Friday, December 31, 2010

Cerita sekolah anak-anak

Hari nie cuaca kejap panas kejap mendung....nak hujan macam yer tak yer...apepun..esok kita akan melangkah ke tahun baru iaitu 2011...dan seperti biasa bagi anak-anak yang akan memulakan persekolahan , segala peralatan tentunya semuanya yang baru bermula dari uniform sekolah alatulis sehinggalah kepada kawan baru.Bagi anak-anak saya , Along & Angah mereka akan menghadapi situasi yang betul-betul baru...Along yang akan menduduki Tahun 3 telah bertukar ke sekolah baru manakala Angah pula akan memulakan Tahun Satu ... harapan saya semoga mereka akan dapat menyesuaikan diri di sekolah masing-masing dan gembira dalam menghadapi proses pembelajaran yang bakal bermula pada hari Isnin (3/1/2011) ini...:-) banyak gambar nak upload tapi line lak problem...segala-galanya lembap...sabar jer la..huhuhu

Wednesday, December 29, 2010

2 tahun Along di SK(2) Jalan Batu Tiga Klang

Hari ni nak cerita tentang anak bujang saya yang seorang ni...ALONG....
Untuk tahun 2011 nie,Along akan meneruskan persekolahannya di SK Batu Belah ...anak saya ni dah masuk Tahun 3...dia takkan bersama dengan saya lagi di SK(2) Jalan Batu Tiga.....huhuhu..
   Pada mulanya saya telah memohon untuk masukkan Along ke SRAI Tengku Ampuan Fatimah , Klang iaitu sekolah Angah tapi tiada kekosongan buat masa ni jadi pilihan terakhir adalah menghantarnya ke SK Batu Belah...janji sekolah-sekolah tu dekat dengan rumah..takdelah lelah sangat saya nak menghantar pergi dan balik...hihihi...lagipun dah 2 tahun dok dekat dengan saya jadi saya ambil keputusan untuk hantar ke sekolah yang berasingan supaya dia  lebih berdikari dan tak manja-manja sangat dengan kita...:-)
Saat menerima hadiah untuk pertandingan Pakaian 1 Malaysia semasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2010 @ SK(2) JBT, Klang 

Tuesday, December 28, 2010

"Hantu Kak Limah Balik Rumah" & Koleksi Buku Jahitan

Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke penghujung tahun 2010.Baru rasanya  seperti semalam bizi dengan aktiviti-aktiviti membeli kelengkapan persekolahan anak & mengira bajet  untuk membayar segala yuran sekolah dsbnya..... tetapi pada hari ini berulang lagi situasi yang sama cuma bezanya kali ini bilangan anak yang bersekolah telah bertambah kepada 2 orang dan ini bermakna bajet pun bertambah...hohoho..nasib baik dah membuat simpanan dari awal..bolehla tampung mana yang patut kan!!
 Ok..berbalik kepada topik utama... semalam saya & suami telah membawa anak-anak menonton wayang lewat malam iaitu jam 11 malam..cerita yang ditonton ialah cerita "Hantu Mak Limah Balik Kampung" @ TGV , Jusco Bukit Raja ..nak pecah dewan panggung masing-masing ketawa...hehehe...oklah ceritanya...memang kelakar & ringan...hilanglah segala tension & stress...anak-anak saya pun bukan main ketawa sama...yelah...dah agak lama tak membawa mereka  ke panggung...saya ni ikut mood...kalau rasa ada hati nak tengok wayang..pergilah tengok..kalau tak jangan harapla...dok kat umah tengok DVD kat Plasma TV 42" pun dah cukup..tapi kesian kat anak-anak...cuti sekolah ni asyik dok melepak kat rumah jer kan...mesti bosan gak..
    Nak cerita kat kawan-kawan ni...sebelum gi beli tiket wayang,sempat lagi saya singgah @ MPH Bookstore & apalagi saya terus masuk menuju ke bahagian buku jahitan..so saya dah terjatuh cinta kat 2 buah buku ni...hehehe..taraaaaa:-
RM34.00

  Buku nie memang detail sangat penerangannya..dari bab peralatan jahitan yang digunakan,cara mengukur,melukis pola,cara membuat lubang leher teluk belanga dan cekak musang sehinggalah kepada cara menjahit seluar baju melayu...diterangkan secara satu persatu dan ditunjukkan menggunakan gambar berwarna...memang jelas dan mudah faham....seronok betul saya bile jumpa buku ni..lepas ni nak try jahit baju melayu suami & anak bujang saya tapi kena study dulu buku nie ..  baru belek-belek belum habis baca lagi...hihihi..


