Wednesday, December 07, 2011

Anak-anak nak sekolah..makpak plak garu kepala

Lagi 3 minggu anak-anak akan kembali ke sekolah...masing2 dah seronok nak beli kasut baru,baju baru,beg baru..sume ar kalau boleh nak baru belaka.Mak bapak masing2 dah mula garu kepala & mengeluh ...yer tak?!Itulah situasi yang akan dilalui sume ibubapa menjelang awal tahun baru termasuklah mama & abah.

Dulu-dulu mak ayah kita yang melalui situasi ni .... sekarang giliran kita plak.Bayangkanlah abah mama ade 10 orang anak...antara kami adik beradik plak hanya jarak umurnyer selang setahun jer...sorang darjah 1,sorang darjah 3 & sorang lagi darjah 5...mane tak kering poket orang tua tu tiap kali menjelang musim persekolahan.Tapi Alhamdulillah kami sume berjaya menjadi 'orang' walaupun pelbagai dugaan & cabaran yang mak dan abah tempuhi sepanjang membesarkan anak-anak:-)Betapa besarnya pengorbanan mereka & x mampu kami adik beradik nak membalasnyer...Moga Allah s.w.t sentiasa melindungi mak & abah & sentiasa diberi kesihatan yang baik..aaamin:-)

Sekarang giliran mama plak membesarkan anak-anak...Tahun 2012 nie Along dah Tahun 4 & Angah plak dah naik Tahun 2.Humaira plak nak masuk tadika PASTI.Alhamdulillah minggu lepas mama dah settlekan sume penyediaan pakaian,kasut & beg anak-anak.Tinggal lagi kene bajet duit plak untuk beli kelengkapan alatulis & buku serta yuran sekolah...moga Allah melancarkan segala urusan mama sekeluarga..aaamin...

Monday, December 05, 2011

Kembali bersiaran

Assalammualaikum w.b.t..
Bertemu kembali di dunia blog yg telah sebulan lebih mama tinggalkan.....bukanlah bersara terus dari dunia blog ni cuma hanya dok di belakang tabir.jer..ader masa jenguk lar jugak tapi tak sekerap sebelum nie.Tapi memang maaaaalas tahap gaban hinggakan takde hati nak share cerita dengan kawan2 kat sini.Bukan aper malas nak menaip bagai ...hehehe....

Apa yang mama buat selama sebulan lebih nie yer?Biasalah tugas sebagai seorang ibu & isteri berjalan spt biasa...keje kat opis sentiasa bertimbun..x abis2.Tapi sempatlah gak mama 1 family pergi holiday...ke PD & Melaka jar:-)....bebenornyer dah citer pasal holiday ni dalam entri ini tapi kali ni mama nak share picture2 masa kat sana...hehehe...








@ Menara Taming Sari , Melaka

Ader banyak lagi gambar2nyer...tapi cukup ar uploadnyer...malas nak nunggu...hihihi....bye2:-)

Sunday, October 30, 2011

Aktiviti hujung minggu

Apa xtvt mama hari nie?takde ape cume ader projek sikit...projek memanaskan badan....hihihi:-)






Perancangan nak tanam rumput carpet kat tanah sekangkang kera nie.....nantikan & sama2 kiter tunggu hasilnyer k:-)







Thursday, October 27, 2011

3D 2N @ Permaisuri Resort Port Dickson,N9

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....percutian mama sekeluarga @ Permaisuri Resort Port Dickson berjalan dengan jayanya.Saat-saat menggembirakan bersama anak-anak sungguh menyeronokkan..dari hari pertama hingga hari ketiga rasanyer masa penuh terisi dengan aktiviti bersama mereka.Picturenyer nanti lah mama upload kat blog nie yer:-)

Yang paling mama tak boleh lupakan ialah sewaktu menaiki pelampung side kick (agak-agak jer nama mendelah tu) bersama Along & Angah menyusuri pantai Tanjung Biru..memang best giler sampaikan tengkuk ni masih sakit dek hentakan  semasa pelampung tu dipandu laju...pada mulanya kan main kami bertiga dok ketawa tapi bile bot dah mula laju & hentakan pelampung tu makin kuat..masing2 dah terdiam ..Angah plak dah takut & kecut perut..hihihi...Abah & Humaira plak dok kat dalam bot bersama pemandu sambil merakam aksi2 kami semasa berada di dalam pelampung..untuk kami lima beranak dikenakan caj RM50 (3 org naik pelampung & 2 lagi naik bot)....memang letih tapi menyeronokkan...hehehe:-)

Lepas mandi pantai kami sambung plak mandi kolam....hihihi....nanti mama sambung cerita lagi yer....tak abis lagi nie & cerita pasal sehari kami di bandar Melaka plak k..nak gi sambung wat keje opis plak...babai...wassalam..




