Tuesday, December 28, 2010

"Hantu Kak Limah Balik Rumah" & Koleksi Buku Jahitan

Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke penghujung tahun 2010.Baru rasanya  seperti semalam bizi dengan aktiviti-aktiviti membeli kelengkapan persekolahan anak & mengira bajet  untuk membayar segala yuran sekolah dsbnya..... tetapi pada hari ini berulang lagi situasi yang sama cuma bezanya kali ini bilangan anak yang bersekolah telah bertambah kepada 2 orang dan ini bermakna bajet pun bertambah...hohoho..nasib baik dah membuat simpanan dari awal..bolehla tampung mana yang patut kan!!
 Ok..berbalik kepada topik utama... semalam saya & suami telah membawa anak-anak menonton wayang lewat malam iaitu jam 11 malam..cerita yang ditonton ialah cerita "Hantu Mak Limah Balik Kampung" @ TGV , Jusco Bukit Raja ..nak pecah dewan panggung masing-masing ketawa...hehehe...oklah ceritanya...memang kelakar & ringan...hilanglah segala tension & stress...anak-anak saya pun bukan main ketawa sama...yelah...dah agak lama tak membawa mereka  ke panggung...saya ni ikut mood...kalau rasa ada hati nak tengok wayang..pergilah tengok..kalau tak jangan harapla...dok kat umah tengok DVD kat Plasma TV 42" pun dah cukup..tapi kesian kat anak-anak...cuti sekolah ni asyik dok melepak kat rumah jer kan...mesti bosan gak..
    Nak cerita kat kawan-kawan ni...sebelum gi beli tiket wayang,sempat lagi saya singgah @ MPH Bookstore & apalagi saya terus masuk menuju ke bahagian buku jahitan..so saya dah terjatuh cinta kat 2 buah buku ni...hehehe..taraaaaa:-
RM34.00

  Buku nie memang detail sangat penerangannya..dari bab peralatan jahitan yang digunakan,cara mengukur,melukis pola,cara membuat lubang leher teluk belanga dan cekak musang sehinggalah kepada cara menjahit seluar baju melayu...diterangkan secara satu persatu dan ditunjukkan menggunakan gambar berwarna...memang jelas dan mudah faham....seronok betul saya bile jumpa buku ni..lepas ni nak try jahit baju melayu suami & anak bujang saya tapi kena study dulu buku nie ..  baru belek-belek belum habis baca lagi...hihihi..


RM21.00

Memang tak rugi kalau kawan-kawan beli buku-buku ni...banyak ilmu yang boleh kita perolehi...sekarang saya tak sabar nak cuba jahit pattern-pattern pakaian wanita yang ada dalam buku Variasi Seni Jahitan nie...tapi huhuhu...masa jer yang memang tak mengizinkan sekarang ni...takpe la perlahan-lahan akan kucuba..:-) untuk makluman sume...cuba rujuk kat kedai buku ni...banyak pilihan yang boleh kawan-kawan lihat...selamat bershopping!!

No comments: