Wednesday, March 30, 2011

Semangat baru

Selepas mama belikan sandal baru untuk Humaira tempohari,dia dah tak suka didukung lagi.Bila sebut jer 'nak jalan','nak gi hantar @ ambil Along & Angah ke @ dari sekolah,'nak pergi kedai'.... cepat-cepat tanya mama...'mana kasut adik?'...Bukak jer pintu depan terus capai tangan kita minta dipimpin..dari tingkat 2 hingga ke kereta ..dari turun hingga naik balik ke rumah (dok kat Quarters Bomba tingkat 2) .... tanpa rasa jemu..."adik nak jalan" itulah ucapan yang terkeluar dari mulutnya.
Syabas sayang...mama bangga dengan Humaira..melihatkan usahanya yang tinggi almaklumlah berjalan sambil terencot-encot coz kedudukan kaki sebelah kanan kelihatan membengkok ke dalam..perlahan-lahan mama memimpinnya menaiki setiap anak tangga.....rasa sedih campur gembira sangat bila tengok kesungguhannya...telah memberi semangat baru kepada mama & abah yang mana sekarang ni kami dah bersedia untuk memimpinnya berjalan di khalayak ramai samada di kedai makan @ di mana sahaja...dah tak peduli akan mata-mata yang memandang...demi kehendak Humaira mama & abah sedia turutkan.
Ya Allah .... sesungguhnya Kau Maha Melihat....berikanlah anakku nikmat untuk berjalan & bergerak sendiri...aku tak peduli bagaimana caranya nanti  anakku bergerak asalkan dia dapat merasakan nikmat-nikmat itu... Ya Allah dengarilah permintaan hambaMu yang serba kekurangan ini....aaaamin...(dalam hati ni  rasa nak nangis tapi kena kontrol coz kat opis ni...huhuhu....)

Tuesday, March 29, 2011

Tempahan menjahit baju kurung tradisional & tudung DIY

Bersedia menerima tempahan jahitan BAJU KURUNG TRADISIONAL & 
TUDUNG DIY (SAIZ M)

Senarai harga :-
1. Baju kurung tradisional biasa (leher kosong/tindih mesin) - RM20.00
2. Baju kurung tradisional (leher jahitan mata lalat/karipap) - RM28.00
3. Tudung DIY - RM20.00 (kain & awning tidak disediakan)


Cara tempahan :-
1. Poskan kepada saya sample baju kurung anda & kain pasang/kain untuk tudung yang hendak dijahit (segala kos penghantaran daripada anda -->saya-->anda ditanggung sendiri yer)
2. Bayaran pertama RM10 perlu dibuat sebaik sahaja saya menerima kain pasang bersama sample baju kurung anda.(saya akan maklumkan kepada anda melalui call/sms/e-mail)
3. Baki seterusnya pula perlu dibayar apabila baju kurung/tudung DIY anda telah siap & saya akan maklumkan terlebih dahulu.

Info penting :-
1. Tempoh menyiapkan sepasang baju kurung mengambil masa antara 1-2 minggu kerana saya melakukannya sebagai part time job sahaja.Biasanya saya akan melakukan tugas-tugas menjahit ini sepenuhnya pada hujung minggu.
2. Tolong maklumkan kepada saya sebaik sahaja anda membuat pembayaran pertama @ penuh ke dalam akaun saya sebagai rujukan saya.

Untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi saya @ 017-3974372 dari 5.00 petang-9.30 malam...selain waktu tersebut saya hanya menerima sms sahaja almaklumlah saya bekerja...atau email saya wfd6600@gmail.com..

Terima kasih atas sokongan anda....:-)

No.Akaun MAYBANK : 162469162560

atas nama "ROHAYANA MOHD ZUKI"


Entri buat Mama Q..saya dah ready:-)

Salam ... entri ni special wat Mama Q....tapi kawan-kawan lain pun boleh gak baca & bagi support kat saya ... hehehe...oklah entri ni juz nak inform kat Mama Q yang saya dah ready untuk terima tempahan jahit baju kurung so Mama Q pun dah boleh ready untuk poskan sample baju kurung & kain pasang sekali yer....apapun sila sms/call/email saya dulu yer...wfd6600@gmail.com...

p/s: Esok saya update no.hp yer...tak mahu campur personal hp no...untuk tempahan nie nak guna no.hp baru...dah beli no. nanti saya inform kat blog ni yer:-)

Monday, March 28, 2011

Berita baik lagi...Alhamdulillah..


Kawan-kawan ingat tak pada entri yang ini...selepas tu saya takde cerita lagi apa sebenarnya yang berlaku kan?Ceritanya macam ni...pada tarikh tersebut Along sebenarnya telah ditarikbalik jawatan sebagai ketua kelas 3A.Menurut guru kelasnya jawatan yang diberikan pada Along hanyalah bersifat sementara @ dalam erti kata lain sebagai percubaan.Setelah melihat prestasi Along , Cikgu Ahmad Farisham menjelaskan sebab-sebab Along  tak dapat meneruskan tanggungjawab tersebut kerana Along suka bercakap banyak dalam kelas , lambat buat latihan dan bla...bla..bla...Akhirnya saya menerima apa yang dikatakan oleh cikgu tersebut dan saya memang akui anak saya ni kalau dah bercakap memang non stop...tak kisahla dan saya menasihati Along supaya ambil kata-kata cikgu itu sebagai satu cabaran dan cuba berusaha ke arah yang lebih positif..tinggalkan sifat-sifat yang negatif.Abahnya pun ada cakap"takpelah Along tak jadi ketua kelas,yang penting tumpukan perhatian pada pelajaran dan dapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan"...buktikan pada cikgu yang "Along boleh buat".dan akhirnya pada hari ini Along telah menerima berita baik daripada Cikgu Ahmad Farisham..iaitu anak saya telah dilantik semula sebagai Ketua Kelas 3A semula.....terima kasih tak terhingga kepada cikgu kerana beri peluang kedua kepada anak saya...buktinya ini..
jeng..
jeng..
jeng..



Akhirnya muka yang sedih sekarang dah berubah kepada muka yang berseri-seri....sape lagi kalau bukan Along...hehehe...apapun anak mama kena tingkatkan usaha untuk kekalkan kedudukan sekarang..yang penting jangan lupa diri & sentiasa berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yer.Along ...mama & abah sungguh bangga dengan Along tau...coz Along adalah contoh kepada adik-adik tau..:-)

Jangan buat mama macam tu lagi..

Pagi tadi saya mengucap panjang bila perkara ni berlaku...memang kelam kabut dibuatnya.Si Angah la...pagi tadi macam biasa bangunkan dia dari tidur untuk ke sekolah.Digoyang-goyangkan badannya tak bergerak...selalunya bila dibangunkan mudah sangat terjaga.Saya tengok perutnya takde turun naik seolah-olah macam tak bernafas...saya rasa kaki tangannya panas normal macam biasa..bila dengar kat hidungnya ada pulak bunyi nafas..melihatkan keadaannya yang seolah-olah tidak sedarkan diri buat saya panik.Saya terus panggilkan Abang dan menjerit-jerit mintak dia tengokkan Angah.Katanya sambil selamba ''takde apa-apalah..dia tengah syok tidur tu"....saya pulak menjawab "tengok betul-betul bang...selalu tak macam ni..gerakkan tangan lembik jer ni"...memang cemas saya masa tu...Abang pun terus tarik tangan Angah sambil dirikan dia...tiba-tiba elok jer si Angah ni menggeliat dan terus ke bilik air tanpa sebarang penjelasan.Astaghfirullahalazim...anak mama ni bikin mama lemah jantung macam ni tau...
Rupa-rupanya Angah ni dah pandai berlakon....buat liat nak bangun...sebenarnya Khamis & Jumaat lepas dia tak hadir ke sekolah sebab demam.Jadinya perlu tunjukkan surat sakit dari doktor sedangkan saya & suami tak bawa dia pergi klinik pun cuma makan ubat yang sedia ada kat rumah.Memang asalnya plan nak bawak ke klinik pada hari Jumaat tu lepas sembahyang Jumaat..tapi bila tengok demamnya dah kebah kami batalkan hasrat tersebut.Bila dah surat cuti takde tu yang buat si Angah ni takut nak ke sekolah sebab risaukan cikgu marah katanya.Setelah dipujuk oleh Abahnya dia relaks jer pagi tadi ke sekolah tanpa sebarang rengekan tapi tu lah...insiden lakonan yang mengejutkan mama tu memang betul-betul meng'surprise'kan mama..ni 1st time Angah wat macam ni..nanti balik keje petang ni..ingatkan nak bagi sedikit 'peringatan' kat Angah supaya takkan buat perkara yang sama lagi...yer la memang nak kena hukum kalau tak nanti jadi kebiasaan pulak..tak baik kan...lagipun mamanya tengah geram ni...:-((

p/s: Masih trauma dengan kejadian Humaira diserang sawan...kalau boleh dah tak nak hadapi semua tu lagi...huhuhu:-(

Friday, March 25, 2011

Apa yang Along dah buat ni?

