Wednesday, June 29, 2011

Jong-jong inai

Takde ape nak citer hari ni sekadar citer kosong jer..hari ni mama nak kongsi tentang lagu 'Jong jong Inai'

Sepatutnya lagu ini diyanyikan lebih kurang macam nie....
Jong jong inai
Mak ipur rajawali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki


tapi Humaira  lak nyanyi macam nie...
Jong jong inai
Mak ipur rajawali
Sepak  b****t  Along
Berdarah  b****t  Angah

hahahahahahahha...lupa nak rakam video masa Humaira nyanyi...tapi ituler...pengaruh kanak-kanak yang lebih besar pada Humaira...cepat jer hafal.Tak salah mama lagu tu didengarnyer masa kami balik kampung musim cuti sekolah lepas.Dek asyik dengar budak-budak besar nyanyi masa bermain..Humaira pun terikut sama..yang tak tahan tu kadang-kadang suka-suka tukar skrip..biler nyanyi dan nampak muka mama @ abah...lirik tu terus tukar macam nie .."sepak b****t  mama,berdarah b****t  abah....hahahahaha...lawak ler jugak time dengar tu.Puas cakap banyak kali kat Humaira jangan sebut b****t tapi disebut gak..yerlah budak-budak kan mana tau elok ke idak sebut perkataan macam tu..janji nyanyi jer..hehehehe:-)
Moralnyer kene sentiasa pantau apa yang anak-anak buat.....hrmmmmm..wassaalam

Tuesday, June 28, 2011

Hati-hati bila deal dengan penjual kereta

Alhamdulillah..semalam dah selesai sume urusan jual beli kete..kawan-kawan yang selalu follow-up blog mama pasti tahu tentang mama nak tukar kete kan?....petang semalam mama ke Seri Kembangan untuk menghantar ML coz mama trade-in kat kedai used car dan tukar kepada PW...lega dah settle sume setelah melalui karenah salesman yang cuba nak putar belit kami tapi tak berjaya..hihihi..
Apepun mama & abah berpuashati dengan condition PW tu walaupun layanan salesman yang adakalanya membuatkan kami sedikit stress...huhuhu

Proton Waja 1.6 (Manual)



Setelah survey di sekitar Klang & surf di Mudah.com.my & dibuat perbandingan..price kete ni adalah antara yang termurah.Mama jumpa kedai used car ni kat mudah.com .. setelah datang & lihat sendiri kereta ni, kami amat berpuashati dengan condition luar & dalam.. yang paling utama abah memang nak cari kete manual..akhirnya kami sepakat untuk membeli PW nie dengan harga RM21,800.Setelah ditolak harga trade-in kete ML kami perlu menambah dalam RM10k...takper lah terpaksa keluar duit lebih asalkan tak berhutang dengan bank..memanglah nak berharta sume orang berhutang..itu sudah lumrah tapi mama & abah ni takut tak boleh disiplin untuk bayar bulan-bulan by hand kat bank..silap2 kang ader yang tertunggak.Statement berdasarkan pengalaman...pengakuan jujur tu..hihihi.
Ok..mama ader citer sikit nak share dengan kawan-kawan tentang deal dengan penjual kete nie.Mula-mula lagi mama & abah dah explain tentang ML pada salesman used car ni berkaitan tahun dibuat (1996),manual dsbnyer.Tapi apa yg ditulis kat nota kira-kiranya tahun 1997 & cc 1.8 sedangkan cc sebenar 1.6.Jadi bila tiba hari untuk sign form tukar nama JPJ..abah inform kat die untuk pembetulan.Tau tak ape yang dia kata?harga kene kurangkan RM1k coz kurang 1 tahun iaitu tahun 1996.Padahal kami awal2 dah jelaskan tapi pihak die yang tak alert ..agaknyer masa tu kepala otak tengah cari jalan nak perangkap kami.Jadi mama yang dah angin satu badan ni batalkan untuk sign form tukar nama selagi tak dapat amount yang muktamad berkaitan harga trade in ML.Mama bagitau dia jangan suka-suka nak turunkan harga trade in dan masa tu juga mama mintak salinan geran PW.Rupa-rupanya pihak dia pun dah putar belit..PW tu dibuat tahun 2001 bukan 2002 seperti yang diiklankan di mudah.com.my.Jadi situasi nyer sama la kan...ada hati nak suh kami tambah RM1k...banyak tu..gggggrrrrrrr...hampeh tul..padan muka dia..mulalar wat muka bodoh jer bila abah sound die balik.
Moralnya....berhati-hati bila deal dengan penjual keta yang banyak tipu muslihat ni.Pastikan tengok geran kete yang nak dibeli dulu supaya mereka tak suka-suka nak naikkan harga & ambik duit lebih daripada kita dan yang paling utama jangan sign apa-apa borang selagi tak clear dengan penetapan harga & segala macam caj yang berkaitan terutama sekali bab duit la ..bukan senang nak carik duit kan...
wassalam:-) 

