Monday, February 28, 2011

Kalaulah ada wang berjuta...

Entri kali ni entri tentang impian yang takkan jadi kenyataan......apa dia tu?
'"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
rasanya nak duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa...concentrate pada famili & urusan rumahtangga...yahooo...bestnyer dapat lihat anak-anak membesar depan mata
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
tak payah susah-susah keje...memerah otak...dan balik rumah pulak memerah tenaga menyelesaikan kerje-kerja rumah yang tak pernah abis...huhuhu
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
ingin memberikan rawatan yang terbaik untuk  memulihkan kaki Humaira...dan menyekolahkannya di sekolah yang terbaik yang sedia menerima keadaan fizikalnya...
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
ingin menambahkan ilmu di dada....melanjutkan pelajaran dalam bidang yang boleh membawa manfaat kepada orang lain terutamanya untuk Humaira...seperti pendidikan awal kanak-kanak,pendidikan khas & yang seumpama dengannya
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
nak melancong seluruh dunia bersama keluarga...
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
membina masjid @ surau untuk kegunaan orang ramai beribadah....sebagai bekalan di akhirat nanti... 

Apapun wang bukanlah segala-galanya cuma untuk mencapai kehidupan yang selesa memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit...tapi saya masih bersyukur dengan apa yang saya ada dan setiap kejayaan seseorang itu memerlukan usaha yang berterusan tanpa sedikit pun rasa putus asa dan jemu...
Ya Allah ... aku bermohon padaMu murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan lindungilah kami dari azab nerakaMu...aaamin..




Sunday, February 27, 2011

Kepala berat semacam jer...

Semenjak dua menjak ni...kesihatan saya rasa tak menentu...badan rasa lemah..dan yang paling ketara kepala ni rasa berat semacam jer...mungkin dok terlampau memikirkan kerja-kerja di pejabat yang menimbun tu..lebih-lebih lagi dokumen-dokumen kewangan 2010 yang masih belum complete lagi.Sepatutnya dah dipanggil untuk menghantar dokumen-dokumen kewangan ke pejabat audit di Jalan Kg.Attap,KL pada Isnin lepas tapi saya telah memohon untuk menunda tarikh tersebut sehingga lengkap segalanya mendaalah tu semua.InsyaAllah , Isnin depan bolehlah saya hantarkan.Apapun saya memohon kepada Allah semoga kesihatan saya akan bertambah baik dari hari ke hari..bukan apa dengan kepala yang ting tong ni nak wat keje kat opis tu pun rasa tak selesa...rasa macam nak hantuk kepala ni ke dinding.Tak pernah rasa berat sangat kepala macam ni..tak taulah kot tekanan darah naik ke @ banyak perkara yang difikirkan..@ tanda-tanda mengandung kot?...iisssh...tak mungkin kerana saya telah menggunakan IUD selama 2 tahun nie...semoga keadaan nie akan reda nanti.....

p/s: disebabkan sakit kepala la hari ni saya tak dapat memenuhi undangan perkahwinan anak Puan Nur'Aini Abdul Aziz , Guru Besar sekolah tempat saya bekerja...maaf banyak2 yer puan...harap puan tidak berkecil hati..:-)