Apa yang Along dah buat ni??Jeng jeng jeng.....Cubalah tengok picture kat bawah tu yer..
>
>
>
>
>
>
>
Result Ujian Penilaian 1


Along dapat no.2 dalam kelas




Syukur Alhamdulillah...tak sangka anak mama berjaya capai keputusan yang baik dalam Ujian Penilaian 1...moga Along dapat kekalkan keputusan sebegini dalam peperiksaan yang akan datang..
Ini baru UP1..masih banyak lagi peperiksaan yang bakal ditempuhi....mama doakan semoga Along berjaya di dunia & jua akhirat...aaaamin..
Angah punya buku rekod belum terima lagi..nak tengok pulak prestasi Angah macamana kan...

p.s : Ujian Prestasi 1 S.A.R Along dapat no.5....oklah  tu...:-)

Wednesday, March 23, 2011

Berita gembira yang amat dinanti-nantikan

Tengahari tadi rehat balik rumah .... lepas hantar Along ke sekolah ...Abang singgah ke balai kejap...
Selepas tu keluar dari balai sambil menunjukkan sepucuk surat kepada saya...ada berita gembira rupanya..
Surat dari pihak BPP...'sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan adalah diluluskan'..Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi permohonan pinjaman perumahan kami telah diluluskan..baru seminggu borang dihantar...cepat betul diproses...lepas ni kena spend duit untuk masuk rumah baru la pulak...nasib baik ada sedikit wang KWSP dapatlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan tu nanti....syukur-syukur, itulah dia rezeki anak-anak.....:-)

Bila nak mula?

Bila nak mula terima tempahan menjahit ni?.....ok....sedang menimbang beberapa perkara...antaranya:-
1) Persediaan dari segi mental & fizikal
2) Perancangan
3) Target @ sasaran 
4) Kesesuaian masa

Nantikan pengumuman saya dalam next entri yer....sebenarnya dah tak sabar nak mulakan projek ni tapi saya perlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan segala keperluan jadi tunggu yer kawan-kawan...doakan segalanya berjalan lancar:-)

Tuesday, March 22, 2011

Kerudung Ungu Giveaway 2011



http://kdgungu.blogspot.com/2011/03/kerudung-ungu-giveaway-2011.html


Join Ga Contest lagi.......apa salah nyer kan.....dok blogwalking pastu jumpa ini contest..terus turut serta..
Hadiahnya pun nampak menarik........2nd time join GA contest manalah tau ada rezeki...hehehe:-)
 

Macam mana nak tambah pendapatan?

Komitmen makin bertambah....gaji pulak setahun naik RM49.91 jer (tak reti-reti nak bersyukur ke Yana ooi?)...keperluan harian pun makin mahal...rasa-rasa macam dah banyak berjimat nie haaa ....macam mana nak tambahkan lagi pendapatan yer...sekurang-kurangnya dapatlah membantu meningkatkan amaun  tabungan untuk masa depan......
Rasa-rasanya kalau saya ambil tempahan menjahit baju kurung...ada ke yang nak?
Belum cuba belum tau kan....apa kata saya try test market dulu...ambil sikit-sikit tempahan dari rakan-rakan terdekat @ jiran @ sedara mara...
so apa pendapat kawan-kawan semua...ok tak?...


Monday, March 21, 2011

“1st Giveway Vaithis”


Jom ramai-ramai join “1st Giveway Vaithis”
 Saya telah ditag oleh Ieda ..... actually nie 1st time saya join GA..:-)

Syarat-syaratnya adalah ...
>
>
>
>
>
1. Mestilah Jadi follower saya  - ok
2. Buat entry pasal GA ni dengan tajuk “1st Giveway Vaithis” - ok
3. Anda perlu TAG sekurang-kurangnya 3 Orang kawan. - ok
4. Pastikan letak gambar ini di sebelah side bar dan tinggalkan link di komen entri ni yer... -  ok
5. Lepas dah siap.bagi comment dan link pada entry ini. - ok

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1st May 2011


3 orang kawan yang saya tag ialah :




Tunggu apa lagi kawan-kawan....join ler..mana ler tau terpilih jadi pemenang....hihihi

Perlu pakai splint untuk tangan kanan

Petang tadi ada appoinment OT @ HTAR jam 2.15 petang...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Abang pun telah memohon cuti untuk urusan hari ini dan seperti biasa Humaira mula menangis dari mula hingga habis terapi selama 1/2 jam.Tetapi kejap menangis kejap diam...mana tak melalak...mamanya takde depan mata.Pakar OT telah meminta saya dan suami menunggu di luar sementara sesi terapi berjalan..dan saya masih terdengar tangisan Humaira semasa berada di luar bilik terapi...takpelah dik biar pandai berdikari sikit kan..Kelihatan 4 orang pelatih OT turut sama dalam sesi tersebut...muda belia belaka dan masing-masing bersemangat melayan karenah Humaira.Di akhir sesi , saya menanyakan pendapat mereka samada perlu ke dipakaikan splint untuk tangan kanan Humaira yang agak keras tu...mereka menyokong permintaan saya tu dan pada 15/4/2011 ini splint akan dibuat untuk Humaira...oklah tu sekurang-kurangnya ada gak alternatif untuk memulihkan tangan kanan Humaira walaupun peluangnya agak tipis yang penting usaha itu ada...urutan pun perlu dilakukan setiap hari agar anggota kaki & tangannya tidak akan terus keras.....harap-harap ada sinar untuk Humaira.....:-)

Cuti Rehat berbaki 13 hari lagi...cukup ke?