Monday, June 27, 2011

Luahan hati mama khas untuk Humaira

Entri ini mama ciptakan khas buat Humaira....andainya mama sudah tiada di dunia ini kelak..bacalah ia dan  kata-kata ini sesungguhnya ikhlas dari hati mama..
Tiada kata seindah bahasa yang dapat mama gambarkan untuk menyatakan betapa sayangnya mama pada Humaira...melihat segala keletah anak istimewa mama nie seolah-olah tiada sedikit pun kekurangan terpamer pada dirinyer.Kekurangan fizikal Humaira tak pernah mama anggap ia sebagai beban sebaliknya ia adalah ujian Allah dan mama adalah antara hambaNya yang terpilih...moga Allah s.w.t memberkati hidup kami sekeluarga..aaamin.
Cumanya mama adakalanya sedih apabila mengenangkan betapa Humaira ingin menikmati zaman kanak-kanak sama seperti rakan-rakan seusianya..berlari ke sana sini sambil melompat keriangan...berpegangan tangan dengan kawan-kawan sambil bermain tanpa sebarang kawalan daripada mama @ abah @ Along & juga Angah..
Memangler seboleh-bolehnyer mama tak mahu Humaira terasa akan kekurangan itu..tapi apakan daya mama tak mampu membiarkan Humaira bermain di taman permainan mengikuti abang & kakak kerna bimbang tindakan itu bisa mencederakan anak mama.Apa yang mama boleh lakukan hanyalah memimpin Humaira ke sana itupun hanya sekali sekala memandangkan komitmen mama sebagai isteri & jua ibu kepada Along & Angah membataskan masa-masa untuk bersantai dengan Humaira.
Mama akui mama tak punya cukup masa untuk membawa Humaira berurut dengan pakar urut tradisional atau pun ke PDK atas faktor tugas & juga faktor kewangan amnyer...almaklumlah komitmen kewangan agak tinggi..apa yang mama lakukan sekarang hanya tumpukan follow-up di hospital & juga urutan & streching yang dilakukan bersama di rumah.Apapun kata-kata semangat daripada pihak pakar fisio,rehab amatlah mama hargai...mereka banyak membantu Humaira.

Budak comei ni ikut mama gi sekolah masa cuti sekolah lepas
Alhamdulillah...anak mama nie memang kuat semangat...semangat untuk mencuba & terus mencuba ..cuma memerlukan sokongan sepenuhnya dari mama sekeluarga...
Cuba mengambil cop

Yey..yey..dah dapat

Dah dapat kertas..tak peduli mende lain:-)
 
Apa yang mama selalu pesan pada Along & Angah ....... bila mama & abah dah tiada kat dunia ni....emosi plak mama nie...yer la setiap manusia di muka bumi ini akan mati kan..hrmmm...bila mama & abah dah takde..Along & Angah tolonglah jaga Adik...jangan abaikan dia...bantulah adik sebaik mungkin..hanya Along & Angah tempat adik bergantung...doa mama hanyalah satu..moga mama dapat melihat Humaira dapat berjalan & berdikari sendiri sebelum mama menutup mata kelak...aaamin...












Special entri wat Ina = Ibu Nabila

Kali ni bila mama jalan-jalan menjenguk blog kawan-kawan...mama betul-betul seronok lihat kemajuan yang dicapai oleh salah seorang sahabat mama iaitu Ina...atas sebab itulah  mama teruja untuk menulis entri ini.
Tahniah buat Ina kerana telah mengorak langkah setapak ke depan..nampak gayanyer Ina turut ikut jejak akak mengikuti kelas jahitan.hehehe...yer la di samping dapat menambah kemahiran yang ada , pada masa yang sama insyaallah jika dah mahir nanti boleh dijadikan sebagai punca pendapatan tambahan..at least dah boleh jahit sendiri baju anak-anak pun dah kira ok sangat.
Untuk makluman semua , Ina punya seorang anak istimewa yang cute sangat ...puteri yang bernama Nabila..untuk mengenali beliau  dengan lebih dekat..kawan-kawan boleh jenguk di sini..yer:-)
Apa yang buat mama lagi seronok tentang ibu Nabila ni ialah ini...taraaa..
>
>
>
>
>
>
Cantik kan sepit rambut hasil kerjatangan dik Ina nie kan:-)