Saturday, February 26, 2011

Berita buruk daripada Along

Petang tadi sewaktu mengambil Along dari sekolah , saya telah menerima berita buruk daripada Along (katanya dengan suara agak perlahan & nampak kecewa : Mama..ada berita buruk).Pada mulanya nampak cool ajer bercerita tetapi setibanya kami di kuarters , saya terus singgah di balai untuk menyampaikan berita tersebut kepada Abahnya...Sewaktu Along menjelaskan perkara tersebut , dengan tidak semena-mena mengalir airmatanya dan jauh di sudut hati saya terasa sayu melihat kekecewaan pada memek mukanya.Aduuuhai..kenapalah boleh jadi macam tu....tak bolehkan keputusan itu ditarikbalik?kesian kat Along...walau sebesar mana sekalipun kesalahan @ kesilapan yang dilakukan ... tiada lagikah peluang kedua untuknya?Apapun untuk mendapatkan kepastian perkara yang sebenar...Mama & Abah akan bertemu dengan guru kelas Along pada hari Isnin nanti...bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk mengetahui sejauhmana kebenaran perkara tersebut.Bagi kami berdua ,sebagai ibubapa kami perlu mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
 Apakah yang telah berlaku sebenarnya?Selepas saya berjumpa dengan guru kelas Along nanti barulah saya akan jelaskan pada kawan-kawan k..harap-harap tidak akan ada perkara yang kurang enak bakal saya dengar dari mulut cikgu yer...

p/s: Along memang seorang budak yang amat peramah,suka cakap banyak & suka bercampurgaul dengan semua orang...adakah anak saya ni nakal ?setahu saya dia memang anak yang boleh diharapkan untuk membantu saya di rumah walaupun kadangkala suka merungut kerana asyik disuruh buat itu ini ...hmmmm..takperlah Along..Mama akan cuba perbetulkan keadaan..jangan putus asa...yang sebetulnya belajar itu lagi penting dari yang lain-lain..:-)

Thursday, February 24, 2011

Boleh ke ubah keputusan?


Ingat tak kawan-kawan dengan entri saya sebelum nie?Taknak cerita banyak-banyak...layan jer la picture2 kat bawah ni yer...sape-sape nak komen tu..dipersilakan...jangan kutuk udah la yer..hehehe:-)


Perjalanan ke taman perumahan melalui kawasan kampung



Dah sampai

Pembinaan dah tahap 70% siap

Pemandangan dari luar

Ruang tamu



Pemandangan luar..model rumah serupa dengan rumah depan (pemaju yang sama)...baru diduduki lepas raya tahun lepas..kiranya ini projek tambahan la..belakang dapur pun projek perumahan tgh berjalan..


Pemandangan dari porch...setiap baris ni ada 30 unit rumah..ini merupakan baris yang ke2...baris1 telah siap diduduki tahun lepas


Sempat posing dengan Humaira...hati dah berbunga kembali untuk meneruskan niat asal beli rumah ni..betul ke idak aku ni?sape nak jawap tu yek?

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Lahir buat Angah..



Sebenarnya hari nie adalah hari ulangtahun kelahiran anak kedua saya yang ke 7 tahun...Arissa Sofea bt Rosdi...tak sempat nak raikan..preparation pun takde.Plan saya dan suami untuk meraikannya bersama ketiga-tiga insan tersayang nie..maknanya nak sambut sekali.Mana taknya...Abahnya (29 Mac),Along (21 Jan) & Angah pada hari ni..so kata sepakat telah dicapai..sambutan hari lahir mereka-mereka ini akan dibuat pada bulan Mac nanti...save ler bajet sikit kan..plan nak pergi bercuti..insyaAllah.Tiap-tiap bulan nak sambut pokailah mama kan...apapun ingatan itu yang lebih penting.Doa mama semoga Angah dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu hendaknya...aaaamin....sayang anak mama....mmmmuuaaaaaaaaah:-)

p.s:dah mintak belikan kek..tengoklah hujung minggu ni..nak masak yang special utk putera & puteri mama ni..jangan lupa beli kek sekali..

Jom sertai saya..bersama kita memeriahkan 'The FaceBlog'


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH..


Ke mana hala tuju pendidikan rasmi untuk Humaira?