Daripada 20 hari....masuk bulan 3 dah tinggal 13 hari...camner tu?Rasa cam tak cukup jer menjelang hujung tahun ni...huhuhu.Tu belum kira cuti raya puasa ... mahunyer seminggu cuti..hehehehe.

Sunday, March 20, 2011

Macam-macam si Angah ni..

Kejadian ni terjadi beberapa bulan yang lepas...saje nak kongsi ngan kawan-kawan...masa tu saya tengah asyik ngan aktiviti  menjahit...apa dia tu?layan picture kat bawah ni yer...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Syoknyer tido...tengah dok rancak borak ngan mama tiba-tiba senyap...toleh-toleh kat belakang rupanya dah zzzzzzzzzzzzzzzzz....:-)



Agaknya rindu nak tido dalam stroller lama die....inilah jadinya....ikut suka la Angah janji tak kacau keje mama..:-)

Cantik tak?

Malas nak citer panjang....cuma nak tanya cantik tak saya punya blog header?boleh  la kan..hehehe...dok godam-godam guna piknik...akhirnya terhasillah header sebegitu rupa...tapi kan position nyer macam terkeluar dari size header asal....ader sape-sape boleh tolong tak?plzzzzzzzzzzzzz...help me...huhuhu


Friday, March 18, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain


Lirik lagu "Sedetik Lebih"  ini  amat  bermakna bagi   mama dan mama tujukan lagu ini khas untuk Abah , Along , Angah dan Adik yer....saaaayang korang...mmmmmmuaaah..:-)


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya 

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Kenangan percutian di Hotspring Sungkai,Perak pada Nov  2010


Gambar raya 2010



P/s: Bila nak bawak anak-anak pergi tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa ni.....minggu depan jer la yer..dah basi masa tu takper la...mungkin orang dah x penuh kat panggung time tu kan..:-)


Nak tayang sandal baru Humaira

Sejak dari 2-3 minggu lepas , Humaira asyik dok mintak belikan kasut...almaklumlah tengah semangat nak berjalan...dah tak nak dukung-dukung dah...tapi kalau lambat sangat mama @ abah tarik jer dukung...merengek-rengek la dia mintak dilepaskan..hehehe.So semalam balik dari kerja singgah jap kat pasar malam Cina...dan belikan ini..taraaaaa..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Cantik tak? Humaira dapat sandal baru..kan main seronok
Sebelum ni kalau keluar mana-mana , pakai kasut khas ni...:-)


Ni pakai time nak tidur jer

Tengok...dah x sabar nak try pakai petang semalam

Suruh posing duduk x mahu..nak berdiri katanya

Posing sebelum keluar jalan-jalan & makan ABC

Kos RM10 jer...yang penting nampak cantik..hehehe

Thursday, March 17, 2011

Lebih baik diam daripada cakap banyak

Setelah membaca entri kawan-kawan "SEANDAINYA AKU SETABAH KALIAN" yang banyak berkisar tentang follow up anak-anak di hospital,saya ada cerita yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan semua.Insiden ini berlaku semasa saya membawa Humaira ke HTAR ,Klang untuk temujanji dengan pihak Neuro,Oftalmologi & PAED pada 2 minggu lepas.Dalam entri ini ,saya ada menyatakan yang saya perlu ambil report daripada unit Fisioterapi (cadangan rujukkan kes Humaira ke unit rehab) untuk diberikan kepada pihak PAED.Dari Klinik Harian ke unit fisio jika berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 10 minit la jugak...setelah serahkan report tersebut kepada doktor pakar,saya perlu datang kembali ke unit fisio untuk  mendapatkan tarikh appoinment yang akan datang.Bayangkan berapa kali saya berulang alik...Tuhan sahaja tau betapa penatnya saya ditambah lagi dengan sesi appointment Humaira dari pagi hingga petang pada hari itu...tak kisahlah kan dah memang jadi tanggungjawab saya dan suami.Tapi yang buat saya kecewa,sakit hati dan geram ialah layanan 2 orang wanita yang bertugas di kaunter pendaftaran unit fisioterapi tersebut.Memanglah tiap-tiap kali kami datang susah nak tengok mereka melemparkan senyuman kepada patient-patient yang datang mendapatkan rawatan...muka serius jer memanjang..nasib baik la pakar-pakar fisio di sana memang baik hati dan peramah..takdelah kita yang datang bawa anak ni rasa stress kan..Ceritanya macam ni...saya tengah dok berdiri kat kaunter pendaftaran depan muka 2 orang hamba Allah yang cantik molek  ni la....:-
Pakar: Puan,saya bagi tarikh appoinment 30hb ni yer?(sambil memandang pada saya)
Saya yang penyabar : (dalam kepala teringat appoinment dengan unit Hearing 31/3 ni)Doktor,kalau dapat ...bagi tarikh 31hb boleh tak sebab anak saya ada appointment hari tu,kalau ada kosong la doktor...banyak tul kalau saya ni...(dalam hati penuh harapan)
Wanita 1 jaga kaunter : La pulak....(sinis jer bunyinyer)
Wanita 2 jaga kaunter : Cuma hospital ni jer patient boleh mintak tarikh-tarikh ni..kalau pusat medical lain jangan harap memang tak boleh.....(actually ada lagi ayat-ayat belakang yang dicakapkan tapi saya dah x dapat dengar dengan betul sebab geram dan kira nak menjawab terus jer)
Saya yang tengah marah ni : Kalau boleh bertolak ansur..kalau tak dapat saya terpaksalah ikut tarikh yang doktor bagi yer tak....(rasa macam nak hentak jer kaunter pendaftaran tu tapi saya masih waras lagi)