Saturday, October 22, 2011

Humaira genap 5 tahun hari nie:-)

Alhamdulillah...hari nie Humaira dah mencapai umur 5 tahun:-) Happy Birthday to u adik...mama,abah,along & angah loves u so much....mmmuuuuaaaah...moga anak mama sentiasa sihat & dilindungi Allah hendaknya...aaaamin.....nantikan 24hb nie...kita jalan2 ke Port Dickson & mandi-manda @ Permaisuri Resort,Port Dickson:-)

Tuesday, October 18, 2011

Mood cuti sudah datang

Minggu nie mama kene siapkan keje opis yang sedia ade bertimbun nie..maklumler mood cuti dah datang..hehehe:-)...this week bermulanyer final exam Along & Angah..doa mama moga kalian berdua dapat menghadapinyer sebaik mungkin walaupun studynyer nampak cam kureng...kene ketuk br jalan kan..apepun mama tau anak-anak mama memang bijak so do the best k...

Memandangkan mood cuti dah datang & dah agak lama tak bawa anak2 bercuti..last time mama sekeluarga ke Sungkai Hotspring November tahun lepas..so maybe jika takde aral melintang mama & the geng will going to holiday @ Permaisuri Resort Port Dickson..insyaallah.Mama dah book hotel  for 3D 2N from 24/10 until 26/10...RM177.20 ..utk staff gomen punyer price okla tu kan:-)

Kebetulan birthday Humaira pulak jatuh pada 22hb nie so alang2 menyelam terus minum air...so ader rezeki lebih bawaklah jalan2 ke Port Dickson...Along & Angah paling seronok coz suka sangat mandi kolam:-)Asalnyer nak gi Cameron Highlands tapi pas survey kat internet sume Rumah Peranginan Persekutuan full so mama cancel plan awal terus wat decision untuk jalan2 ke Port Dickson jer..dekat pun dekat..insyaallah next year ader peluang mama akan bawa anak2 ke Cameron Highlands plak..insyaallah:-)

1 bedroom apartment

One Bedroom Apartment (RM 320.00 nett inclusive breakfast for 2 pax)

Individually controlled air conditioning

Mini fridge

Tea & Coffee making facilities

International direct calling

Colour television

Hair dryer

Iron facilities

Check-in time is at 2.00 pm and Check-out time is at 12.00 pm

Rates quoted are inclusive of government approved taxes

Rates are subject to change without prior notice



Sunday, October 16, 2011

Rezeki bulan Disember

Bulan Disember tahun nie memang bulan rezeki lah....kebetulan plak tarikh lahir mama 1st Disember..bertambah bermakna lagi dgn pemberian bonus RM500 utk semua gomen servant..kemudian plak dalam berita hari ini ader lagi bantuan utk pelajar sekolah sebanyak RM100 setiap seorang...Alhamdulillah...

 Pelajar dapat RM100 bulan Disember
PENGUMUMAN agihan wang bantuan RM100 lebih awal pada Disember ini menggembirakan pelajar serta ibu bapa untuk memudahkan persediaan awal sesi baharu persekolahan 2012.


PORT DICKSON – Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.
“Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.
Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Wednesday, October 12, 2011

Biler blog dah bersawang...ape cer?

Salam sume....

Ape cer yek?Dah bersawang blog mama nie...setelah berminggu x update citer...hari ni baru ader mood nak stay kat blog nie.Urrmmmmmph...seperti biasa rutin sebagai seorang isteri,ibu & gomen servant berjalan macam biasa....penat badan ni hari2 boleh kata penat...rasa cam x cukup jer cuti hujung minggu.Sib baik cuti rehat dah hampir abis kalau idak ader jer amik cuti memanjang..hehehe...

8/10 baru nie genap 2 thn lesen P mama...Alhamdulillah mama dah dapat lesen penuh...pasni boleh ler balik kampung drive sendiri yer tak...baru ler cik somi yakin sikit...sikit jer tau...kalau dia bagi...rasanyer jangan harap ler ...5 jam perjalanan tu....bukan dekat...apepun mama syukur sangat berkat sokongan & paksaan cik somi ler mama beranikan diri amik lesen kete...terima kasih abang...:-)

Lagi ape nak citer yek?!nanti lah dlm next entri citer banyak k...wassalam

Sunday, September 25, 2011

Tanaman hiasan - PART 1

Tengahari semalam , mama mengajak abah ke nurseri berdekatan rumah..teringin pulak nak bertanam hiasan untuk laman depan rumah.Memandangkan mama ni baru nak berjinak-jinak dengan tanaman hiasan ni so sambil-sambil dok ushar pokok yang berkenan sambil ler mintak pendapat tokey nurseri .Pakcik tu bagi idea untuk orang yg baru nak bergiat dalam tanam pokok hiasan nie sebaiknyer memilih pokok yang senang dijaga.Jadi ade lar beberapa jenis pokok yang menjadi pilihan kami.Antaranya...

