Saturday, March 17, 2012

Nasi Tomato

Ni resipi nasi tomato buatan Kak Noraini...mama copy paste dr blog masakannyer..sila cuci mata bersama-sama yer:-)
 

Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi
3/4 cawan tomato puri (apa-apa brand)
1 cawan susu cair Ideal
4 1/2 cawan air
1/3 cawan minyak sapi
1/2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
sedikit bunga cengkih
1 helai daun pandan
gula, garam secukupnya

Cara Membuatnya :

1. Beras direndam 15 minit, basuh dan toskan.
2. Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk.
3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kulit kayu,bunga lawang dan cengkih. Masukkan bawang tumbuk dan tumiskan hingga kuning dan naik bau.
4. Masukkan tomato puri dan tumiskan sebentar.
5. Masukkan air, susu, gula, garam dan daun pandan. Gaul sebati dan biarkan mendidih.
6. Masukkan beras dan kacau sebati.
7. Perlahankan api dan tutup periuk. Biarkan ia masak perlahan-lahan. Kacau sekali-sekala.

Carrot Cake

Assalamualaikum..
Bestnyer kalau rajin kan...tentu perut akan sentiasa penuh jer..hihihi.Dok google pastu terjumpa plak blog Kak Noraini..ternampak plak resipi Carrot Cake..terus terliur.Mama pun cepat2 copy paste..teringin nk try buat.Simpan kat blog senang...lenkali time nak buat tu terus bukak blog jer ..x yah tercari-cari lagi:-)
Anyway credit utk Kak Noraini coz sudi share resipi-resipi hasil air tangannyer..memang nmpk sedap.Kepada kawan2 yg nak join kelas masakan boley lah contact Kak Noraini yek di sini:-)


Bahan-bahan :
(A)
114 gm gula kastor
70 gm kuning telur (4 biji)
5 gm garam
160 gm minyak jagung/minyak masak

(B)
190 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk soda

(C)
270 gm lobak merah, diparut
120 gm nenas kiub(tin)
75 gm jus nenas
40 gm kelapa kering
60 gm walnut, bakar dan cincang

(D)
114 gm gula kastor
90 gm putih telur (3 1/2 biji)
Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan A kecuali minyak. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dipukul. Adunan menjadi pes bewarna kuning yang kental dan likat.
2. Masukkan bahan B yang telah diayak. Pukul hingga menjadi pes yang lembut.
3. Pindahkan pes ke dalam sebuah mangkuk adunan yang lebih besar. Masukkan semua bahan C dan gaul dengan senduk atau tangan hingga adunan merata.
4. Satukan bahan D dan pukul kelajuan sederhana untuk menjadi meringue yang kental (stiff peak).
5. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul dengan senduk atau tangan hingga sebati.
6. Sediakan tin pembakar bulat atau empatsegi berukuran 9 inci x 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
7. Tuangkan adunan ke dalamnya. Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
8. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
9. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Friday, March 16, 2012

Lengkap dalam kesederhanaan

Assalamualaikum w.b.t..
Ape khabar sume kawan2?harap2 sumenyer dlm keadaan sihat n ceria selalu hendaknya..sekarang mama nie kejap on kejap off dlm berblog ni,Cam bese byk cerita tapi malas punyer pasal n mood dh ke laut itu yg jarang2 update blogku ini:-)hrmmm...sekarang dh msk bulan Mac 2012...sekejap jer kan masa berlalu.
Kehidupan dijalani spt biasa...bangun pagi, gerakkan anak utk solat Suboh n bersiap ke sekolah..hantar anak ke sekolah...terus pergi keje...waktu rehat berkejar plak ambik Along di sekolah kebangsaan utk bersiap ke kelas KAFA..kemudian balik semula ke tempat keje..jam 5 bertolak balik ke rumah singgah plak ambil  Angah di sekolah integrasi n ambil Humaira sekali di nurseri..terus pula ke kelas KAFA mengambil Along dan lebih kurang jam 6.15 sampai di rumah...itulah rutin mama setiap hari namun adakalanyer abah akan ambilalih menghantar anak2 time off:-)
Jika difikir2kan rasanyer impian mama dh hampir tercapai..
1) Anak2 dh ader 3 orang..cukup ar tu setakat ni..
2) Mama ade keje - pembantu tadbir sekolah (alhamdulillah akhirnya dpt gak keje gomen)
3) Kereta - pakai WAJA dh ok sangat utk kami sekeluarga 
4) Rumah - baru 6 bulan dok umah sendiri (beli guna loan kerajaan)
Syukur sangat pd Allah s.w.t atas kurniaannyer..lengkap segalanye dalam kesederhanaan..Alhamdulillah...

Saturday, March 03, 2012

Cuaca tak menentu sekarang

Petang semalam hujan lebat betul sampai ke malam...lebih kurang jam 12 mlm baru berhenti.Jadi x heran lah kawasan taman perumahan kawan mama dilanda banjir.Yer lah...mana idaknyer sistem perparitan kat situ x berapa 'cantik' lah.Dengan persekitaran rumah kampung yang berdekatan yang mana sistem longkangnyer memang semberono jer..sampaikan air bertakung x gerak ke mana-mana.
Walaupun ni 1st time terjadi insiden begitu namun langkah2 pembaikan sistem perparitan patut dilakukan segera untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi.Petang tadi mama round sekitar jalan kat taman perumahan member tu..nampaknyer kerja-kerja mendalamkan parit yang sedia ada rancak dijalankan...moga ia membawa kebaikan kepada sume penduduk di kawasan berkenaan:-)

Banjir di Kajang
Kejadian banjir kilat di Kajang Disember tahun lepas

Banjir di Kajang

Banjir di Kajang

Harap-harap banjir kilat di Kajang ni x berlaku lagi tahun nie..:-)