Ina dah mula menunjukkan skill kraftangan beliau nampaknyer...ni wat mama jeles ni..hihihi..lepas ni boleh ler bagi tunjukajar yer Ina...ini dah kira promote nie...takpe kan Ina...sharing is caring:-)

So kepada kawan-kawan sume..sila2 ler datang ke blog beliau...Ina memang peramah orangnyer tau..



Sunday, June 26, 2011

Kad keahlian PPAS

Tengahari semalam sebelum shopping kat KAMDAR...mama & anak-anak ke satu tempat nie..apa tempat tu?hehehe....kami ke Perpustakaan Awam SELANGOR cawangan Klang yang terletak di Jalan Tengku Kelana...tujuannya adalah untuk memulangkan buku-buku yang anak-anak pinjam masa cuti sekolah lepas.Actually sepatut perlu pulangkan selewat-lewatnya pada 21hb Jun tetapi disebabkan kebizian yang melanda ..baru semalam ia dilakukan.Nak diikutkan lewat 1 hari kene denda RM0.50 tapi disebabkan line problem ..denda itu tidak dikenakan pada kami.Oklah kan..hihihi...datang kali ni mama tak izinkan anak-anak meminjam sebarang buku coz tak cukup kakitangan nak melayan diorang nanti kat dalam perpustakaan...kalau Abahnyer ada takderlah masalah...boleh tolong tengokkan diorang...kebetulan semalam Cik Abang on duty...jadi tak dapat join kami sekali.
Nak share picture kad ahli yang diterima semalam...hehehe

Angah punyer

Humaira punyer





Saturday, June 25, 2011

Jualan Mega Raya KAMDAR 2011

Mama pasti sekarang ni majoriti kawan-kawan menulis entri berkaitan Juara Maharaja Lawak yang menjadi milik SEPAH kan...tahniah buat mereka:-)
Apa yang mama nak citer hari ni  ialah tentang Jualan Mega Raya KAMDAR 2011 yang baru bermula....


Jadinya mama pun ambil kesempatan bersama 3 orang buah hati mama ke KAMDAR petang tadi.Sekadar melihat tawaran harga yang dikenakan....hajat di hati nak membeli sepasang dua kain cotton untuk 2 orang anak dara saya untuk dijahit baju kurung yang bakal dipakai pada  hari raya puasa nanti:-)

Akhirnya mama berkenan kat 3 pasang kain cotton nie...
Mama beli 8 1/2  meter sumenyer.....melayangler RM92.80...hehehe.Yang pink kaler tu Humaira punyer..purple kaler si Angah yang pilih untuk dirinya sendiri dan yang black kaler bunganyer purple tu tak tau lagi nak wat baju sape.Mungkin untuk 2 beradik ni jugak coz Abahnyer pilih tema HITAM untuk raya pose tahun nie...ok ke hitam...ikutkan jer la yang penting mama takkan pakai plain hitam semata-mata...macam rupa orang berkabung la pulakkan....hahaha:-)
Untuk cik Abang & Along mama belum beli kain lagi...kene beli awal2 gak nie  coz nak mintak tolong mak jahitkan bajuMelayu diorang...sori mama tak expert lagi nak jahit lagipun leceh nak wat seluar tu...:-) 

Wednesday, June 22, 2011

Ader special entri untuk mama

Seronoknya biler ada orang tu wat special entri buat mama & pada masa yang sama promote mama punyer blog yang tak seberapa ni...thanks to u Munna  ... mama really appreciate it:-)


Actually Munna nie bekas rakan serumah time belajar dulu..orangnyer pendiam jer tapi memang sporting...kami jumpe balik pun melalui blog gak...sebagai tanda penghargaan akak nak promote gak blog Munna kat sini walaupun followersnyer dah cecah 1 ribu lebih..hehehe....so kawan-kawan jangan lupa singgah ke blog Munna k...wassalam

Midnight movie "Pirates of The Caribbean"

Sempena hari Bapa Ahad lepas....Abah  dengan rasa terujanyer mengangkut askar-askarnya bersama Penolongnya iaitu mama menonton midnight movie @ TGV Bukit Raja , Klang pada sebelah malam.Citer yang menjadi pilihan ialah......