Pokok lidah jin...yg pink kaler tu x tau plak ape namanyer

Pokok kipas cina

Pokok pinang

Itulah hasilnya untuk pencarian pertama kali di nurseri...insyaallah lain kali nak tambah lagi koleksi pokok hiasan...sekarang kene ler spend duit lebih sikit plak untuk projek taman miniku...hihihi:;-)



Friday, September 23, 2011

Tidur jua akhirnya tapi....

Pagi nie dah masuk kali ke3 mama bawak Humaira utk wat EEG Test..Kali 1 terpaksa ditunda kerana pegawai yang bertanggungjawab pergi berkursus...kali ke2 plak jenuh bagi makan ubat tidur tapi Humaira tak tidur2 jugak dan akhirnya ditunda lagi.Hari ni pula setelah dikejutkan awal pagi dan diberi ubat tidur ... akhirnya...
beginilah keadaannya....zzzzzzzzz  sampai berdengkur
adalah dalam 20 minit Humaira tidur..
tetapi......
EEG Test x berjaya jugak dilakukan...huhuhu...sebaik sahaja MO pegang kepala terus Humaira terbangun...memang susah nak wat ujian nie kalau kanak-kanak sebaya Humaira nie sedar dari tidur.Mama memang dah agak Humaira mesti tidur x lama ...dah bagitau kat MO tapi dia nak tunggu Humaira lelap lama sikit sudahnya apapun x boleh buat...hehehe.
Akhirnya MO membawa kami berjumpa doktor PEADS untuk bincangkan cara yg terbaik utk lakukan EEG Test nie dan mereka bersetuju untuk pending dulu wat sementara sehingga diberitahu kelak memandangkan Humaira hanya mengalami sawan sekali saje semasa demam iaitu bulan Januari lepas.Lega....coz mama tak perlu tunggu Humaira dimasukkan ke wad utk ujian EEG nie seperti kata MO sebelum tu....bukan apa ia akan menyukarkan mama untuk berulangalik ke hospital tambahan pula Along & Angah bersekolah...dan keadaan sawan Humaira bukanlah kritikal kata doktor:-)


Wednesday, September 21, 2011

"Kesian"....mama tak suka la:-(

Salam sume...
Bile kita punya anak istimewa ni...adakalanya mudah sensitif dengan ape yg orang sekeliling kata.Bukan terlampau memikirkan tapi takkan semua yang orang cakap kite nak terima jer kan..Semenjak mama menerima anugerah seorang anak istimewa seperti Humaira...mama rasa sangat gembira...bukan tak happy dengan kehadiran Along & Angah tapi dengan adenya Humaira bahagia tu lagi terasa dan kehidupan mama rasa lengkap & sempurna.
Cuma apa yang tidak menyenangkan hati mama ialah ada di kalangan orang sekeliling yang suka menyebut "kesian tengok anak kau" lebih-lebih lagi apabila mereka melihat keadaan fizikal Humaira.Bukan simpati@ kasihan yang mama & Humaira pinta tetapi sokongan daripada masyarakat di luar sana.Tunjukkanlah keprihatinan anda yang ikhlas & tak perlulah menunjuk perasaan simpati setiap kali melihat Humaira & mama......bukan mama bersikap sombong @ ego tetapi layanlah anak istimewa kami seperti anak-anak normal lain juga yang inginkan kebebasan untuk berdikari & menjalani kehidupan spt biasa.
Malam tadi mama dah mula kembali membawa Humaira menjalani urutan kaki di kawasan yang berhampiran dengan rumah baru kami..Alhamdulillah...walaupun pada mulanya diselangseli dengan tangisan Humaira...namun proses urutan berjalan dengan lancar sekali.Nampaknya Humaira seronok sekali berada di rumah akak yang punya 3 cucu itu sampai leka bermain dengan anak-anak di situ sehingga diajak pulang pun tak mahu..hehehe...Insyaallah selepas 1/10 nanti kami akan datang lagi untuk rawatan urutan seterusnyer..kerana akak yang mengurut nie akan sibuk buat sementara waktu untuk urusan perkahwinan anak perempuan dalam seminggu dua ini..

