Tuesday, May 31, 2011

Nak bawak anak-anak ke perpustakaan awam

Apa agaknyer aktiviti kawan-kawan buat dengan anak-anak musim cuti sekolah ni yer?Mama plan nak bawak anak-anak ke perpustakaan awam.Dapat pinjam buku-buku & ini merupakan 1st time nak bawak diorang ke sana...call tadi dari opis bagitau nak bawak ke sana....masing-masing menjerit seronok..
Kalau jadi pergi nanti mama share dengan kawan-kawan k...nantikan my next en3 ok..wassalam:-))

Saturday, May 28, 2011

Bertemu di FB ibarat jejak kasih

Along bersama hero tunggalnya...Ahmad Faris Ikhwan

Tentu kawan-kawan mama tertanya-tanya tentang tajuk entri kali ni....apa yang kena mengena dengan Jejak Kasih pulak kan?Actually mama dah bertemu kembali dengan Along di FB setelah hampir 20 tahun tak mendengar khabar berita darinya....sape Along ni yer?Beliau adalah anak sulung Abah (ayah mama) dengan bekas isteri pertamanya sebelum Abah berkahwin dengan Mak...setelah maknyer berpisah dengan Abah dan berkahwin lain...Along telah dipelihara oleh neneknya.Dan Abah pernah membawa Along ke rumah kami untuk diperkenalkan dengan kami adik beradik....bimbang katanya nanti tak kenal dengan adik beradik sendiri pulak seandainya Abah telah tiada kat dunia nie....silap-silap kang ada yang bercinta dengan adik beradik sendiri kan....manalah tau.Walaupun kami berlainan ibu tapi kami tetap adik beradik kandung gak....apapun syukur sangat coz Along masih ingat kat Nonie(panggilan keluarga ).Nasib baik mama baru-baru nie ada tukar nama kat FB daripada nama penuh ke nama 'Cik Nonie'... tu yang Along dapat jejak tu...hehehe...
Walaupun antara kami adik beradik tak pernah rapat dan hanya bertemu sekali dua sahaja semasa kecil tapi bila dah bersembang rasanya macam close sangat...yer la...mungkin disebabkan pertalian darah yang sama orang kata dah namanya adik beradik...cincang air takkan putus.Malam tadi buat pertama kali berborak di FB ...banyak perkara yang diceritakan...walaupun hanya bertemu di alam siber namun ia tak membataskan kami bertanyakan khabar masing-masing.Insyaallah jika umur panjang kami akan berkumpul adik beradik nanti...ramai bebenornya adik beradik kami nie....14 orang kesemuanya...belum lagi campur anak-anak masing-masing:-)
Harap-harap lepas ni kami takkan lost contact lagi...yer...moga Along sekeluarga dirahmati Allah hendaknya...aaamin...

p.s : Abah tentu happy bila tau Nonie dah dapat jejak Along kan:-))

Wednesday, May 25, 2011

Silap tarikh:-)

Semalam gaji keluar jadinya mati-mati hari nie mama ingatkan 26hb Mei...ader appoinment dengan unit Neuro jam 9.00 pagi.Padahal hari nie 25hb....sian kat Humaira .. terpaksa bangun awal untuk bersiap ke HTAR.Last-last bila abah balik keje pukul 8.30 pagi tadi terus pergi tengok surat temujanji dan menunjukkan pada mama sambil cakap "mama hari ni 25hb la....appoinment Humaira esok 26hb'' sambil tersengih pandang kat mama.Laaaa....rupa-rupanya mama dah silap tarikh....memandangkan esok temujanjinyer..mama terus pujuk Humaira yang tengah excited nak pergi hospital..katakan padanya yang mama salah kira hari...nasib baik dia faham & tak merengek pun coz tak dapat jalan-jalan naik kete pagi nie...hehehe.Tengok jam dah pukul 8.30 pagi so mama terus capai kunci kete dan setelah bersalaman dengan abah & Humaira , mama terus bergegas ke pejabat.Tak tukar baju kurung pun..selamba jer pakai t-shirt muslimah & berseluar hitam longgar ke pejabat...dah lewat kan ..harap-harap tak kena tegur dengan GB:-)

p.s : Along tak ke sekolah agama pagi nie...katanya peperiksaan pertengahan tahun dah tamat semalam..mama bagi peluang rehat jer kat rumah pagi nie:-)macam nie punya omak pun ade yer...sesekali bagi muka...takpe kot...hihihi

