Salam....
Hari nie saya ambil cuti untuk menghantar Humaira ke HTAR bagi menghadiri sesi temujanji dengan unit fisioterapi.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ni.....walaupun kami sampai lewat 45 minit.Sepatutnya appoinment bermula jam 10 pagi tapi disebabkan suami ada urusan di tempat kerja , kami bergerak ke HTAR jam 10.25 pagi.Ingatkan nak mintak tarikh baru jer tapi entah macam mana dibenarkan juga masuk...alasan mereka hari ni tak ramai yang datang untuk sesi fisio...memang betul pun , bila kami masuk dah takde patient lain pun cuma kelihatan pakar fisio iaitu Pn.Zarina bersama 2 orang pelatih sahaja.
Kami disambut baik oleh mereka bertiga dan macam biasala si Humaira yang ngada-ngada ni mula lah nak menangis bila sesi latihan dilakukan.Namun kali ni agak kurang sedikit tangisannya mungkin pendekatan & layanan yang diberikan oleh Pn.Zarina & pembantunya yang bersesuaian menarik perhatian Humaira.Pada sesi kali ini Pn.Zarina telah mengesyorkan kepada saya untuk meminta pihak PAED merujukkan kes Humaira ni ke pusat rehab.Jadi beliau akan menulis report untuk mendapatkan respons dari PAED dan meminta saya mengambil report tu pada 10/3 nanti untuk diserahkan kepada PAED nanti.Beliau juga ada menyatakan bahawa pergerakan kaki sebelah kanan yang agak keras @ tegang yang menyebabkan Humaira sukar untuk menyeimbangkan diri bila berdiri sendiri.Apapun saya tak sabar menunggu tindakbalas daripada pihak PAED berkaitan rujukan ke unit rehab...yer la manalah tau boleh tempah kasut untuk Humaira kan coz dengar cerita dari parents yang saya temui di unit fisioterapi kasut tempahan tu boleh membantu anak-anak CP untuk berjalan & berdiri dengan lebih baik.Lagi satu saya memang amat berpuashati dengan temujanji hari ni coz takde patient lain...jadi x bizi sangat...& pada masa yang sama pakar fisio hanya fokus pada anak kita jer pada 1 masa jika nak dibandingkan dengan sesi-sesi sebelum nie....pernah 1 kali tu ade 3 orang kanak-kanak termasuk Humaira yang terpaksa mereka wat training....:-)
2 comments:
memang ada waktunya, urusan kita dgn anak istimewa ni mmg dipermudahkan olehNya.. syukur sgt kan..
Yana, Humaira samala cam Ainie. Tak boleh berdiri sendiri, bila dilepaskan mesti bergoyang2. Nanti apa2, kita syer info yer? Bila Humairi start g PDK?
Post a Comment