Friday, September 16, 2011

Malas nak update blog

Mama takde mood lar nak update blog...citer banyak tapi mood zero....aper cer ?hehehe....nanti ler...bile2 rajin datang...mama share citer kat sini....bye kawan2 sume:-)

Tuesday, September 06, 2011

Saya nak berenti keje..jd fulltime housewife:-)

Terkejut x baca tajuk entri mama hari nie?Betuuuuull...mama nak berenti keje...nak dok umah jd surirumah sepenuh masa.Boleh tumpukan sepenuh perhatian pada urusan rumahtangga...jaga makan minum anak & suami...pantau perkembangan anak-anak...fullstop...jap gie nak kemas sume barang kat opis nie masuk kotak pastu buat keje opis kat rumah jer..boley ke kawan2?
jeng...
jeng....
jeng....
~
~
~
~
apalah mama mengarut ni?
kalau berenti keje...sape yg nak tolong bayar segala hutang bank,hutang masa belajar dulu,duit rumah lagi....isssh..issshhh...ingat abah tu gaji puluh ribu ke yang mama nak goyang kaki jer?
sedarlah diri tu sikit....ada hati nak dok saje kat umah..hutang bertepek-tepek...anak2 tgh belajar ...sape nak bantu abah...cian abah nanti sorang2 jer berpeluh-peluh mencari rezeki...apadaaaaa...
hihihi...hihihi
Tak mungkin perkara di atas akan terjadi kat mama...hanya dalam mimpi jer ok...banyak tanggungjawab yang perlu dipikul & yg paling penting sumbangan tenaga mama nie amat diperlukan untuk kemajuan negara yang tercinta...: :
"ayat nak sedapkan hati"...hahahahahaha...

Monday, September 05, 2011

Pencapaian 2011

Setiap orang mempunyai impian  masing-masing....x kiralah samada ia bersifat realiti @ fantasi..
Begitu juga dengan mama...tahun 2011 ini tanpa sebarang perancangan mama telah mencapai impian mama untuk memiliki rumah sendiri...x kisah la sekecil mana pun rumah itu namun ia memberi seribu erti dalam hidup mama sekeluarga.Yang keduanyer..berkat kesungguhan mama akhirnya mama telah pandai menjahit baju kurung sendiri & anak2...dah cuba pun terima tempahan dari kawan-kawan..padahal tak pernah terfikir pun untuk mendalami ilmu jahitan nie...dapatler menambah sedikit sebanyak pendapatan...Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang dikurniakan...dan yang ketiga..insyaallah bulan 10 ini mama akan dapat lesen penuh memandu...tak perlu lagi tampal 'P' lagi...mungkin sesetengah orang menganggap setakat boleh pandu kereta apalah sangat kan....hehehe...tapi mama memang bangga sangat atas pencapaian tersebut sebab tak semua orang berani memandu kereta tau...ada yang sanggup jadi kelindan jer sampai akhir hayat sebab taaaaaaaakut nak pandu kereta ...hihihi:-) 

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya & Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 54


Salam sume....

Mama sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 kepada sume rakan-rakan bloggers....minta maaf bebanyak andainya ada kata-kata & budi bicara yang mengguris hati kalian sepanjang mama berjinak dengan dunia blog ni  yer..
Tak lupa juga Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 54 tahun semoga negara Malaysia yang tercinta ini sentiasa aman damai dan dilindungi Allah hendaknya....aaaamin:-)

Wednesday, August 24, 2011

Pasang langsir rumah baru

Malam tadi lepas Isyak mama sekeluarga ke rumah baru untuk pasang langsir sliding door ..jangan tak tau mama jahit sendiri jer...Alhamdulillah menjadi...nie merupakan 1st trial mama jahit eyelet curtain..so okla kan..hihihi:-)
Malas mama nak citer panjang..layan jer la pic2 kat bawah tu yer:-
Along sedang membantu Abah

Bersungguh-sungguh  Abah menyiapkan  kerja2 pemasangan langsir..mama tukang perhati jer dari jauh

ni ler hasilnya 

Pemandangan di dapur ...barang-barang dari kuarters akan dipindah masuk Sabtu nie....insyaallah

Humaira pun sibuk nak membantu...cuci ke menyapu tu?

Tuesday, August 23, 2011

Panduan masuk rumah baru menurut cara Islam

Salam..
Hari ni mama nak share dengan kawan-kawan berkaitan panduan masuk rumah baru menurut cara Islam...yer la tak lama lagi mama kan dah nak berpindah ke rumah baru milik sendiri..so dah try google untuk dijadikan sebagai ingatan diri sendiri:-)takut nanti dok sibuk-sibuk nak pindah masuk main redah jer kan...