Menjelang 22.10.2011 nanti , genaplah umur Humaira 5 tahun.Kalau dikenangkan kembali,pada usia sebegini saya dah mula menghantar Along & Angah ke sekolah.Along memulakan awal persekolahannya di tabika KEMAS selama 2 tahun manakala Angah pula 2 tahun mengikuti pra sekolah di SK (1) Jalan Batu Tiga.Alhamdulillah kedua-dua anak saya nie sudah lancar membaca dan mengira semasa berada di Tahun Satu.
 Bila memikirkan Humaira , saya menjadi buntu.Dari segi perkembangan mindanya setakat ini , dia sudah mengenali benda-benda  di sekelilingnya samada anggota badan dan juga benda .Cumanya bab-bab berkaitan mengenal huruf,nombor dan warna masih lemah walaupun dari segi sebutan amat lancar.Saya rasa bab-bab itu dapatlah saya mengajarnya tapi yang menjadi kemusykilan pada saya di manakah harus saya hantar Humaira untuk mendapatkan pendidikan secara rasmi nanti?Memang agak lewat sekarang nie proses pembelajaran Humaira kerana kanak-kanak yang seusia dengannya telah dihantar ke tabika @ prasekolah tapi nak buat macamana keadaan fizikal Humaira membantutkan usaha saya untuk menghantarnya ke sekolah.
 Sebenarnya pada bulan 12 yang lepas , saya pernah membuat survey berkaitan kemasukan Humaira ke pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tabika KEMAS & pusat asuhan tunas islam (PASTI) tapi feedback yang saya terima amat mengecewakan.Setelah saya menceritakan keadaan fizikal Humaira pihak berkenaan menyoal balik kepada saya 'bukan ke untuk kanak-kanak seperti Humaira sesuai dihantar ke sekolah pendidikan khas' sedangkan doktor pakar menyatakan Humaira boleh bersekolah di tadika biasa kerana pemikirannya seperti kanak-kanak normal cuma fizikal sahaja yang berbeza jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain.Memang saya agak kecewa apabila mendengar ayat-ayat seperti itu dan sebab itu jugalah saya bernekad untuk berusaha dan mencari jalan untuk memulihkan kaki Humaira.Saya tidak kisah andainya anak saya tidak berjalan sama seperti orang normal berjalan asalkan dia dapat bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.Dan alhamdulillah akhir-akhir ini saya perhatikan Humaira memang kuat semangat...kenapa saya kata anak saya nie kuat semangat?kerana dia dah cuba mengangkat lutut sebelah kanan (yang sememangnya amat tegang pergerakannya jika nak dibandingkan dengan kaki sebelah kiri) seolah-olah cuba untuk bangun sendiri , walaupun tidak berjaya tetapi kehendaknya yang tinggi mengatasi segala-galanya..takpelah sayang sekurang-kurangnya anak mama dah berusaha kan...perlahan demi perlahan insyaAllah jika diizinkanNya , Humaira akan boleh berjalan juga kelak..aaaamin.
 Selain itu , sifat ingin berkawan juga ada dalam diri Humaira tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya seboleh-bolehnya mahu juga bermain dengan kawan-kawan Along & Angah di depan rumah....saya akan bentangkan tikar lama di depan rumah jadi dapatlah Along & Angah bersama kawan-kawan bermain cikgu2 bersama dengan Humaira bila hujung minggu...Alhamdulillah kawan-kawan mereka memahami keadaan fizikal Humaira dan sentiasa membantu Humaira.
  Apa yang memeningkan kepala saya ialah ke mana hala tuju pendidikan Humaira selepas ini?memanglah saya telah mendaftarkan Humaira di PDK Klang Utara tetapi sehingga saat ini masih tiada jawapan berkaitan  permohonan kemasukan Humaira ke sana...tambahan pula di PDK mereka hanya menekankan terapi untuk anak-anak istimewa berbanding akademik...kawan-kawan ....ada idea tak....plzzzz...bantu saya?

Monday, February 21, 2011

Belum bersedia @ serik untuk mengandung lagi?