Tuesday, May 24, 2011

Kejap-kejap nak ke tandas

Sape yang kejap-kejap nak ke tandas tu?Mama ke...isshh..issshh...bukan lah...Humaira bucuk la.Sejak minggu lepas lagi Humaira dalam usaha nak membiasakan diri membuang air kecil @ dengan kata pendeknyer 'nak k*****g'...itulah perkataan yang mudah baginya untuk menyatakan tujuan nak ke tandas.Letih jugaklah mama & abah melayannya ... yer la terpaksa menunggu dia di depan tandas...sambil dok mencangkung sementara kedua tangannya berpaut pada baldi yang berisi air...adakalanya betul-betul buang air kecil & adakalanya hanya alasan untuk bermain air dalam bilik air....dan adakalanya juga dah membuang dulu kat ruang tamu barulah bagitau..hehehehe...takpelah yang penting Humaira dah pandai memberitahu kepada mama...jadi sekarang dah kurang bergantung pada pampers..biasanya selepas Humaira membuang air besar..mama takkan pakaikan pampers lagi supaya dia akan cepat-cepat ke tandas bila terasa nak buang air kecil..tak kisahla mama kena kerja mencuci lebih sikit apabila Humaira dah terbuang air kat mana-mana dalam rumah nie haaa..

Sunday, May 22, 2011

Dari DiYaNa's BlOg kepada S.H.A 's Story

Memandangkan kewujudan blog ini berkisar cerita tentang anak-anak mama jadi mama telah tukarkan nama blog ini dari DiYaNa'S bLoG kepada S.H.A's Story.S.H.A adalah huruf-huruf gabungan nama anak-anak mama iaitu S = Sofea , H = Humaira & A = Amirul....so apa pendapat kawan-kawan?
Mama memang berkenan dengan pilihan nama yang baru nie....iisssh ..iisssh macam pilih nama anak baru pulak yer....lebih kurang begitulah nampaknyer...hehehe...:-)
Blog jahitan mama pun dah ada nama baru iaitu S.H.A 's Inspiration.......best tak bunyinyer?

Bila Humaira dah pandai......

Salam semua....
Dah lama tak berkongsi cerita pasal anak istimewa mama nie...hihihi
Ada beberapa perubahan perlakuan yang mama perhatikan pada Humaira semenjak 2 menjak nie ....antaranya..
>
>
>
>


Bila Humaira dah pandai memanjat...


Tengok tu....dah tak toleh belakang


Nampak tak apa kat tangan Humaira tu?


Bendanya ialah gunting



Mula-mula terkial-kial gak nak guna & pegang gunting tu.. tapi akhirnya berjaya jua menggunting kertas dengan betul.Dan semalam dalam diam telah menggunting seluar yang Angah pakai ketika Angah tengah asyik tonton tv....hahaha...nasib baik tak tergunting peha Angah yang kurang isi tue..kena pantau gak Humaira ni takut tergunting yang bukan-bukan....sekarang ni pun mama kena gunting kain untuk tempahan baju kurung customer jauh-jauh dari Humaira....risau naya kalau kene gunting ngan Humaira nie:-)



Kejadian tanah runtuh menimpa rumah anak-anak yatim At-Taqwa , Hulu Langat

Sedih mama apabila mendengar berita TV3 jam 8 malam tadi..berkenaan musibah yang menimpa rumah anak-anak yatim At-Taqwa di Hulu Langat pada pukul 2.30 petang tadi....tragedi tanah runtuh yang telah meragut seramai 10 orang setakat jam 12.00 malam nie...namun masih terdapat 6 orang lagi anak-anak yang masih tertimbus di bawah timbunan tanah ...apapun marilah kita bersama-sama berdoa semoga mereka masih lagi bernyawa sehingga ditemui para penyelamat nanti..insyaallah..dan tidak lupa juga Al-Fatihah buat anak-anak yang terkorban dalam tragedi itu semoga mereka ditempatkan di kalangan golongan beriman..aaamin:-)