1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.
2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Friday, August 19, 2011

Banyak yang belum dari DONE nie

Dalam entri nie kan main beria mama shopping kain cotton utk anak2 & myself tapi since today tak nampak pun hasilnyer lagi...huhuhu...mama bizi sangat dengan urusan ke hulu hilir.Hampir setiap hari dok berulang ke rumah baru untuk pastikan kerja-kerja wiring dan pemasangan lampu serta kipas berjalan lancar.Alhamdulillah kelmarin (Rabu)..segalanyer selesai walaupun ader sedikit lagi kemasan yang perlu dilakukan oleh kontraktor wiring tu...apapun mama berpuashati la dengan kerja diorang.RM1100 untuk wiring & pasang lampu kipas..beli kipas & lampu hari tu pun dah abis RM12++k...yang lain-lain macam grill & kitchen cabinet mama hold dulu...tunggu bajet yang akan datang plak.Mana cukup nak wat sume sekaligus...kalau poket setinggi Gunung Kinabalu mahu jer settle sume tapi paham2 jer la menjelang nak raya ni banyak nak pakai duit...dah hampir 10k mama gunakan untuk sediakan keperluan apa yang patut di rumah baru.Walaupun semuanyer basic sajer setakat nie namun mama bersyukur gak dah tercapai hasrat untuk memiliki rumah sendiri.
Tapi itulah dia...dok sibuk dengan sume bende tu persiapan raya pun tahun nie ala kadar jer.Langsir untuk rumah baru jahit sendiri jer..dah siap pun tinggal pasang jer..nanti mama upload biler free k...kainnyer dibeli di JAKEL Shah Alam dengan harga RM5 semeter...1st time jahit langsir untuk rumah sendiri jadi beli yang murah ..risau takut silap jahit rugi duit kan..tapi dah jadi jahit eyelet curtain jer..tu yang paling mudah kan..hihihi.
Apa yang belum selesai sekarang ni adalah kelengkapan pakaian raya anak-anak...Along punya baju Melayu dah beli..tinggal lagi jeans,tshirt & kasut.Angah & Adik pun sama..baju kurung readymade sepasang sorang dah ader...yang nak jahit belum terjahit lagi..hehehe..tengoklah hujung minggu ni nak siapkan..Insyaallah:-)..tinggal kasut,jeans & tshirt @ dress yang belum get ready...
Satu mende lagi yang paling penting nak kemas 1 rumah nie..belum buat satu hapa pun...kalau habuk belakang sofa tu rasanyer dah naik bersawang..tapi kalau ikutkan hati mama nak ajak abah pindah barang minggu depan..dah tak kuasa nak mengadap rumah kuarters ni..tapi entah ler lum confirm lagi coz barang-barang pun tak packing lagi..banyak nyer mende yang lum settle...lagi 10 hari lagi dah nak raya...huhuhu
Biskut raya dah beli ..ade lar dalam 14 jenis biskut yang mama dah borong....jadi la tu:-)Untuk diri sendiri tahun nie takde apa yang baru...ala kadar jer..yang penting anak2 diutamakan...buat abah..cam biase lagi lar tak ready aper2..tambahan plak tahun nie turn die bekerja masa raya..so tak balik kampung..jadi situasi raya tu xder semeriah maner la tahun ni..cuma nak belikan baju Melayu jer..
Yang paling sedihnyer tahun ni kemungkinan mama tak balik beraya di kampung coz abah kene keje..sian plak nak tinggalkan dia sorang2 kat Klang nie...insyaallah kalau takde aral melintang kami beraya di rumah baru ler tahun nie...:-)

Friday, August 12, 2011

Dah shopping biskut raya ke?

Kawan-kawan sume dah beli biskut raya ke?Yang pasti masing-masing telah menempah pelbagai jenis biskut     kan sempena kedatangan raya puasa tahun ni.Alhamdulillah semalam mama dah membeli beberapa jenis biskut yang berkenan di mata & hati...hihihi.Tahun ni takde tempah-tempah terus pergi beli di  kilang yang menjual beraneka biskut raya....nasib baik berdekatan dengan opis...tu yang pergi lari sekejap semalam dengan member sekerja.Asalnya nak tengok tempatnyer saje coz  1st time tau pasal kilang ni...akhirnya dengan akak pengusaha kantin sekali memborong biskut raya ...hehehe....boleh dikatakan murah lar coz kiter beli dengan harga borong....purata harga antara RM13- RM15 sahaja.Kalau beli kat tempat lain Almond London mesti harganya RM20++ kan...kat sini jual RM15 sahaja.Ramai gak yang datang membeli semalam..kan main sesak coz tempatnya agak kecik.Apepun mama dah lega dah beli biskut-biskut raya ni...maybe akan datang lagi untuk beli biskut buat mak & mak mentua di kampung.