Salam...
   Apa khabar rakan-rakan blog sume?Hari ini saya kembali bersiaran setelah hampir 10 hari bercuti dari blog..bukan apa...cik abang mengusik kita...taknak bayarkan bil broadband katanya...asyik mengadap blog jer...menyampah i..kesudahannya keluarkan duit sendiri demi setianya saya pada blog saya ni...yerla...bloglah tempat saya meluahkan segala-galanya...suka duka..pahit manis...apa yang berlaku di sekeliling saya...tentang segalanya...about my life...takpe...dapat gaji nanti nak claim ngan cik abang..kalau tak saya nak mogok ... tak nak masak .. & tak nak segala-galanya (ape tu?wat2lah paham yer kawan-kawan sume)...hehehe..menjadi ke agaknya mogok saya tu?takde maknanye...apepun saya sayang ngan cik abang saya tu...cakap jer..takkan sampai hatinya nak wat sume tu...
 Oklah...berbalik pada tajuk entri saya hari ni kan...rata-rata apa yang saya baca dari semua blog rakan-rakan kan...semua mengakui belum bersedia @ serik untuk mengandung lagi...kenapa yer?majoriti di kalangan rakan-rakan yang mempunyai anak istimewa yang mana senasib dengan saya...saya pun satu dah tau jawapannya tapi masih nak mempersoalkannya kan?Sebenarnya saya ingin berkongsi rasa dengan kawan-kawan...kot-kot anda semua sama rasa dengan saya kan..membaca entri Tika membuatkan saya terfikir akan permintaan Along & Angah yang inginkan adik lelaki....aduuuuhai...bukan mama taknak...tapi bila mengenangkan keadaan Humaira yang masih belum boleh berdikari sendiri...membuatkan mama berfikir 100x untuk menambah bilangan ahli keluarga kita.Mama tak mahu nanti anak-anak mama terabai lebih-lebih lagi Humaira yang memerlukan perhatian & tumpuan yang lebih berbanding Along & Angah...biarlah masa yang menentukan segala-galanya tapi untuk buat masa ini Mama cukup bahagia dengan kehadiran anak-anak mama yang 3 orang nie.Apapun kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan hanyalah Allah jua.


Friday, February 11, 2011

Appoinment fisioterapi lagi

Salam....
    Hari nie saya ambil cuti untuk menghantar Humaira ke HTAR bagi menghadiri sesi temujanji dengan unit fisioterapi.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ni.....walaupun kami sampai lewat 45 minit.Sepatutnya appoinment bermula jam 10 pagi tapi disebabkan suami ada urusan di tempat kerja , kami bergerak ke HTAR jam 10.25 pagi.Ingatkan nak mintak tarikh baru jer tapi entah macam mana dibenarkan juga masuk...alasan mereka hari ni tak ramai yang datang untuk sesi fisio...memang betul pun , bila kami masuk dah takde patient lain pun cuma kelihatan pakar fisio iaitu Pn.Zarina bersama 2 orang pelatih sahaja.
  Kami disambut baik oleh mereka bertiga dan macam biasala si Humaira yang ngada-ngada ni mula lah nak menangis bila sesi latihan dilakukan.Namun kali ni agak kurang sedikit tangisannya  mungkin pendekatan & layanan yang diberikan oleh Pn.Zarina & pembantunya yang bersesuaian menarik perhatian Humaira.Pada sesi kali ini Pn.Zarina telah mengesyorkan kepada saya untuk meminta pihak PAED merujukkan kes Humaira ni ke pusat rehab.Jadi beliau akan menulis report untuk mendapatkan respons dari PAED dan meminta saya mengambil report tu pada 10/3 nanti untuk diserahkan kepada PAED nanti.Beliau juga ada menyatakan bahawa pergerakan kaki sebelah kanan yang agak keras @ tegang yang menyebabkan Humaira sukar untuk menyeimbangkan diri bila berdiri sendiri.Apapun saya tak sabar menunggu tindakbalas daripada pihak PAED berkaitan rujukan ke unit rehab...yer la manalah tau boleh tempah kasut untuk Humaira kan coz dengar cerita dari parents yang saya temui di unit fisioterapi kasut tempahan tu boleh membantu anak-anak CP untuk berjalan & berdiri dengan lebih baik.Lagi satu saya memang amat berpuashati dengan temujanji hari ni coz takde patient lain...jadi x bizi sangat...& pada masa yang sama pakar fisio hanya fokus pada anak kita jer pada 1 masa jika nak dibandingkan dengan sesi-sesi sebelum nie....pernah 1 kali tu ade 3 orang kanak-kanak termasuk Humaira yang terpaksa mereka wat training....:-)

