Sunday, October 30, 2011

Aktiviti hujung minggu

Apa xtvt mama hari nie?takde ape cume ader projek sikit...projek memanaskan badan....hihihi:-)






Perancangan nak tanam rumput carpet kat tanah sekangkang kera nie.....nantikan & sama2 kiter tunggu hasilnyer k:-)







Thursday, October 27, 2011

3D 2N @ Permaisuri Resort Port Dickson,N9

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....percutian mama sekeluarga @ Permaisuri Resort Port Dickson berjalan dengan jayanya.Saat-saat menggembirakan bersama anak-anak sungguh menyeronokkan..dari hari pertama hingga hari ketiga rasanyer masa penuh terisi dengan aktiviti bersama mereka.Picturenyer nanti lah mama upload kat blog nie yer:-)

Yang paling mama tak boleh lupakan ialah sewaktu menaiki pelampung side kick (agak-agak jer nama mendelah tu) bersama Along & Angah menyusuri pantai Tanjung Biru..memang best giler sampaikan tengkuk ni masih sakit dek hentakan  semasa pelampung tu dipandu laju...pada mulanya kan main kami bertiga dok ketawa tapi bile bot dah mula laju & hentakan pelampung tu makin kuat..masing2 dah terdiam ..Angah plak dah takut & kecut perut..hihihi...Abah & Humaira plak dok kat dalam bot bersama pemandu sambil merakam aksi2 kami semasa berada di dalam pelampung..untuk kami lima beranak dikenakan caj RM50 (3 org naik pelampung & 2 lagi naik bot)....memang letih tapi menyeronokkan...hehehe:-)

Lepas mandi pantai kami sambung plak mandi kolam....hihihi....nanti mama sambung cerita lagi yer....tak abis lagi nie & cerita pasal sehari kami di bandar Melaka plak k..nak gi sambung wat keje opis plak...babai...wassalam..




Saturday, October 22, 2011

Humaira genap 5 tahun hari nie:-)

Alhamdulillah...hari nie Humaira dah mencapai umur 5 tahun:-) Happy Birthday to u adik...mama,abah,along & angah loves u so much....mmmuuuuaaaah...moga anak mama sentiasa sihat & dilindungi Allah hendaknya...aaaamin.....nantikan 24hb nie...kita jalan2 ke Port Dickson & mandi-manda @ Permaisuri Resort,Port Dickson:-)

Tuesday, October 18, 2011

Mood cuti sudah datang

Minggu nie mama kene siapkan keje opis yang sedia ade bertimbun nie..maklumler mood cuti dah datang..hehehe:-)...this week bermulanyer final exam Along & Angah..doa mama moga kalian berdua dapat menghadapinyer sebaik mungkin walaupun studynyer nampak cam kureng...kene ketuk br jalan kan..apepun mama tau anak-anak mama memang bijak so do the best k...

Memandangkan mood cuti dah datang & dah agak lama tak bawa anak2 bercuti..last time mama sekeluarga ke Sungkai Hotspring November tahun lepas..so maybe jika takde aral melintang mama & the geng will going to holiday @ Permaisuri Resort Port Dickson..insyaallah.Mama dah book hotel  for 3D 2N from 24/10 until 26/10...RM177.20 ..utk staff gomen punyer price okla tu kan:-)

Kebetulan birthday Humaira pulak jatuh pada 22hb nie so alang2 menyelam terus minum air...so ader rezeki lebih bawaklah jalan2 ke Port Dickson...Along & Angah paling seronok coz suka sangat mandi kolam:-)Asalnyer nak gi Cameron Highlands tapi pas survey kat internet sume Rumah Peranginan Persekutuan full so mama cancel plan awal terus wat decision untuk jalan2 ke Port Dickson jer..dekat pun dekat..insyaallah next year ader peluang mama akan bawa anak2 ke Cameron Highlands plak..insyaallah:-)

1 bedroom apartment

One Bedroom Apartment (RM 320.00 nett inclusive breakfast for 2 pax)

Individually controlled air conditioning

Mini fridge

Tea & Coffee making facilities

International direct calling

Colour television

Hair dryer

Iron facilities

Check-in time is at 2.00 pm and Check-out time is at 12.00 pm

Rates quoted are inclusive of government approved taxes

Rates are subject to change without prior notice



Sunday, October 16, 2011

Rezeki bulan Disember

Bulan Disember tahun nie memang bulan rezeki lah....kebetulan plak tarikh lahir mama 1st Disember..bertambah bermakna lagi dgn pemberian bonus RM500 utk semua gomen servant..kemudian plak dalam berita hari ini ader lagi bantuan utk pelajar sekolah sebanyak RM100 setiap seorang...Alhamdulillah...

 Pelajar dapat RM100 bulan Disember
PENGUMUMAN agihan wang bantuan RM100 lebih awal pada Disember ini menggembirakan pelajar serta ibu bapa untuk memudahkan persediaan awal sesi baharu persekolahan 2012.


PORT DICKSON – Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.
“Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.
Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Wednesday, October 12, 2011

Biler blog dah bersawang...ape cer?

Salam sume....

Ape cer yek?Dah bersawang blog mama nie...setelah berminggu x update citer...hari ni baru ader mood nak stay kat blog nie.Urrmmmmmph...seperti biasa rutin sebagai seorang isteri,ibu & gomen servant berjalan macam biasa....penat badan ni hari2 boleh kata penat...rasa cam x cukup jer cuti hujung minggu.Sib baik cuti rehat dah hampir abis kalau idak ader jer amik cuti memanjang..hehehe...

8/10 baru nie genap 2 thn lesen P mama...Alhamdulillah mama dah dapat lesen penuh...pasni boleh ler balik kampung drive sendiri yer tak...baru ler cik somi yakin sikit...sikit jer tau...kalau dia bagi...rasanyer jangan harap ler ...5 jam perjalanan tu....bukan dekat...apepun mama syukur sangat berkat sokongan & paksaan cik somi ler mama beranikan diri amik lesen kete...terima kasih abang...:-)

Lagi ape nak citer yek?!nanti lah dlm next entri citer banyak k...wassalam