Yang pakar fisio kat belakang tu diam jer bila dengar saya berbalas cakap dengan 2 orang wanita yang *^###@!!@  tu...dia tak terkata apa-apa.Saya dah dapat balik kad temujanji daripada doktor tu , cakap terima kasih terus bla ...dah x tahan nak mendengar & mengadap muka wanita-wanita tu.
Saya bukan suka-suka mintak tarikh tetapi saya meminta budi bicara daripada doktor andainya tarikh dapat disesuaikan dengan tarikh appoinment yang lain...itupun jika ada kekosongan.Bayangkan takkan saya nak datang ke hospital 2 hari berturut-turut.....saya pun makan gaji jugak...untuk bulan Mac ini saya perlu bawa Humaira sebanyak  3  kali iaitu pada 10/3(dah lepas) , 21/3 dan 31/3.Kalau ditambah pada 30/3 memang saya tak dapat hadir kerana tarikhnya yang berturut-turut...apa saya nak jawab dengan ketua jabatan & apa pulak pandangan rakan sekerja yang lain kan..tapi kalau keadaan memaksa dan appoiment itu penting ,mahu  tak mahu saya terpaksa datang jugak.Tetapi itulah seandainya......seandainya la kan...pihak hospital dapat bertoleransi sekali sekala, bukan tiap-tiap kali... ia banyak membantu pihak kami.Apapun yang tak tahan sikap 2 orang staf tu....tolonglah jangan menyampuk bila parents @ patient berdiskusi dengan doktor....dan tolong sangat-sangat...jangan bercakap banyak jika percakapan anda itu nanti boleh menyakitkan hati insan lain.....jalankan tugas anda sebaik & seikhlas mungkin dan lagi satu "berbudi bahasa itu amalan kita"..serapkan dalam diri tu & jangan suka mempermudahkan hidup orang lain...Ya Allah Ya Tuhanku...peliharalah hatiku supaya tidak bersifat busuk hati & tebalkanlah imanku...aaaamin...

Tengah tunggu turn ... ni kat unit oftalmologi


sempat lagi turun ke cafe coz anak-anak dah kelaparan


nape sampai terdongak tu Humaira...tengok mama tangkap gambar yer


Abang dah tunjuk muka tension...lama sangat menunggu jadi cam tu la..sabar yer bang

p/s : Ingat suka sangat ke datang hospital.... tak hingin tapi demi anak kuatkan gak semangat dan buang jauh-jauh sifat amarah...sabar jer lah..

Moga merasa duduk rumah sendiri

Hari ni dah kembali bekerja setelah 2 hari ambil cuti rehat....yer la banyak urusan yang perlu diselesaikan.Kelmarin urusan permohonan kad OKU Humaira telah settle cuma tunggu siap jer & semalam saya bersama suami telah menghantar borang permohonan pinjaman perumahan kerajaan kepada pemaju untuk dihantar terus ke BPP,Putrajaya.Insyaallah..jika ada rezeki merasalah kami ada rumah sendiri...moga segalanya dipermudahkan ...aaamin.






Rumah ni masih lagi dalam pembinaan...kawan-kawan boleh tengok kat sini....insyaAllah sebelum raya puasa tahun ni dijangka siap...

Tuesday, March 15, 2011

Dah settle hantar borang ke JKM

Alhamdulillah....segala urusan permohonan  kad OKU untuk Humaira dah selesai.Tengahari tadi saya 4 beranak telah pergi ke JKM Klang untuk menghantar borang tersebut ..wat 1st time drive kereta sendiri ke sana..kebetulan Abang keje shift pagi dan memandangkan semua dokumen telah lengkap saya ambil keputusan untuk menyelesaikannya sendiri..malaslah tunggu lagi...dah la lambat mohon kad tu kan..sebenarnya saya dan  suami mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkaitan permohonan kad OKU buat Humaira.Bukan apa rasanya tak sampai hati untuk menjadikan Humaira sebagai pemilik kad OKU atau secara jelasnya dikenali sebagai 'Orang Kurang Upaya'....malas lar nak cerita mendalam sangat..harap kawan-kawan sedia maklum yer...nanti kang banjir pulak ...huhuhu.Tapi bila difikirkan lebih mendalam...hakikatnya kami sebagai ibu dan bapa perlu terima kenyataan yang sebenar dan juga untuk kemudahan Humaira di masa depan ,permohonan kad itu perlulah kami lakukan jua akhirnya sama seperti kawan-kawan di luar sana yang mempunyai anak istimewa seperti kami...apapun doa saya dan suami semoga Humaira dapat berjalan & berdikari sendiri suatu hari nanti....insyaAllah.....aaamin... manalah tau kan tak perlu lagi bawa kad OKU tu ke mana-mana:-)

p/s : moga pihak kerajaan , agensi-agensi dan orang perseorangan lebih bersifat terbuka lagi dengan memberi banyak peluang pekerjaan & kemudahan kepada golongan OKU...bantulah mereka untuk kesejahteraan hidup:-)