Wednesday, May 18, 2011

Betul-betul jimat

Apa yang betul-betul jimat?
Cuba tengok kat bawah tu..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Tengok haaa....dah tinggal sikit lagi....akhirnya habis jua

Modal hanya RM6.30 jer....boleh makan 5 beranak...
Telor 10 biji : RM3.80 (guna sebiji jer selebihnya buat stok masuk peti ais)
Mee kuning sepaket : RM1.00
Sawi seikat : RM1.00
Ais : RM0.50 (untuk air sirap 1jag)
Ayam guna baki yang ader dalam peti ais...hehehe

Kalau makan kat luar nie....dalam tangan RM20 termasuk air dah pasti kan...sedapnyer pulak belum tentu lagi .. memang jimat masak & makan kat umah kan...tapi tu ler... mama kena simpan energy coz balik kerja dah letih tu yang kadangkala ''anak-anak....siap...jom makan kat luar...mama belanja"......yang abahnyer menjeling jer...tau mama malas nak masak......hahaha....:-)

Tuesday, May 17, 2011

Nak tayang handphone baru

Actually bulan lepas beli Nokia C6 ni tapi baru berkesempatan nak tayang kat blog mama nie....sajer suka-suka coz nak kongsi dengan kawan-kawan mama.Hari tu tangkap gambar dalam digital kamera tu yang lambat sikit nak upload kat sini....sekarang dah senang nak ke mana-mana tak payah lagi nak bawak kamera...leceh sikit...lagi senang guna hp ni...memang berbaloi membelinya...mama memang sayang sangat kat hp ni....nie adalah kenangan dari duit lebihan KWSP yang mama keluarkan tempohari untuk bayar lawyer fees beli rumah ... hihihi....

Nokia C6....mama like it!!

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day

Hari ni adalah16 Mei ... seperti biasa semua sekolah di Malaysia akan meraikan hari Guru...tak ketinggalan juga dengan Along & Angah.Along dari petang semalam dok mintak mama bawakan ke gift shop nak belikan hadiah untuk cikgu sekolahnya.Angah pulak buat tak tau jer pasal hadiah sume tu lagi coz hari nie peperiksaan pertengahan tahun akan bermula di sekolahnya.Semoga Angah dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik yer...hari nie ada paper BM1,BM2 & Jawi...harap segalanya berjalan dengan lancar.Disebabkan mama sedikit bizi ditambah dengan cuaca yang mendung dan diiringi hujan semalam membantutkan kerajinan mama untuk keluar membeli hadiah untuk cikgu Along.Kesudahannya mama cadangkan pada Along untuk mencipta kad ucapan dibantu oleh Abah yang memang agak kreatif dengan kerja-kerja seni macam tu...hehehe...lagipun cikgu Along mesti suka hasil kerjatangan Along sendiri kan...masa entri nie ditulis Along tengah siapkan kad tu .. malas la pulak nak ambil gambar kad tu...hihihi
Di kesempatan ini mama ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" @ "HAPPY TEACHER'S DAY kepada semua warga pendidik seluruh negara....segala jasa kalian amatlah dihargai....terima kasih cikgu:-)

Saturday, May 14, 2011

Rindunya dengan kampung

Rasanya ni ler tempoh paling lama tak balik ke kampung..rindu tul dengan suasana kampung..pemandangan yang  indah sejuk mata memandang...kali terakhir balik ke kampung masa raya puasa tahun lepas.Biar betul dah nak dekat setahun...dahsyat sungguh.Mentang-mentanglah sekarang ni zaman IT...celik mata on laptop buka fb terus jer borak ngan adik yang duduk sekali ngan mak...bertanyakan khabar family di kampung.Seminggu sekali pula call mak bertanyakan khabar....itulah dia...hanya bertemu di alam maya jer.Tapi takkan sama kalau dapat balik ke kampung....dapat rasa masakan mak.....tengok gelagat adik2 ... mendengar cerita panjang abah...aduuuuhai....rindu bebenor dah nie...rasa cam nak packing barang terus balik jer...huhuhu.Tapi semenjak 2 menjak ni memang sibuk sangat dengan urusan anak2 sekolah,kerja,appoinment Humaira.....cuti pulak dah semakin susut.Kalau balik kg pun mana cukup balik sehari dua....paling kurang pun 3 hari.....dan poket pun mesti tebal tak cukup 1 rat @ 2 rat jer...hehehe.Mak & abah pun bunyinyer cam merajuk..."orang dah tak ingat kg" ...itulah kata2 yang keluar dari mulut mak.Bukan macam tu mak.....orang bizi sikit...lagipun mak & abah kan selalu datang Klang jadi dah jumpa kat sini oklah kan...hehehe...Apapun insyaallah bulan 6 cuti sekolah ni nak balik kampung...mungkin Along & Angah bercuti kat sana sepanjang cuti sekolah ni...bolehla bermanja lama sikit ngan tok,to'ki,tok Timah & tok Bak kan....:-)

Wednesday, May 11, 2011

Appoinment rehab & stok ubat

Semalam selepas berada di PDK selama 1jam lebih...sekejap jer coz semalam aktiviti bebas bersama anak jer...dalam pukul 10.30 pagi mama & abah terus bergerak ke HTAR untuk hadir appoinment dengan unit Rehabilitasi jam 11.00 pagi...nasib baik kami tiba tepat pada masanya...Humaira sempat lagi membuang air b***r kat dalam kereta...dah siap membersihkannya terus dipanggil masuk untuk berjumpa dengan pakar rehab.Sebenarnya ini merupakan temujanji pertama yang amat mama nantikan dari mula Humaira dapatkan rawatan di HTAR.Hasil dari pemerhatian & temuramah daripada pakar rehab,mereka memutuskan untuk memulakan pemberian ubat sebagai salah satu alternatif membantu mengurangkan ketegangan otot Humaira iaitu Baclofen dalam bentuk kapsul dan satu lagi ubat minum untuk melembutkan najis.Ubat minum diperlukan kerana apabila Humaira mula makan ubat Baclofen tu kesannya akan menyebabkan najis menjadi keras.Alhamdulillah Humaira senang makan ubat jadi takkan timbul masalah pada mama..hehehehe.Doc juga menasihatkan mama untuk lebih kerap lagi buat streching & exercise dengan Humaira dan perlu dipertingkatkan setelah Humaira mula makan ubat-ubat tu.Mama memang berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh pakar rehab dan kali ni lagi puas hati coz abah turut sama join dalam discussion kami berkaitan dengan rawatan Humaira.Insyaallah 2 bulan lagi pihak rehab akan buatkan kasut & simen kaki Humaira untuk membantu kurangkan jingkitnya bila berjalan...@ dengan kata lain nak suruh Humaira menapak seperti biasa...moga segalanya dipermudahkanNya...aaamin:-)

Bekalan ubat untuk 3 bulan






Tuesday, May 10, 2011

Humaira @ PDK Klang Selatan

Pagi ni mama & abah memulakan langkah pertama membawa Humaira ke PDK Klang Selatan.Lebih kurang jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan dan setibanya di sana kelihatan anak-anak Sindrom Down sedang melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan laman di kawasan PDK.Kami disambut mesra oleh staff di situ dan setelah bersalaman dengan ibu-ibu yang sedang melayan anak-anak masing...mama bersama abah menggunakan kesempatan yang ada melatih Humaira untuk menyesuaikan diri dengan kelengkapan di situ....

Tengah semangat nak pergi PDK


Bangun awal hari nie..:-)









Seandainya Humaira dapat berjalan sendiri..alangkah bahagianyer mama..mama tau Humaira kuat semangat..jangan putus asa yer nak...:-)