Suasana di kaunter pembayaran

Aneka biskut & kerepek yang dijual


Biskut Choco Stick

Kuih Bangkit...macam-macam perisa ada


Deretan kuih bangkit dari luar kedai

p.s: Nasib baik bawak RM100 kalau bawak lebih alamatnyer abis sume...memang tergoda iman tengok biskut-biskut kat dalam kedai ni...sumenyer nampak sedap jer:-)

Monday, August 08, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi....kerajaan setuju bagi bonus setengah bulan gaji....dapatlah tampung perbelanjaan untuk persediaan raya puasa tahun nie....terima kasih kerajaan Malaysia:-)

Shopping lampu & kipas

Salam bersiaran....
Semenjak kebelakangan ni mama dah jarang update blog...bukan ape..bizi dengan macam-macam mende..
Jumaat- 5/8/2011
Alhamdulillah...akhirnya impian mama sekeluarga untuk memiliki rumah dah tercapai:-)Sempena mengambil keberkatan di hari Jumaat...mama & abah telah mengambil kunci rumah daripada pemaju selepas menyelesaikan sume lawyer fees.

Sabtu - 6/8/2011
Tengahari Sabtu pulak,mama sekeluarga bergerak ke Puchong untuk shopping lampu & kipas di House of Lightning Enterprise..memang murah lar lampu & kipas kat sana seperti yang diwar-warkan di forum & jugak blog kawan-kawan...26 biji downlight termasuk bulb energy saver,6 buah kipas,1 lampu gantung untuk porch & 2 lampu dinding..sumenyer RM12++k...penat jugak ler dok memilih lampu dalam kedai tu ditambah pulak dengan orang ramai yang padat...fuhhhh...dari pukul 1.00 petang hingga 4.30 kami dok dalam kedai tu...

Ahad - 7/8/2011
Lepas Zohor kami sekeluarga bergerak ke rumah baru kami...cuci-cuci sikit..mop lantai..dan memunggah lampu & kipas untuk dipasang nanti.Kebetulan ader wireman tgh wat kerja-kerja wiring..kami pun amik kesempatan bertanyakan upah wiring & pasang lampu & kipas.Setelah dikira...RM1050k sume jumlahnyer selepas ditambah beberapa punca kuasa  & suis tambahan..kami mintak kurang lagi dapat ler RM1k ngam2..hehehe


Petang nie lepas balik keje..kerja-kerja wiring & pemasangan lampu kipas akan bermula....harap2 sumenyer berjalan lancar seperti yang dijanjikan..insyaallah..

Saturday, August 06, 2011

Baju Melayu Along

Semalam gi Carrefour Klang....jalan-jalan window shopping...last-last beli Baju Melayu anak bujang mama...kaler dark blue....nampak cantik & kainnya pun selesa dipakai terus berkenan.Malas nak pikir banyak kali...dah beli awal kan senang..;-)
Along ler nie snap pic senget benget..hihihi

Pastu mama ade beli 2 set almari pakaian...3 pintu + 2 pintu = RM199....jadi ler untuk masuk rumah baru nanti:-)

Monday, August 01, 2011

Baju kurung riau mama dah siap

Sebelum nie mama ader kongsi dengan kawan-kawan pasal kain cotton yang mama beli daripada kawan yang baru balik jalan-jalan @ Bandung kan...nak tau tak?Bila mama terima jer kain tu..malam tu terus mama potong untuk wat baju kurung Riau...Alhamdulillah menjadi...yerla..ini 1st time tau mama jahit kurung Riau nie lepas join kelas menjahit tempohari..so kawan-kawan,layan jer la picture kat bawah k:-)




Saturday, July 30, 2011

Kaki Humaira

Lama dah rasanyer mama tak bercerita tentang perkembangan Humaira....

Mulut comot tu ...baru lepas makan durian tak sempat cuci lagi mama dah snap

Gambar nie ler yang mama nak share dengan kawan-kawan

Tengok kaki kirinyer dah boleh menapak dengan betul kan....tapi yang kanan tu masih dok jingkit lagi...dengan posisi lututnyer yang masih dikendurkan bila berdiri.Mama kene lebih lagi usaha untuk wat urutan & exercise kaki Humaira ni...Alhamdulillah sekarang nie agak senang untuk bekerjasama dengan Humaira...dah tak banyak karenah lagi bila ajak wat exercise & terapi:-)
Minggu lepas dah jumpa dengan Dr.Chen...ketua unit rehab...katanyer dalam  2-3 bulan lepas nie Humaira akan diberi suntikan Botox untuk membantu mengurangkan keregangan otot.Sepatutnyer appoinment kali nie pihak rehab nak wat kasut yang ader screw tu tapi orang yang in-charge MC ler plak...terpaksa ditunda  AFO tu ke next appoinment bulan 9 nanti...huhuhu...  