Pirates of The Caribbean

Situasi kat kaunter tiket...agak lengang

Sempat lagi budak debab nie posing kat replika Transformer....release 29 Jun nie...x sabar nak pegi tengok

Humaira tersengih seronok nak tengok wayang

2 orang askar yang selalu berperang & selalu berdamai

Lepak sekejap ..movie start 12.00 malam..kena tunggu lagi 1 1/2 jam..sempatler isi perut dulu:-)

Cute tak saya?peace....

Mama suka tengok picture ni..

Angah pun nak posing ngan mama gak..budak kememe ni la die

Nape tu bah...bulat mata?


Dah selesai tengok wayang ..jam 2.30 pagi time ni...tengah tunggu mama bayar parking fee

Kesimpulannya cerite POTC kali nie tak best jika nak dibandingkan dengan yang sebelum2 ni coz tak banyak action perang@gaduh sangat..mama bagi 6/10 jer...hehehe












Sunday, June 19, 2011

Pak Uda @ Zami Ismail meninggal dunia jam 10.15 pagi tadi

Pagi ini negara dikejutkan pula dengan pemergian seniman yang tidak asing lagi dalam dunia filem komedi khususnya...iaitu Zami Ismail @  lebih sinonim dengan gelaran Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.15 pagi tadi di IJN akibat serangan sakit jantung.....

Keadaan Allahyarham sewaktu di ICU

Marilah kita bersama-sama sedekahkan  Al-Fatihah dan  semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...aaamin...

p/s:Lakonan Pak Uda sentiasa dalam ingatan.......:-)Takziah buat ahli keluarganya...moga tabah menghadapi kehilangan Allahyarham...

Saturday, June 18, 2011

Mazda Lantis ke Waja..boleh ke?

Sekarang mama sekeluarga menggunakan mobil ni sebagai pengangkutan kami untuk ke mana saja .......


dan sekarang ni mama & abah tengah berangan-angan ala Mat Jenin untuk menukar kepada mobil yang boleh tahan besar gedabak dari kete sekarang...

Ok tak kawan-kawan?

Nak pakai MPV pulak rasanya duit dalam poket ni hanya ade banyak sen berbanding puluh ribu...so kene lah cermin muka banyak kali laku ker kalau jual kat kedai nie....hehehe..adios..amigos..walla...-)

Friday, June 17, 2011

Orang lain dah prepare..mama biler lagi?

Prepare aper yek?...ala cam biase lar..dekat-dekat dah nak Ramadhan ni..para mother yang bergelar ibu,ummi,mak dan yang seangkatan dengannya sure dah wat persiapan baju raya untuk family members especially anak-anak kan...mama plak tak prepare ape2 pun lagi..hahaha.Sekarang ni pun tengah bizi dengan tempahan baju kurung dari kawan-kawan...huhuhu..rasanyer tahun nie mama jahit sendiri jer baju kurung anak-anak so takdelah kalut nak tempah-tempah lagi..cuma pening tang baju Melayu Along .. budak debab ni tak boleh wat awal-awal bajunyer coz badannya cepat naik..harap-harap bulan pose nanti Along dapat kurangkan berat badan tu yer:-)

Tuesday, June 14, 2011

Timbang body

Minggu lepas jalan-jalan dengan anak-anak & Abah kat Carrefour...sambil tu shopping barang dapur mencukupkan mana yang tak cukup kat dapur tu.Sementara tunggu Abah print  out RM dari machine yang terlekat kat dinding shopping mall tu mama ngan anak-anak menjakunkan diri dok berdiri atas penimbang berat.Masukkan syiling 50 sen keping demi keping ..sorang demi sorang.Keputusannya Angah  dalam kategori SLIM..memang dah agak dah ..si cekeding mama sorang ni mana suka makan nasi sangat...tapi kalau segala macam junk food suka bebenor..takyah tunggu pelawa dia dulu datang serbu.Along lak masuk dalam kategori LARGE...mana taknyer berat body tak matching ngan tinggi...49kg...aduuuuhai...camner ni Long...mama tak tau  nak kontrol nafsu makan Along.Dia sekali makan takdelah banyak @ bertambah tapi suka makan berulang-ulang...selang 5@6 jam buka periuk kat dapur.Mama punya berat macam biasa la...hihihi masuk bakul angkat sendiri la plak:-)tetap mantain ..52kg dengan tinggi 157cm...terpilih dalam kategori OK yer kawan-kawan sume...hahaha..jangan jeles tau...:-)