Monday, May 09, 2011

Balik pada perancangan asal

Setelah berjumpa dengan guru prasekolah & pembantu pengurusan murid tadi....dan setelah melihat reaksi dari Humaira sendiri...mama mengambil keputusan untuk kembali kepada perancangan asal iaitu menghantar Humaira ke PDK dahulu buat masa ini.Kenapa?Berdasarkan penjelasan daripada Kak Wahizah salah seorang guru prasekolah di situ...katanya pihak mereka bersedia untuk menerima Humaira menjadi salah seorang murid di situ tetapi mereka cuma risaukan anak mama nie..bimbang akan dibuli oleh rakan sebaya...yerlah...saiz Humaira yang agak kecil berbanding mereka ditambah lagi keupayaan anak mama yang agak terhad akan menyukarkan Humaira untuk berdepan dengan gelagat mereka...bimbang akan mencederakan anak mama.Memandangkan beliau pernah berkhidmat di bidang pendidikan khas , Kak Wahizah menjelaskan bahawa sebenarnya di sekolah pendidikan khas ada pengkhususan untuk setiap jenis kelainan upaya yang mana setiap orang budak akan diletakkan di bawah pengawasan seorang guru & pembantu mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu.Sekiranya situasi adalah sedemikian , mama takkan rasa bimbang atau gusar untuk menghantar Humaira ke prasekolah khas integrasi... tambahan pula Humaira akan diberi tumpuan yang lebih oleh guru yang mengajar..Ya Allah ..Ya Tuhanku...bantulah hambamu ini...permudahkanlah segalanya...aaaamin..
Jadi sementara mendapat penempatan di prasekolah pendidikan khas integrasi..mama akan cuba hantar Humaira ke PDK dahulu...dapatkan apa yang boleh di sana...taknaklah bergantung pada follow-up hospital sahaja...insyaallah esok mama akan mulakan...mungkin dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi kemudian nak bergerak ke HTAR untuk appointment dengan unit rehab...:-)

p.s : Mula-mula sampai kan main semangat Humaira .. suruh mama buka pencil case n ambil buku....dok kat meja dengan senyuman melebar...lepas layan temuramah ngan cikgu-cikgu lepas 20 minit ,dah mula kebosanan ajak balik...mama try explain bagitau kat die yang mama kene masuk keje & Humaira dok kat kelas dengan kawan-kawan...dah mula nak menangis sambil gelengkan kepala...sudahnya mama mintak abah bawak balik Humaira ...fikir-fikir biarlah pendidikan Humaira bergerak perlahan-lahan mengikut keupayaannya...taknak push dia..lepas nie mama kena spend lebih lagi masa untuk Humaira dan beri pendedahan lebih berkaitan pendidikan prasekolah:-)

Gusar + celaru + bimbang = ?

Berdebar-debar pulak rasanya mama hari nie....sebabnya...sebelah petang nanti Humaira akan mulakan persekolahan di Prasekolah SK(1) Jalan Batu Tiga...bermacam-macam perasaan yang mama rasakan sekarang..gusar,celaru,bimbang...dah saling bercampuraduk..tak tahu nak gambarkan macamana...Guru-guru dan PPM akan bertemu dahulu dengan mama petang nanti..katanya ada perkara yang hendak dinyatakan...harap-harap tindakan mama ini betul dan tidak menyusahkan mereka hendaknya...yer la  timbul rasa serba-salah pula hendak meletakkan Humaira di bawah kawalan mereka tapi mama kan ada dekat-dekat sana...entahlah...harap-harap semuanya berjalan lancar petang ini:-)

Sunday, May 08, 2011

Masak nasi beriani untuk lunch hari nie

Sempena sambutan hari Ibu kali nie...mama dengan rajinnya mencuba buat kali pertama memasak nasi beriani untuk santapan tengahari  kami sekeluarga....Alhamdulillah menjadi....hehehe:-)

Nasi Beriani

\
Ayam Beriani

Acar mentah

Papadom pun ada

Kurma Ayam

Jemput makan yer..:-)





Saturday, May 07, 2011

Terima kasih anak-anak mama

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu semalam...mama terima hadiah dari Along & Angah...semangat tul mereka berdua nie...siap suruh mama pejamkan mata dulu..kononnya ada surprise kata mereka...tadaaaaaa...:-)

Lampu kecil bentuk hati tu daripada Along & bunga mawar pulak ikhlas dari Angah

Terima kasih anak-anak mama atas ingatan kalian..mama betul-betul hargai...sayang kamu berdua...mmmmuuuaah...
Buat Puan Rubiah bt Atan..di kesempatan ini , orang ingin mengucapkan "Selamat Hari Mak"...terima kasih atas segalanya....jasa mak tak mampu orang nak balas...hanya dengan iringan doa moga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diberkati Allah hendaknya...ampunkan segala kesilapan orang yer mak.....sayang mak....mmmuuuaaah...:-)


Wednesday, May 04, 2011

Aduuhai...mood keje dah ke laut...camner tu?