Budak tomei ni masa ikut abah gi Kolej Legenda @ Mantin 
      

Thursday, July 28, 2011

Bestnyer yang ditunggu dari Bandung dah sampai

Baru-baru nie member lama satu sekolah dulu si Jaja dari Kuantan jalan-jalan ke Bandung,Indonesia..so dok godek2 kat fbnyer ..rupa-rupanyer masa kat sane dia ader shopping beberapa pasang telekung sembahyang dan kain cotton dari sana..xder ler beli banyak hanya memenuhi kiriman kawan-kawan.So mama pun tak lepaskan peluang dapatkan telekung & kain cotton nie..hehehe

kain cotton


sayang pulak nak pakai..hihihi

cantikkan bunga sulaman pada telekung nie

Alhamdulillah....x pergi Bandung dapat beli kain dari sana pun dah puas hati...next year Jaja plan nak ke Vietnam plak..nak shopping cotton...boleh ler mama kirim kan...:-)

Friday, July 22, 2011

Genap 3 tahun mama keje gomen

Pada hari ini 2 tahun yang lepas mama telah melaporkan diri di SK(2) Jalan BatuTiga,Klang sebagai Pembantu Tadbir (P/O).Bersyukur sangat-sangat akhirnya setelah bertahun menanti untuk mendapatkan kerja kerajaan...mama berjaya ditawarkan bekerja dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.Walaupun hanya sebagai kerani sekolah namun mama anggap ia rezeki daripada Allah s.w.t yang amat bermakna buat mama sekeluarga. Sebenarnya mama ni dulu abis jer amik diploma Computer Science di Kolej Yayasan Pelajaran MARA terus jer mendirikan rumahtangga ..ngam-ngam selepas 2 tahun bertunang masa bergelar student lagi.Lepas jer umur Along 8 bulan mama ikut abah berpindah ke Klang coz abah posting bomba kat sini.Sejak bermula dok di Klang ni mama mulalah bekerja.Macam-macam tempat mama keje & kebanyakannya di shopping complex seperti Parkson,Jusco & Carrefour sebagai cashier.Tapi best tau keje kat sana coz beban kejenyer tak terasa sangat cam sekarang.Dulu biler balik umah dah tak payah pikir ape...sekarang macam-macam nak kene wat sorang.Sebab hanya mama yang wat tugas perkhidmatan & kewangan kat pejabat sekolah nie almaklumler PT hanya sorang..huhuhu.Tapi sebenarnye keje di mana-mana sama jer ...bergantung macamane kiter handle job tu kan.Mama juga pernah bekerja sebagai admin clerk di syarikat swasta...dan seperti biasa keje dengan company cha ya nun alif...straight sungguh la sampai nak cuti pun susah.Tapi mama tak lama keje kat situ..lepas bersalinkan Humaira mama terus quit.            
          
Mama yang sememeh...abaikan yer pic nie coz nampak tul kesuraman di wajahku...hahaha

Akhirnya pada usia 30 tahun ..rezeki memihak kepada mama...bekerja dengan gomen sehingga sekarang.Dah nak serap ke taraf berpencen pun...dan dari kerja gomen ini jugalah mama & abah mampu membeli kereta & rumah sedikit demi sedikit...mewah itu idakler tapi sekadar yang mampu..syukur Alhamdulillah:-)

"Rumahku Syurgaku"

Alhamdulillah...rumah mama & abah dah siap & secara rasminyer dah boleh diduduki:-)..tapi mama lum gie amik kunci coz ader sedikit payment yang lum settle dengan pemaju..hihihi...tengah tunggu duit masuk.Mungkin lepas raya baru pindah masuk secara rasmi...insyaallah...








Wednesday, July 20, 2011

Jom kawan-kawan..tingkatkan kemahiran kita:-)

Mama dah pandai jahit baju kurung & dah mula amik tempahan secara kecil-kecilan.Mama juga dah boleh jahit kurung moden tapi untuk pakai sendiri boleh la..tak berani amik tempahan lagi coz lum expert.Jadi dok pikir...pikir...& pikir...tak rugi rasanyer kalau mama spend duit untuk join kursus jahitan asas pakaian kan...secara tidak langsung meningkatkan lagi kemahiran yang ada demi untuk kemajuan diri sendiri.
Actually dah lama berkeinginan untuk ikuti kursus jahitan secara lebih serius cuma masa & kewangan yang tak berapa mengizinkan.Sebelum nie mama hanya belajar dari Cikgu Zura yang mengajar di rumahnya..baru belajar 3 paten..tapi tak khatam lagi coz asyik tertunda.Faktor jauh dari rumah pun satu hal tu yang kadang-kadang wat mama liat nak datang abiskan satu-satu paten.Jadi setelah disurvey sekitar bandar Klang 2 hari lepas mama dah jumpa satu butik ni yang menawarkan kelas jahitan sepenuh masa @ separuh masa.Dekat sangat ngan rumah..sepuluh minit dah sampai.
Insyaallah...jika tiada aral melintang mama akan mula bulan pose ni....harap-harap mama dapat manfaat dari kursus tu nanti..aamin:-)Lagipun mama kalau boleh nak belajar sampai boleh jahit sume paten...taknak lah nanti orang nak tempah baju...jawab macam nie"pandai jahit baju kurung jer"...tapi takper lah mama nak usaha sedikit demi sedikit dapatkan ilmu menjahit nie..sekurang-kurangnyer dapat menjahit baju sendiri & anak-anak dah bersyukur sangat-sangat..hehehe.So kepada kawan-kawan kat luar sana..marilah sama-sama kita meningkatkan kemahiran & tambah ilmu untuk kesenangan di masa depan.Andaikata tiada rezeki bekerja makan gaji...bekerja sendiri pun sangat-sangatlah ok..yang penting tau apa yang nak diusahakan tu..sekarang ni dah dekat musim raya..tebal ler poket tailor & pengusaha biskut & makanan yerk!!Semangat mama ..jangan hangat-hangat tahi ayam jer...wassalam.