Wednesday, February 09, 2011

Semua nak cepat...semua nak segera...stress tau camni!

Aduuuhai....stressnya daku....tolong...tolong....nak pengsan dah ni!!
 Tanganku 2 ajer....otak 1...tolonglah memahami wahai bos-bosku.....mana nak kejar wat gaji cikgu berpindah masuk lagi...baru nak lega lepas audit minggu lepas...sekarang ni mana yg naik pangkat , mana yang cuti bersalin , mana yang nak pergi melancong sume suh wat cepat......dahla kiter sorang2 nak wat sume tu ..... Ya Allah permudahkanlah segalanya...aaaamin..

Kenapa anak-anak zaman sekarang terlampau dimanjakan oleh ibubapa?

Salam...
   Pagi ini ada 1 kes di sekolah saya....ceritanya bermula begini....tiba-tiba datang si ibu & anak lelakinya berbangsa India ke pejabat untuk bertemu dengan GPK Pentadbiran bagi menyelesaikan masalah anaknya yang tidak mahu masuk ke kelas @ dengan kata lain tidak mahu datang ke sekolah...setelah dipujuk-pujuk masih berkeras...dinasihati oleh GPK dengan cara lembut tapi mula merengek-rengek minta dikasihani oleh si ibu....yang saya pulak jadi pemerhati melihat segala aksi & perlakuan mereka...yer la..pejabat nie dah merangkap sebagai bilik GPK....semua yang berkaitan dengan murid mesti nak dibawa masuk ke pejabat...dahla saiz pejabat nie kecil...tak boleh nak kata apa dah.
  Yang membuatkan saya tidak puas hati ialah sikap ibunya yang terlampau berlembut hati dengan si anak...bila dilihat airmata anak tadi meleleh dilapnya dengan sapu tangan...yang si anak pulak bila si ibu menasihati dibalasnya cakap ibu...kalau saya berada di tempat si ibu , apa yang akan saya lakukan?
Saya akan tinggalkan ajer anak tu di sekolah...dah berada di Tahun Dua...sepatutnya takkan berlaku hal-hal seperti itu ... biarkan guru yang menguruskan ... maksud saya kita sebagai ibubapa perlu bertegas dalam hal pendidikan anak-anak...bila sikap negatif itu mula menguasai diri mereka kita perlu bijak untuk menerangkan kebaikan & keburukan atas setiap perlakuan buruk mereka.Jika tidak mampu menguruskan masalah tersebut . serahkan sahaja kepada pihak sekolah kerana di sana ramai guru yang berpengalaman yang mampu mengatasi masalah remeh tersebut.Biasalah kadang-kadang anak-anak ini bila terlampau dimanjakan , mereka tidak akan hormat @ takut dengan ibubapa mereka sendiri ... anak-anak sekarang pun lebih advance dari kita..berani meluahkan pendapat sendiri...tapi itu oklah...ada keyakinan diri kan.
 Cumanya bila pihak guru mengajar @ mendidik anak-anak kita ke arah kebaikan kita sebagai ibubapa tak perlulah masuk campur selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada anak-anak..dirotan @ dihukum atas sebab disiplin & tujuan pengajaran biarkanlah.....yang penting jangan sokong anak-anak bila ternyata perlakuan mereka itu salah.
 Saya masih ingat lagi semasa saya berada di Darjah Dua , saya pernah ditepuk kepala oleh Ustaz Yusuf gara-gara membaca majalah kartun Bujal semasa beliau mengajar tapi dah tau memang silap diri sendiri ... tak pulak diadukan kepada mak abah sebab tau apa yang bakal ayat mak kedengaran nanti..." pukul jer ustaz , saya tak kisah asalkan untuk mengajar jadi baik ".... hehehehe...kalau zaman sekarang ... ada yang kene masuk paper kang...wallahualam...

