudung tu....check it out k..:-)
Posing ala-ala model gitu..tapi serius jer
Bulatnya mata Humaira
Anak sape ni eh?
Bila tengok easy jer nak pakaikan tudung ni kat Humaira dan nak ajar bertudung...tergerak pulak kat hati ni nak wat tudung Syria ni untuk Angah & Adik....ok gak..mudah jer nak jahit pun..kawan-kawan yang nak upah saya jahitkan pun boleh....kain saya beli...RM15 ok tak?
Sunday, April 17, 2011
Humaira dah pandai conteng bulat-bulat
Dah lama mama tak kongsi cerita pasal Humaira..so pagi ni ada sedikit perkembangan yang mama nak story kat sini..apa dia tu?hihihi..Alhamdulillah syukur...Humaira dah pandai conteng bulat-bulatan...berbanding dengan sebelum ni hanya tahu conteng lurus...atas ke bawah....kiri ke kanan...:-)
Tangan budak comei
Tengok tu bukan main kusyuk
Antara hasil kerja tangan Humaira
Ni paling ketara bulatan yang dilukis Humaira
p.s : Dah sebulan tempoh apply kad OKU Humaira...kelmarin call tak siap lagi coz ada pertukaran pegawai..:-(
Subscribe to:
Posts (Atom)