Wednesday, June 08, 2011

Teh Tarik ChekHup

Lagi 4 hari sekolah akan dibuka semula setelah 2 minggu cuti..bagi mama yang bertugas sebagai PT sekolah ni macam biasa lah keje office hour kan...sekolah tutup tapi pejabat dibuka seperti biasa.Cuma yang leganya situasi agak tenang pada waktu cuti sekolah dan time-time macam nie bolehlah keje dengan setenang-tenangnya tanpa bunyi hiruk-pikuk anak-anak murid sekolah...dan lagi sunyi sikitlah pejabat tiada yang keluar masuk..hehehe:-)
Tapi yang agak menyukarkan nak cari tempat makan..time cuti sekolah nie dah tentu kantin tutup..tambah-tambah lagi sekolah nie duduknya  di kawasan perumahan & rumah kedai majoriti kaum Cina jadi memang takde kedai makan Melayu kat sekitar sini.Kalau teringin sangat nak makan jika tak bawa bekal alamatnya memang kena jalan jauh sikit..jangan jalan kaki..naik motor @ kete la jawabnya..hihihi..
Yang dekat pun 7 Eleven & 99 Speedmart...bolehla kalau nak makan roti & beli air .Sejak 2 hari lepas ni ler dia minuman yang menjadi kegemaran mama...taraaaa.,
>
>
>
Teh Tarik ChekHup...best minum panas2 tau..lazat & berkrim:-)
1 cup ni hanya RM1.60 jer...cubalah kawan-kawan...mudah dan cepat.Untuk orang yang rajin cam mama nie memang sesuai la minum teh tarik ni...hahaha:-)

Monday, June 06, 2011

Balik kampung & dapat hadiah Giveaway Vaithis

Jumaat malam lepas mama bersama 3 buah hati tersayang bertolak  balik ke kampung...bukan plan pun tapi memandangkan adik lelaki mama  yang dok kat Kuala Selangor tu ajak mama jadi terus jer berkemas petang tu.Apa aktiviti mama kat kampung selama 2 hari?Selain daripada  menghadiri majlis pertunangan mak sedara...dan berkumpul dengan semua adik beradik...xder apa2 lagi...maklumler balik pun menumpang dengan adik ... susah sikit ler  nak ke sana sini ..hehehe..apa yang mama bawak balik dari kampung hanya keropok lekor....memang sedap keropok lekor dari kampung ni coz  banyak ikan...:-)
Ok itu sedikit kisah tentang balik kampung dan tadi setelah  dua hari tak buka blog...mama dapat berita yang menggembirakan  iaitu mama  menang hadiah ketiga dalam Giveaway Vaithis....bestnyer dapat hadiah GA & bertambah-tambah seronok coz ini merupakan 1st time mama join GA..thanks to vaithis yer....lainkali kalau  nak    wat next GA jangan lupa jemput Yana yer:-)
Tempat ke3..syukur ada gak rezeki.....hihihi

Dapat hadiah keronsang

Ni hadiahnyer...cantik kan:-)

Friday, June 03, 2011

Jarang sebab line lembap

Semenjak 2 menjak ni mama dah jarang update blog...kalau idak 1 hari 1entri.Bukan ape banyak nak share kat sini tapi bile tang nak upload picture tu tersangatlah perlahan membuatkan mama meluat pastu terus offline...cuma online kat FB jer.
Lagipun sekarang ni mama bizi sikit...dengan aktiviti menjahit dan tempahan baju kurung yang ade lar dalam 4 pasang...itupun kena tunggu betul2 free & ada mood baru la boleh mengadap mesin jahit.Sekarang ni tengah siapkan blouse untuk diri sendiri...asyik jahit baju orang jer..mama pun nak baju baru gak..hihihi..nanti dah siap sepenuhnyer mama tayang kat sini k....wassalam

p.s: Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti & sedang mengatur perjalanan untuk balik ke kampung @ ke mana-mana saja tujuan kalian , pandulah berhati-hati semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing:-)adios..amigos!!