Monday, March 14, 2011

Peasant Blouse

Entri saya 2 hari ni berkisar tentang jahitan sajer...boleh ke macam tu?boleh la kan...sesekali berkongsi cerita ..Hari ni dok blogwalking tentang peasant blouse..menarik pulak saya tengok...alangkah indahnya hidupku andainya dapat jahit peasant blouse macam ni...


cantik gak...nampak sopan jer

a simple peasant blouse......boleh try jahit ni...
cantik gak


pattern yang ni pun cun gak...hehehe
Bila nak mula projek ni ?kena tunggu coz stok kain cotton tak beli lagi....so kawan-kawan nantikan projek terbaru saya ni yer....tak tau bila terlaksana...maybe as soon as possible....hahahaha..jangan marah yer...:-)

Sunday, March 13, 2011

Baju kurung jahitan saya

Dah lama nak upload gambar baju kurung yang saya jahit sendiri.....baru hari ni terlaksana...alhamdulillah syukur saya dah boleh jahit baju kurung...x sangka sebab selama ni dari zaman anak dara lagi memang x pernah sentuh mesin jahit....tak ingin pun nak belajar...tau-tau mak dah siapkan baju untuk raya..hehehe...Keinginan menjahit ni pun terbit apabila lihat blog kawan-kawan yang arif menjahit dan bangga bila mereka menjadikan kemahiran menjahit itu sebagai tambahan pendapatan keluarga...betapa mereka kreatif & sabar dalam menghasilkan jahitan yang kemas dan cantik....pada masa yang sama memandangkan saya bekerja dan tentunya pemakaian baju kurung adalah kemestian,itu yang menambahkan lagi keinginan saya untuk belajar menjahit.So....inilah yang terhasil dari ilmu yang saya belajar daripada guru kelas jahitan saya....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Material kain cotton



Kain cotton gak ni

Tak siap jahit butang & sembat lagi ni...



Tips/tutorial dari www.tinihani.com

Dok blogwalking tadi...akhirnya terjumpa banyak tutorial/tips di sini...sebelum tu nak mintak izin dulu dari Kak Tini yer coz saya nak linkkan tutorial tu sume ke dalam entri saya...thanks a lot to u coz ia banyak membantu beginner macam saya ni ....antara tutorial/tips yang menarik perhatian saya ialah cara memasang twin needle,cara menjahit bias tape,tips menajamkan gunting dan cara jahit guna benang getah .So dah dapat tutorial ni..lepas ni saya nak try la plak...hehehe...

rupa benang getah @ elastic thread (google)

Rumahku Syurgaku

"Rumahku Syurgaku".....memang sesuai sangat ayat tu...dah siap makan sume...apalagi lepak ngan anak-anak depan tv la.Ambik bantal ...baring-baring pastu nak tidur pun boleh...hehehe...kalau kat tempat lain boleh ke wat sume tu?...Panas terik tengahari ni nak keluar pun malas..Kalau keluar kang dah tentu anak-anak ajak makan @ minum la..walaupun kat umah dah melantak..jadi daripada membazir baiklah berjimat...lebih baik simpan duit untuk benda-benda yang berfaedah..yer tak?Esok dah keje...so saya nak gunakan masa 2 hari ni untuk berehat sepuas-puasnya sambil-sambil  melayan 3 buah hati saya tu...hehehe...

p/s: on laptop sambil layan blog atas katil memang best.....

Saturday, March 12, 2011

Jadi babysitter sekejap

Malam tadi ada orang ketuk pintu rumah..rupa-rupanya Kak Siti jiran rumah depan nak mintak tolong jagakan anak-anaknya .Pengasuh anak-anaknya balik kampung pulak dan last minute baru bagitau jadi kelam kabutla Kak Siti dibuatnya.Suaminya pula kebetulan keje shift pagi ni tu yang memeningkan kepalanya.Jadi mengenangkan kami ni berjiran,apalah salahnya saya membantu kan....manalah tau ini hari dia..hari saya x tau pulak bila.Lagipun anak-anaknya semua dah besar , tinggal yang bongsu tu jer kecil lagi...umurnya lebih kurang setahun kot...si Aiman...Humaira lagi  suka dengan baby...siap ketawa-ketawa lagi masa bermain.So hari ni saya jadi babysitter dari pukul 12.00 tengahari hingga 5.30 petang...oklah riuh rendah rumah sekejap...budak-budak tu pun seronok bermain di rumah saya...hehehe.