p.s : Alhamdulillah anak-anak saya Along & Angah setakat nie rajin ke sekolah...agaknya mereka dah biasa berdikari kot....lagipun saya garang kat rumah....bising mulut jer la...:-)

Monday, February 07, 2011

Keputusan muktamad

Hari ini setelah mengambilkira pendapat teman-teman , ahli keluarga dan berkali-kali berbincang dengan suami , akhirnya.....akhirnya kami telah sepakat untuk membatalkan pembelian rumah di Klang nie..walaupun pada mulanya hati saya memang berbelah bahagi tapi setelah difikirkan sedalam-dalamnya , itulah yang terbaik setakat ni.
  Antara sebab - musabab yang membatalkan hasrat saya untuk membeli rumah di sini ialah :-
1) rasa mcm dah bosan dok kat Klang nie.Dengan keadaan bandar yang sibuk dan sebagainya rasanya macam tak sesuai dengan jiwa kampung saya nie...memangla dah 7 thn menetap kat sini tapi bertahan demi kerja...sekarang dah bosan...jadi inisiatifnya saya dan suami akan memohon pertukaran balik ke negeri samada Johor @ Pahang , janji dekat dengan tempat kelahiran kami.
2) tak mahu peristiwa yang lalu berulang lagi (rasanya tak perlu lah saya ceritakan di sini)....suami pun setuju sangat...mana taknya peristiwa tu berlaku disebabkan ******....sedih tau...Kak Nanie dan Ina tentu tau tentang hal ni coz saya pernah meluahkan rasa dengan diorang...thanks atas pendapat & nasihat yang diberikan ye..sayang korang berdua:-)
3) kat Klang nie takde sapa-sapa....jauh dari mak ayah & adik beradik .. mereka sume dok kat Pahang..jadi seandainya ada masalah kat sapa lah saya nak rujuk kan...sekurang-kurangya kalau dapat pindah Kuantan ke ... xlah jauh sangat dengan kampung...2 minggu sekali boleh balik...sekarang nie pun dah lama x balik kampung...last balik raya puasa tahun lepas....lagipun sekarang anak-anak dah masuk sekolah tu yang kurang bajet untuk balik kampung..hihihi....minyak pun dah naik...alasan jer tu...
4) memang plan tak nak pencen kat Klang...nak balik kampung la...bak kata pepatah "hujan batu di negara orang , hujan emas di negeri sendiri"....tak rela dok kat sini sampai tua daaaa....kalau umur panjang la kan....insyaAllah....

Semoga Allah mempermudahkan segalanya....Aamin:-)
p/s : sedih gak hangus duit saya RM1k wat deposit hari tu...huhuhu..

Malas tahap gaban

Salam....
  Semenjak 2 menjak nie tahap kemalasan tu tinggi sangat....nape yek...mesin jahit kat atas meja tu dah berhabuk nampaknya...huhuhu...mane pergi semangatku ni haaa....hehehe....bila nak sambung projek menjahit nie?Kain pasang kan main belinyer...dah ada 5 pasang...tp x berjalan pun projeknyer...adik2 kat kg pun berkali-kali call bertanyakan tudung bila nak siap....aduuuuuhai...nantilar bg aku sikit masa yer..bila dah stop menjahit nie nak sambung balik memang ambik masa tapi kalau dah mula menjahit lak lupa dunia seketika...leka sampai anak kat sebelah wat dek jer...hahaha...mengomel sorang2 hari nie...bukan ape rindu nak menjahit balik nie...nak training lg jahit baju kurung & kurung moden takut nanti lupa step lak..especially kurung moden tu ha...susah sikit untuk orang yang baru belajar macam saya nie..tengoklah dalam minggu nie plan nak gunting kain sepasang dua untuk wat baju kurung..insyaAllah..kene semangat nie...go go nonie .... jangan malas2...:-)
Gambar ini sekadar hiasan sahaja