RM21.00

Memang tak rugi kalau kawan-kawan beli buku-buku ni...banyak ilmu yang boleh kita perolehi...sekarang saya tak sabar nak cuba jahit pattern-pattern pakaian wanita yang ada dalam buku Variasi Seni Jahitan nie...tapi huhuhu...masa jer yang memang tak mengizinkan sekarang ni...takpe la perlahan-lahan akan kucuba..:-) untuk makluman sume...cuba rujuk kat kedai buku ni...banyak pilihan yang boleh kawan-kawan lihat...selamat bershopping!!

Saturday, December 25, 2010

Perkara-perkara yang mendatangkan kebahagiaan

Untuk mencapai hidup yang bahagia, terdapat 10 formula:-
1. Mengerjakan sesuatu yang disenangi.
    Jika dalam melaksanakannya ada halangan, maka cubalah lakukan perkara yang menjadi kesenangan kita
    pada waktu lapang @ ketika sibuk.
2. Menjaga kesihatan kerana ia adalah kunci kebahagiaan.Antaranya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
3. Mempunyai matlamat hidup yang jelas kerana ia akan membuatkan kita lebih bersemangat.
4. Redha menerima kehidupan seadanya termasuk pahit maung kehidupan itu.
5. Menumpukan perhatian pada kehidupan hari ini, tidak menyesali masa lalu dan tidak bersikap gelisah menghadapi hari-hari yang akan mendatang.
6. Mampu berfikir dengan baik dalam membuat sebarang keputusan dan tidak sesekali menyalahkan orang lain apabila berlaku kesilapan yang berpunca dari diri sendiri.
7. Selalu bersikap merendah diri .
8. Tidak lokek memberi senyuman dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis.
9. Sentiasa bersedia membantu orang lain dalam apa jua perkara asalkan tidak melebihi had kemampuan diri sendiri.
10. Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai asas kebahagiaan.

Petikan di atas diambil dari buku 'Motivasi menjadi wanita paling bahagia' yang dikarang oleh Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni terbitan Jasmin Publications.

Wassalam...

Friday, December 24, 2010

Kerja di ofis & rumah memang tak pernah habis.....

   Hari ini hari Jumaat..bermakna berlalulah 1 minggu masa bekerja namun nampak gayanyer keje semakin menimbun..@ opis & rumah sama jer banyak.Sekarang ni dah hujung tahun jadi banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan segera...hmmmmhh..x baik mengeluh kan..:-(
  Rasanyer memang dah x cukup tangan nak mencapainyer...list tugas di opis:-
1. Perkhidmatan - kenyataan cuti tahunan staf & guru,pertukaran guru-guru(Kew.8,gaji dll),kemaskini fail.
2. Kewangan - PATSKOM belum complete (tunggu tutup akaun 31/12/2010)
                     - masih banyak payment belum settle (GB cuti sakit jadi banyak keje tertangguhla plak)
                     - dokumen kewangan yang belum dikemaskini...

List tugasan @ rumah plak:-
1. Dobi - maklumlah semenjak 2 menjak ni asyik hujan jer jadi bakul rumah dah bertambah jadi 2 ... itu  
              citer  yg belum dicuci .... yg belum dilipat  memang dah membukit macam Gunung Kinabalu
              dah..hehehe.
2. Jahitan - baju kurung sekolah Angah belum siap jahit sume lagi..yang dah siap baru 1 baju kurung & 4
                  kain   (2 hijau & 2 biru).
               - Along punye pakaian sekolah sume dah beli cuma bab alter belum siap sepenuhnyer...maklumlah
                 budak sihat ni kene beli saiz  dewasa jadi bahagian hujung lengan & kaki seluar memang labuh la
                dari saiz tuan empunyer badan.
              - kelengkapan lain semuanyer dah complete spt kasut sekolah,buku tulis & bag...tinggal lagi bab
                yuran belum settle... tunggu 30/12  buka sekolah nanti ..
3. Ruang tamu,bilik tidur utama , bilik tidur anak2 , stor & bilik air - keje2 pembersihan akan dijalankan
    secara gotong royong bersama husband & anak2  pada hari esok ... hehehe..jangan plan tinggal plan
    udahler...:-)

Thursday, December 23, 2010

Nota jahitan Kak Azima

Sebagai usaha untuk menambahkan ilmu dalam bidang menjahit pakaian wanita,saya telah mengumpulkan sedikit demi sedikit nota jahitan yang dibeli dari Kak Azima......alhamdullilah dapat berkenalan dengan beliau kerana beliau memang tidak kedekut ilmu tau...suka berkongsi idea & ilmu coz sharing is caring..hehehe..antara beberapa set nota yang saya beli :-

ni nota baju kurung pesak gantung & baju kurung moden empire line..