Friday, March 11, 2011

1st time Humaira ambik gambar pasport

Mula-mula sekali saya nak ucapkan takziah dan simpati atas bencana alam yang menimpa rakyat Jepun di Sendai....memang seram gak bila tengok kat berita.. tsunami & gempa bumi menyerang negara matahari terbit tu..apapun doa saya semoga mereka-mereka yang berada di sana terutamanya rakyat Malaysia dilindungi Allah hendaknya.Apabila melihat rakaman kejadian tersebut,ia menginsafkan saya  bahawa Allah itu Maha Kuasa dan segala yang berlaku adalah atas kehendakNya jua...

Berbalik kepada tajuk entri saya,tengahari tadi time rehat saya bawak Humaira ke kedai gambar .... untuk tangkap gambar pasport...bukan main seronok dia bila saya ajak ke kedai gambar.Tapi  bila time nak shoot tu,mula-mula ok lagi...bila dah kali kedua uncle tu halakan kamera mulalah tunjuk muka cuak nak nangis.Uncle yang ok tu pun suruh saya dan Angah berposing sekali di sisi Humaira untuk hilangkan takut dia walaupun pada hakikatnya kami berdua sekadar pura-pura ambil gambar bersama....hehehe...pandai sungguh uncle tu cari taktik ..dah memang keje dia kan:-)

Comei x saya......anak sape la ni yek?

Actually gambar ni diambil untuk dilampirkan pada borang permohonan kad kebajikan (OKU) dan juga  borang penempatan ke PDK Klang Selatan...hari Isnin nanti saya akan ke JKM Klang & PDK Klang Selatan untuk semua urusan tu...moga Allah mempermudahkan segalanya......aaamin.

p/s:moga anak mama dapat berjalan satu hari nanti....aaamin...mama,abah,along & angah sentiasa sokong Humaira tau...:-)

Thursday, March 10, 2011

Akhirnya Humaira dirujuk ke REHAB

Hari ini Humaira ada 3 appointment yang perlu dihadiri iaitu neurofisiologi,oftalmologi (mata) dan PAED.Tepat jam 9.00 pagi kami tiba di unit neurofisiologi (sebenarnya appoinment pukul 8.00 pagi..sampai lewat cam biasalah...malas nak cerita).Pakar neuro mengesyorkan kami terus ke unit oftalmologi dahulu kerana di neuro prosesnya memakan masa agak lama (lebih kurang 2 jam sebab kena tunggu patient tidur) jadi pada pendapatnya lebih baik kami ke unit tersebut kerana jika lewat daftar test mata, silap-silap hingga petang kami masih di sini.Jadi kami telah dibawa oleh pembantunya (sungguh baik hati kerana sanggup membantu mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter) ke kaunter pendaftaran di tingkat bawah .Selesai urusan pendaftaran , kami terus menuju ke unit mata dan betullah kata pakar neuro tadi memang penuh pesakit pagi ni.Bayangkan dari jam 9.30 pagi kami tunggu,lebih kurang jam 12.00 tengahari baru dapat berjumpa dengan pakar mata....sempat kami sekeluarga makan di kafetaria hospital lagi;-(
Memandangkan pada pukul 2.00 petang ada sesi temujanji dengan PAED..jadi saya mengambil keputusan untuk menunda appoinment dengan pihak neurofisiologi ke tarikh lain...mana sempatkan...cik suami terpaksa naik ke tingkat 2 untuk menyelesaikan hal tersebut dan akhirnya tarikhnya ditunda ke 28 Mac ini.Temujanji di unit mata ini tamat lebih kurang jam 1.00 tengahari...ambik kau 1/2 hari untuk 1 sesi jer...
Letih sungguh saya hari ni terpaksa berkejar ke sana sini untuk segala urusan temujanji Humaira hari ni.Pergi ambil report di unit fisio dan serahkannya kepada PAED lagi...namun berbaloi gak kerana akhirnya Humaira telah dirujukkan ke unit Rehabilitasi...insyaallah di sini akan saya tanyakan pada pakar inisiatif untuk membantu Humaira...hmmmm...appointment pertama bermula pada 5 April nanti.Semua urusan di HTAR berakhir pada pukul 4.00 petang dan perjalanan kami ke rumah petang tadi disusuli dengan hujan lebat ...alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari ini:-) 

Tuesday, March 08, 2011

Adakah perkembangan pendidikan Humaira agak lewat nanti?