Apa masalah JKM Klang nie?

Pagi nie mama rasa geram sangat ngan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang ni..mane idaknyer selalu call engaged memanjang.Line telefonnyer aktif ke idak ?Bukan aper..nak tanya berkenaan permohonan kad OKU Humaira .. dah siap ke?dari bulan 3 sampai sekarang tak tau apa statusnyer.Kata nak call kalau dah ready tapi sampai ke hari  ni takde khabar berita.Mama risau coz sekarang nie nak gunakan kad tu untuk daftar sekolah Humaira tahun depan di PPD Klang.Kang mama pergi terjah takut  masih terima jawapan yang sama.."Pengarah kami dah bertukar,bakal pengganti belum datang"...."Dah hantar ke HQ di KL tapi masih belum dapat respons la"....aduuuhai...pening kepala mama:-(

Sunday, July 17, 2011

Tahniah wat Farah AF2

Selamat Pengantin Baru buat Farah AF2 yang telah melangsungkan pernikahan semalam di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya semalam..semoga berkekalan hingga akhir hayat...aamin...:-)
Untuk lihat info lebih lanjut & gambar sekitar majlis pernikahan & persandingan beliau ,sila ke http://www.ohbulan.com/ 






Wednesday, July 13, 2011

Anggaran perbelanjaan utama

Anggaran kasar perbelanjaan masuk rumah baru :-
1. Grill - plan nak wat grill wrought iron utk sliding door depan & tingkap bilik utama..utk tingkap dapur & pintu belakang guna grill biasa ( anggaran RM2k)..mama beli umah teres setingkat intermediate jer..syukur atas rezeki Allah:-)

2. Lampu - baru survey downlight ...yang 1 mentol tu rm15/pcs...living hall 6 pcs,bilik tidur utama 4 pcs,bilik tidur anak 4pcs x 2 bilik = 8 pcs (anggaran untuk lampu keseluruhan RM1k termasuk upah pasang)

3. Kipas - living hall  1 unit yg ader remote control RM240 brand KDK & lain2 guna kipas KDK warna putih jer harga RM120/unit x 4 = RM480 (anggaran keseluruhan termasuk upah pasang RM1k)

Itu jer la yg 1st step mama akan buat bile masuk rumah baru nanti..dan yang seterusnyer mama akan wat beransur-ansur memandangkan bajet ciput jer..tambahan plak tak lama lagi menjelang Ramadhan & Syawal...banyak yang perlu difikirkan...moga Allah akan mempermudahkan segala urusan mama...aamin:-)

Tuesday, July 12, 2011

Info berguna tentang pemasangan grill tingkap

Dalam dok mama berblogwalking nak cari info berkaitan grill rumah,mama terjumpa satu blog nie...banyak info berguna yang tuanpunya blog share kat situ...so kredit to En. Si Gelang Hitam..memang mama tengah survey berkaitan persediaan masuk rumah baru...ni antara nyer:-

"Antara tingkap yang mudah dimasuki pencuri adalah tingkap nako,umpil grill dan bukak satu persatu bilah cermin dan masuk...,tau nako?tingkap yg mempunyai cermin berbilah2 tuh...Jadik utk tidak membuang duit dari mengganti tingkap nako ke tingkap 'daun' mudah saja...semasa memasang grill...pastikan anda suruh pemasang grill buat mcm ini...weldingkan batang besi  ke grill!!






Terus terang aku ckp benda nih amat2 penting...hebahkan lah pd yg baru nak pindah rumah tuh..."


Mama memang copy & paste sebijik sebijik  ayat dari blog Si Gelang Hitam untuk share dengan kawan-kawan:-)Thanks a lot to tuanpunyer blog..wassalam