Baju kurung pesak gantung dah try wat based on nota tu....tapi cuma sempat snap picture masa nak gunting kain bersama pola jer..bila dah siap terlupa plak ambik gambar..hehehe..




pola kain depan
 


ni pola baju












Sebenarnya setakat hari ini saya telah membeli 7 nota jahitan dari Kak Azima tapi hanya berkesempatan menjahit 1 sahaja pattern di atas...oopps...ader 1 lagi iaitu Blouse Bella yang mana notanyer didownload dari blog azimaDIYshop....FOC...a big thank you to u..Kak Azima...moga dimurahkan rezeki...aaamin..nanti dalam next entri saya masukkan gambar blouse Bella yang saya jahit k....wassalam

Mesin jahit Brother XL2630 & Mesin jahit tepi Singer 14N655

Hari ni saya nak berkongsi dengan kawan-kawan sume koleksi mesin jahit yang saya ade...sila-silalah jamu mata yer:-)

Yang di sebelah kiri tu mesin jahit tepi portable SINGER saya & yang sebelah kanan plak mesin jahit portable BROTHER....untuk makluman kawan-kawan mesin jahit Brother tu saya beli dr Pn.Zue iaitu cikgu kelas jahitan saya...saya kenal beliau melalui http://wanitamelayu.com/forum/member.php?u=22787......
   Saya dah belajar 2 pattern baju dari Pn.Zue iaitu baju kurung tradisional & baju kurung moden...saya sempatlah snap picture baju kurung moden tu...taraa..plan nak pakai gi keje esok..hihihi

Saturday, November 13, 2010

Hatiku gundah gulana namun kini sudah lega..

Salam,
  Hatiku gundah gulana semenjak 2-3 bulan ni cume aku x mau ikutkan sgt suara hati ni...namun pd 10hb Nov,setelah bertemu 4 mata,akhirnya segala sangkaan hati ini terungkai...walaupun pahit utk ditelan,aku perlu hadapinya dengan penuh sabar dan tenang...namun setenang-tenang diriku , aku x mampu utk sorokkan gundah gulana di riak wajah mukaku..
  Sedangkan Nabi ampunkan umatNya...inikan pula kter manusia yg sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan...Siapalah kter utk menghukum @ menghakimi sesama kter...yg penting berubahlah ke arah yg lebih baik hanya kerana Allah bukan kerana sesiapa...
  Namun setelah maaf diberi usahlah cuba untuk bersikap baik padaku kerana segala yg berlaku ini adalah kerana 'kamu'...insan yg bergelar wanita..memang bijak pandai namun belum cukup matang utk menilai budi seseorang jd cerminlah diri sendiri sblm menilai org lain...same jantina namun hati lain2...jadi fikir2kan lah..maaf aku tidak mampu menipu diri sendiri utk berpura-pura menganggap dirimu sbg kawan kerana kawan yg baik tidak akan menyakitkan hati kawan yag lain..aku hanya mampu bersikap 'forgive n forget' tp untuk terus bersahabat aku rasa tidak perlu kerna hatiku telah tertutup untuk menerima sahabat spt itu...
  Pengajaran yg aku dpt kutip drpd semua ini adalah kter perlulah bertindak dgn penuh kewarasan tanpa sebarang amarah @ dendam di hati...memanglah marah tp perlu bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman...yg paling penting cari kelemahan @ kesilapan diri sendiri n cube berubah kepada yg lebih positif...insyaAllah Allah itu sentiasa melindungi hambaNya yg sabar...apepun my family is the most important thing in my life..aku akan berusaha untuk menjadi yg terbaik demi keluarga..semoga segala usahaku di permudahkanNya..Aaaaaamin
mutiara kata

Wednesday, November 03, 2010

Nak beli ke idak mesin jahit baru ni?yg lama masih elok tp hati teringin pd yg baru..camno tu?

