Assalammualaikum WBT..
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t..akhirnya terlaksana jua keinginan mama untuk join kelas jahitan telekung kanak-kanak.Asalnya nak belajar jahit blouse peplum yang tengah hot sekarang tapi setakat hari nie kelas peplum anjuran Kolej Komuniti Klang @ Shah Alam sentiasa full.Tengoklah betapa hebat sambutan orang ramai yang nak sangat belajar cara2 jahit peplum tu kan.Udahnya dok ushar kat pages Kolej Komuniti Shah Alam ader plak kekosongan untuk kelas jahit telekung kanak-kanak untuk tarikh hari ni.
So mama pun tak rela nak lepaskan peluang yang ader...bangun awal pagi dengan semangat yang berkobar-kobar pagi tadi terus gerak ke KKSA untuk sertai kelas tersebut dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.Dengan hanya bayaran sebanyak RM25.00 (yuran RM5 + kos bahan RM20) dapatlah mama mempelajari cara2 jahitan telekung kanak-kanak yang rasanya berguru lagi mudah faham kan:-)Memang diakui menjahit telekung memang rumit sedikit berbanding kainnyer lebih2 lagi tang create tali getah di bahagian atas kepala.
Namun berkat tunjuk ajar cikgu Zaleha bt Ahmad,segala yang susah pada mulanya menjadi mudah setelah difahami dengan betul & diikuti tunjukajar step by step..akhirnya menjadi ler telekungku.Hanya sempat menyiapkan telekung kat kolej tadi..kain mama sambung kat rumah jer sebab masa dah kesuntukan.Nanti next post mama akan share hasil jahitan tu yer...buat masa sekarang belum siap lagi kainnyer.Tapi telekung dah ditest pakai oleh my youngest doter Humaira ...memang fit la dengannyer....Alhamdulillah...TQVM cikgu & penganjur iaitu KKSA...lenkali nak join kelas lain plak jika ade kesempatan..Insha Allah:-)