Hari ni betul2 takde mood nak gi keje so amik cuti rehat lagi la jawabnyer....camner ni..baki cuti tinggal 10 hari jer.Ni baru bulan 5.....7 bulan lagi nak kene tempuh....maknanyer purata 1 bulan cuma boleh ambil 1 hari cuti jer setiap bulan selepas nie....huhuhu...ada tak sape2 yang nak bagi saya pinjam cuti ...huhuhu...:-((

Tuesday, May 03, 2011

Syor hantar ke prasekolah biasa

Hari tu di PDK Klang...semasa bertemu dengan salah seorang staff di sana...mama tak ingat pulak apa namanyer...beliau bertanyakan perihal Humaira...apa kekurangan,kebolehan...setelah diperjelaskan..lebih kurang beginilah pendapatnya....setelah mendengar penerangan mama berkaitan diri Humaira..berdasarkan pengalamannya..beliau mengesyorkan saya menghantar Humaira ke Prasekolah tak kira lah samada pendidikan khas @ biasa yang mana bersesuaian dengan keadaan penerimaan Humaira..katanya Humaira hanya kekurangan fizikal iaitu tidak boleh berjalan lagi jadi bila difikirkan potensi anak mama nie yang mana mungkin mampu menerima pembelajaran yang lebih baik dari segi akademik..apalah salahnya dia dihantar ke pusat pendidikan yang lebih sesuai.Katanya lagi PDK adalah merupakan pusat pemulihan yang mana hanya lebih menekankan kepada usaha pembangunan diri yang melibatkan terapi dan lebih sesuai untuk anak-anak istimewa yang terlantar (maaf andaikata penggunaan perkataan itu bisa mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca blog mama ini..hanya tujuan untuk menjelaskan lagi keadaan) @ juga yang tidak mampu berdikari langsung...yang perlu diberi terapi yang semaksimum mungkin untuk memulihkan keadaan mereka ke arah pembangunan diri yang lebih baik...tetapi mama tidak dihalang jika ingin membawa Humaira ke situ sebagai alternatif...kita hanya mampu berusaha tetapi yang menentukan segala-galanya hanyalah Allah s.w.t..ok...terhenti di situ walaupun fikiran dah bercelaru masa tu...
Kemudian bagi mendapatkan penjelasan yang lebih pasti , tengahari tadi mama ke PPD Klang untuk berjumpa dengan pegawai yang menguruskan kemasukan ke prasekolah pendidikan khas integrasi.Malangnya pegawai tersebut ada mesyuarat dan mama diminta berbincang dengan salah seorang pegawai yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan yang mana sebelum ini terlibat dengan hal pendidikan khas selama 10 tahun.Beliau secara terus terangnya mengesyorkan mama untuk menghantar Humaira ke prasekolah biasa sahaja kerana potensi Humaira untuk menerima pembelajaran secara normal adalah lebih baik berbanding prasekolah pendidikan khas.Katanya lagi jika Humaira diletakkan di dalam group tersebut , beliau bimbang perkembangan minda Humaira akan bergerak perlahan mengikut tahap anak-anak istimewa yang berlainan keupayaan sedangkan potensi untuk mendapatkan pendidikan normal seperti kanak-kanak lain adalah lebih cerah.Memang itu yang mama mahukan buat Humaira tapi adakah sekolah-sekolah tersebut sedia menerima anak mama nie...actually sekolah sebelah (SK (1) Jalan Batu Tiga) ada prasekolah iaitu tempat Angah mula-mula menerima pendidikan awal selama 2 tahun...mama sudah bertanya  dengan guru prasekolah tersebut untuk menghantar Humaira selama seminggu sebagai percubaan dan beliau setuju namun mama perlu berjumpa dengan GB beliau untuk memohon kebenaran...Insyaallah esok mama & abah akan berjumpa dengan GB tersebut dan moga-moga ada berita gembira buat Humaira yer...:-)

p.s: Jadinyer urusan nak hantar ke PDK tertunda lagi ..tunggu respons daripada GB Prasekolah SK(1) Jalan Batu Tiga, Klang dulu esok...