Salam...selamat pg sume..
   Hari ni kt sekolah riuh rendah....maklumlah kanak2 meraikan Hari Kanak-Kanak...memanglah gamat suasananyer...aku yg dok kt opis ni menumpang bingit jer la jwbnyer...tadi angah br jer dpt hamper utk Lucky Draw...alhamdulilah murah rezeki anak mama yg sorang ni...
   Anyway, kter skrg ni tgh dok geram kt mesin jahit baru...semenjak bizi ngn hobi menjahit ni hati mula la bergelodak nengok mesin jahit ...hehehe...plan nk beli mesin jahit Brother XL 2630 ni...aduuuuhai...actually mesin jahit dh ader..beli 2ndhand je..brand "Dagonfly" dgn harga RM300 ... beli 2 thn lepas...masih cantik & berkilat lagi..tp hati dh berkenan kt mesin jahit XL2630 tu...camno nk wat tu?!!!!
 Brother XL2630

Monday, November 01, 2010

Santai @ Felda Hot Spring Sg Klah,Sungkai,Perak

Salam...
Actually xtvt santai bersama my family ni dh berlalu awal bln lepas tp keseronokan & kehangatan kolam airnyer masih lg terasa...sempat gak aku amik gambar utk kenang2an..mmg seronok bercuti di sini...suasana kg yg memang amat mendamaikan..selamat datang ke Felda Hot Spring Sg Klah!!

pemandangan di cafe


Gambar ni diambil semasa otw nk balik Klang dah...ms sampai tu dh mlm..hihihi




Pemandangan sekitar cafe
hotel tmpt kami sekeluarga stay selama 3 hr 2 mlm
kolam ikan @ cafe



Angah & Adik
Hr seterusnyer bermulalah xtvt mandi-manda di kolam air panas .....bukan aper tujuan utama dtg cni nk bawak Humaira utk terapi ...dengar kata mandi air pana ni baik utk kesihatan...ini kiranyer salah satu cara utk memulihkan kaki anak mama yg sorang ni...insyaallah..moga dipermudahkan..Aaaaamin.

Kolam air panas



mama & anak2 dara tgh ready nk kuar dr bilik utk xtvt mandi-manda
Anak bujang mama
Abah bersama anak2 daranyer
my family ...along jd cameraman

Humaira


Cukuplah utk entri kali ni...byk lg gambarnyer tp malas la nk upload....lain kali nk dtg lagi la....best giler...tenang-setenangnyer bercuti di sini....wassalam

Saturday, October 30, 2010

"AkU BuDaK BaRu BeLaJaR"

Setelah berbulan-bulan x menjenguk rumah ni,hr ni dgn semangat baru aku telah cube membersihkan & menghias blog yg x seberapa sempurna ni...almaklumlah budak baru belajar ... sekarang ni plak bizi ngan hobi baru..belajar menjahit..hihihi..dh ader anak 3 ni br ler ade hati nk pegang mesin jahit & asah kemahiran yg terpendam..dulu ms anak dara , mak dok sibuk menjahit sebelah mata pun xnak pandang apatah lg nk menuntut ilmu seni jahitan sume ni...br sekarang sampai seru kot...hahaha..oklah,memandangkan seru menjahit tu dh dtg,aku pn telah memulakan langkah untuk lebih mahir dlm bab2 menjahit ni especially jahit baju spt bj kurung,kebaya,kurung moden dn yg seumpama dgnnyer..keje dh tentu kene pki baju kurung jd apekata aku belajar jahit sendiri kn...dapat gak save bajet kan...
Antara tindakan yg telah aku ambil utk tingkatkn kemahiran menjahit ni ialah:-
1. belajar dr nota & tutorial dr internet
mcm2 ilmu yg aku dpt dr internet ni...bagus2..skrg ni maklumat sume kt ujung jari cume malas @ rajin jer kan..aku juga ade beli 2 nota dr k.azima:www.azimadiyshop.blogspot.com...kt blog ni mcm2 ader..boleh beli nota,pola baju,tempah baju ,kelas jahitan one to one pn ader...aku dh beli 2 nota dr k.azima...senang paham...penerangannyer pn clear.