Friday, February 04, 2011

Soto Sungai Serdang

Apa agaknyer aktiviti kami hari ni yek?.....lebih kurang pukul 5 petang tadi kami sekeluarga bergerak ke Kg.Sg.Serdang...untuk ape? jalan-jalan cari makan ler..hihihi..makan ape?menu kami petang ni ialah soto & mee sup...kenapa suka makan kat sini? sebabnya ayamnya banyak...hehehe..tapi yang x seronoknya x dapat rakamkam saat-saat itu coz kamera x bawak....hphone pun x bawak...lawak tul....laki bini x bwk hp...tapi betul2 kekenyangan sampai tersandar tau....
amik gambar dari google jer...tapi ni betul-betul soto Sg Serdang tau...

Thursday, February 03, 2011

I'm in love now...


Foreigner: I Want To Know What Love Is Lyrics


I gotta take a little time
A little time to think things over
I better read between the lines
In case I need it when I'm older
Aaaah woah-ah-aah

Now this mountain I must climb
Feels like a world upon my shoulders
And through the clouds I see love shine
It keeps me warm as life grows colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've traveled so far
To change this lonely life

I wanna know what love is
I want you to show me
I wanna feel what love is
I know you can show me
Aaaah woah-oh-ooh

I'm gonna take a little time
A little time to look around me, oooh ooh-ooh ooh-ooh oooh
I've got nowhere left to hide
It looks like love has finally found me

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again

[ From: http://www.metrolyrics.com/i-want-to-know-what-love-is-lyrics-foreigner.html ]

I can't stop now, I've traveled so far
To change this lonely life

I wanna know what love is
I want you to show me
I wanna feel what love is
I know you can show me
I wanna know what love is
I want you to show me
And I wanna feel, I want to feel what love is
And I know, I know you can show me

Let's talk about love
(I wanna know what love is) the love that you feel inside
(I want you to show me) I'm feeling so much love
(I wanna feel what love is) no, you just cannot hide
(I know you can show me) yeah, woah-oh-ooh
I wanna know what love is, let's talk about love
(I want you to show me) I wanna feel it too
(I wanna feel what love is) I wanna feel it too
And I know, and I know, I know you can show me
Show me what is real, woah (woah), yeah I know
(I wanna know what love is) hey I wanna know what love
(I want you to show me), I wanna know, I wanna know, want know
(I wanna feel what love is), hey I wanna feel, love
I know you can show me, yeah


P/S : tiba-tiba rasa macam zaman bercinta plak.....mood cintan cintun la pulak yer...hihihi

Keliling bunyi dentuman bunga api Tahun Baru Cina

Aduhai....pom pang...pom pang...bunyi dentuman bunga api & mercun...meriah sungguh time sambutan Tahun Baru Cina nie kan...keliling kuarters depan belakang dari jam 12.00 mlm tadi...ini jam 2-3 pg belum tentu berhenti nie....x tahan dengan bunyi bising tapi nak wat camner kene lah hadapi...maklumlah negara kita nie berbilang kaum dan pelbagai agama serta bermacam perayaan yang disambut..jadi dah menjadi kemestian untuk hormat sesama kaum...1 Malaysia la katakan..hihihi...
  Takde apa yang nak dikongsi malam nie cuma borak-borak kosong jer...untuk kawan-kawan yang mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina ni untuk balik kampung @ pergi holiday...harap-harap selamat sampai ke destinasi masing-masing dan yang paling penting berhati-hati di jalan raya k...:-)