Persekitaran @ PDK Klang Selatan

Seperti semua sedia maklum , mama ada inform yang Humaira akan ke PDK Klang Selatan bermula minggu ini kan...ok..sepatutnya mula pada hari ini tetapi mama terpaksa tangguh sehari dua lagi untuk slow talk dengan GB berkaitan permohonan pelepasan waktu bekerja untuk urusan Humaira ke PDK nie..
Actually mama belum berkesempatan memberitahu beliau berkenaan hal ini memandangkan pada hari Jumaat lepas beliau ada kursus sementelahan pula urusan pendaftaran kemasukan berlangsung pada hari tersebut..kenapa tak diberitahu awal-awal?Sebabnya mama belum pasti bila tarikh sebenar bermula pembelajaran di PDK jadi bila dah confirm nie rasanya sesuai & tepat pada masanya untuk mama menerangkan kepada GB berkaitan permohonan pelepasan waktu tersebut.
Di sini mama ingin kongsikan bersama kawan-kawan picture yang sempat mama snap semasa berada di PDK pada Jumaat lepas...check it out k:-)

Papan kenyataan yang menempatkan pelbagai info berkaitan aktiviti dsbnyer



Antara kemudahan yang disediakan

"Ulat bulu"

TV & Radio

Antara koleksi gambar yang ada



Ruang makan 







Monday, May 02, 2011

Aktiviti di pagi Sabtu

Hari ni dah Isnin.....yang mana balik ke kampung & mengambil peluang bercuti dalam masa 3 hari ni dah tentu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing memandangkan esok sudah mula bekerja seperti biasa...Bagi mama sekeluarga pula tak ada ke mana-mana kerana abah bekerja shift jadi cuti umum baginya sama sajer .. kalau kene turn nyer bekerja samada shift pagi @ malam maka kerjalah jawabnya...hehehe...mama pulak hanya menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dan juga menyiapkan tempahan baju kurung daripada kawan-kawan.
Along pula seronok la jugak kerana terlibat dengan lawatan sekolah ke KLCC....
Layan jer la yer picture-picture aktiviti kami sekeluarga di pagi Sabtu...hihihi...

Kat depan sekolah...tunggu Along naik bas

Along & the geng tengah beratur nak naik bas....budak paling chubby...hehehe

Kan main seronok anak mama dapat naik bas yer..


Selepas bas yang Along naiki mula bergerak....kami pun teruskan perjalanan ke Kg.Rantau Panjang untuk menikmati sarapan pagi..

Ramai tul orang membeli makanan untuk breakfast...waktu ni pun makanan banyak yang dah habis...masa ni jam 8.45 pagi..

Ingatkan nak makan nasi kerabu...tapi dah kehabisan daaaa...jamu laksam best gak coz my favourite tu....hehehe..
itu jer la aktiviti kami di pagi Sabtu...lepas tu dari tengahari hingga petang melepak jer kat rumah...jam 6.30 petang pergi ambik Along kat sekolah...
Muka keletihan baru balik dari KL

Along yang baik hati nie siap belikan cenderahati lagi untuk Mama,Abah,Angah dan Adik.....thanks Along....mmmmuah:-)






Sunday, May 01, 2011

Ragam 2 anak dara

Petang Jumaat kelmarin...memandangkan mama sorang jer di pejabat...GB pulak takde...so mama pun ambil keputusan bawak 2 orang anak dara mama ke sekolah...lagipun hanya 2 jam lebih sahaja berada di pejabat...takpelah sekali sekala ... ingatkan boleh dok diam jer..rupa-rupanyer tengoklah tue...


mula-mula sampai ok lagi...
lepas tu dah mula nak jadi operator telefon la pulak

tengok tu..siap dail lagi..jangan dail 999 sudahla dik..

Gelagat 2 orang anak dara mama

Akhirnya petang tu kerja mama satu apa pun tak menjadi...asyik dok melayan 2 kanak-kanak riang ni haaaa....bolehla GB takde...kalau ada tak merasa la Angah & Adik ikut mama tau....sebabnyer mengganggu masa keje mama ...:-)

p.s: Happy Labour's Day 2011 to all my blogger's frenz....have a nice day yaaa..:-)