2. belajar dgn org yg pakar(maksudnyer berguru ler)
pikir punye pikir ,aku pn survey kelas jahitan...jumpe ngan K.Zura di WMC(Wanita.Melayu.Com)...akak ni ader buka kelas jahitan kt Kemuning Utama,Shah Alam...jauh sikit dr Klang..ambik ms lebih kurang 1/2 jam nk smpai ke rumahnyer..tp demi menuntut ilmu aku gagahkan jua...nk kate ape lg kan...minat punyer pasal...hihihi
kwn2 boleh rujuk kt www.jalinankasih.com utk survey kelas jahitan yg K.Zura anjurkn...kira promote la ni...kasi masyuk kt K.Zura..:-)

oklah,mata dh berat ni pdhal byk nk citer ni ,next entry aku akn cube upload gambor bj kurung yg aku wat dlm kelas K.Zura...esok pn ade 1hr lg kelas ni utk wat kain susun..hrp2 esok smpailer ke umah K.Zura klu xder aral melintang..insya-Allah...wassalam

Sunday, June 27, 2010

jahit baju kurung sendiri utk pertama kali dlm hidupku

Agak lama tidak mencatatkan ape2 di blog aku ni...bukan ape..bz dgn hobi baru iaitu menjahit baju kurung.Actually aku br je cube belajar menjahit baju kurung melalui nota2 yg aku perolehi melalui internet gak...antaraye nanitripod n blog2 yg berkaitan dgnnyer..Alhamdulilah hasil dr rujukan tu aku dh berjaya menyiapkn 2 pasang baju kurung ...yg mane akn ku jdkn sbg pakaian gi keje...hehehe..bangga ape coz dpt menyiapkn baju kurung tu...next entry akn pasti ku mskkn gambar2 baju kurungku yg cantik n kemas tu..hahaha(puji diri sendiri la plak...

Friday, May 28, 2010

Cuti sempena Hari Wesak

Hari ini tiada ape yg menarik...cume kedatangan adikku Yati bersama keluarganyer...agak menggembirakan...almaklumla agak lama tidak bersua dgn anak2 sedara aku..si Nisha n Afiq.. Xtvt hr ni adalah pekena ABC dgn diorang kat Rantau Panjang..dlm kul 6.00 petang tadi.Petang ni plak cuaca yang asalnye agak terang n panas tiba2 bertukar mnjadi mendung & akhirnye turunla hujan mencurah-curah..hujan rahmat la tu stlh 2 atau 3 hari asyik panas je cuacanyer.bersyukur atas kurniaanNya..amin.

Thursday, May 27, 2010

appointment di unit pediatrik HTAR

Pada pagi ini,aku bersama ngan abang membawa Humaira ke HTAR utk menghadiri appoinment dgn pakar pediatrik pd jam 10.00 pg.Ini bermakna aku terpaksa mengambil cuti rehat untuk tujuan tersebut...hmm...baki cuti dh semakin surut...nk wat cmner....itu jer cara untuk membantu Humaira...
Angah plak terpaksa aku pontengkan dari sekolahnyer hr ini memandangkan tiade sape yang akan mengambilnye pulang dr sekolah nanti...jd jln penyelesaian 'ponteng' ler..
Namun sume usahaku agak sia2 hari ni coz nurse mengatakan Humaira perlu menjalani rawatan Scan MRI dahulu br pakar pediatrik akn wat perjumpaan slps tu..jadi nurse dgn yakinnyer menyuruh aku membawa Humaira pd 8/6/2010 utk Scan MRI...so appoinment hr ni dibatalkan...senang2 jer...aku dh amik cuti...jd aku teruskan jua cutiku..hampenyer..dh ler nk jumpa pakar pediatrik ni makan masa bbrp bulan gak pastu jd mcm tu..

bermulanyer satu catatan tentang diriku

pada hari ini,aku mencuba buat kali pertama untuk mencatat perjalanan kehidupanku seharian di blog yang x seberapa sempurna ini...almaklumla br nak berjinak-jinak ngan blog ni.Actually tujuan utama aku wujudkan blog ini adalah kerana alissa humaira...atau dpanggil dengan gelaran ' Adik'..cahaya mataku yang ke3...atau blh dikatakan sbg anak bongsuku wat mase ni la..Beliau sememangnyer amat 'istimewa' ..sungguh istimewa..dgn keletahnyer...klu bab menyanyi ni no.1.Along ngan Angah juga istimewa di mataku n suami tetapi Humaira lg special...ditambah dgn keistimewaannyer...ape yg istimewa..nanti akan kuceritakn d dlm entry yg akn dtg..wassalam