Adakah perkembangan pendidikan Humaira nanti selaras dengan tahap umurnya?Itulah perkara yang bermain di kepala saya hari ini....bolehkah anak saya memasuki prasekolah pada umur 6 tahun pada tahun hadapan?Yelah....sepatutnya sekarang sudah berada di tabika KEMAS@PASTI@PRASEKOLAH dan yang seumpama dengannya...tapi apabila memikirkan saya masih lagi dalam proses melatihnya untuk meninggalkan pampers dan mengawal pembuangan air makanya saya membatalkan hasrat untuk menghantarnya ke mana-mana tadika...yerlah sanggupkah mereka melayan b***k  k*****g anak saya kan...itupun Alhamdulillah kerana Abahnya bekerja shift dapatlah menjaga Humaira..dalam seminggu purata 1 @ 2 kali sahaja saya menhantarnya ke nurseri...selebihnya Abahnya lah yang setia menjaga Humaira.
Buat masa sekarang saya telah mendaftarkan Humaira di PDK Klang Selatan.....kelasnya akan bermula selepas saya menyelesaikan beberapa perkara berkaitan prosedur kemasukan ke sana dalam sedikit masa lagi.Itu langkah pertama untuk tahun ini...dan tadi saya telah cuba menghubungi cawangan PASTI di Jalan Sungai Saim,Rantau Panjang untuk bertanyakan kesudian mereka untuk menerima kemasukan Humaira pada tahun hadapan.Menurut Pn.Lailasari ,Guru Besar PASTI tersebut buat tahun ini yang ada kekosongan hanyalah untuk murid 6 tahun ...untuk 5 tahun katanya sambutan amat menggalakkan bermakna tiada kekosongan..jadinya saya fikir tak kisahlah..biarlah tahun ini saya tumpukan pada kelas di PDK dahulu.Saya bertanya lanjut berkenaan pendaftaran untuk tahun hadapan dan pada masa yang sama saya menerangkan keadaan Humaira.Beliau dengan nada lemah lembutnya  menjelaskan kepada saya agar meminta pendapat doktor berkaitan kesesuaian penempatan pusat pembelajaran untuk Humaira.Sekiranya doktor mengesyorkan Humaira ditempatkan di sekolah biasa,mereka bersedia untuk menerima Humaira belajar di PASTI.Insyaallah pada 10.3.2011 (Khamis) saya akan membawa Humaira berjumpa PAED untuk sesi appointmentnya..akan saya tanyakan berkaitan perkara tersebut.Sebenarnya dalam borang penempatan yang diisi sebelum ini doktor melayakkan Humaira ditempatkan di taska tapi itu semasa dia berumur 4 tahun...jadi sekarang saya perlu rujukkan pada doktor sekali lagi memandangkan dia dah berumur 5 tahun sekarang ni.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya...aaamin.

p/s: Terima kasih banyak-banyak kepada Ibu Uwais kerana sudi berkongsi pengalaman dengan saya...moga Allah sentiasa memberkati anda sekeluarga..aamin:-)

Monday, March 07, 2011

Humaira sakit gigi

Gigi   oooo  gigi   kenapa engkau sakit.....macamana aku tak sakit cik Humaira suka makan gula....itulah dia penangan banyak makan gula-gula & yang seumpama dengannya....Humaira pagi tadi start jam 3.00 pagi sampai kul 6.00 pagi tak lena tidur dbuatnya.Mana taknya dok merengek , kejap duduk kejap telungkup...tak senang duduk.Mula-mula tu tertanya-tanya gak apa yang tak kena dengan budak ni...tengok-tengok dok tekan-tekan pipi tepi bibirnya...dah sah kena serang sakit gigi.Dia pulak tak pandai nak bagitau sakit gigi mungkin sebab ni 1st time sakit kan.Pastu saya tanya lepas ni nak makan gula-gula lagi tak?lepas saya explain pasal gula-gula yang buatkan dia sakit gigi terus digelengkan kepalanya tanda tak nak makan gula-gula lagi.Ntahla ye ke idak...entah-entah time sakit jer serik.Untuk mengurangkan sakit gigi tu,saya terus bawa Humaira ke bilik air dan gosokkan giginya dan lepas tu bagi makan sirap Uphamol 250....barulah dia lega sikit.Disebabkan tak berapa lena tidur malam tadi,bangun pagi saya pulak sakit kepala & jadi penyelesaiannya saya amik MC la hari ni.lagipun sian pulak nak tinggalkan Humaira di nurseri...buat giginya sakit lagi...sapa pulaklah nak melayan rengekan dia kan..apapun saya sebagai ibu lebih lega bila menjaga sendiri anak yang sakit.....:-)





Saturday, March 05, 2011

Cam malas jer nak masak malam ni..

Rasa cam malas jer nak masak malam ni......dah dok pikir-pikir ni...apa kata jap lagi lepas Maghrib ajak En.Rosdi pergi minum kat Restoran Seri Has pastu tapau sekali...hehehe....masak nasi ajer la kat umah.Lauk yang jadi pilihan saya & keluarga selalunya Sup Daging & Paprik Campur.Sambil-sambil tunggu tu layan roti canai & teh ais sedap gak kan...:-)

Friday, March 04, 2011

Hanya kepadaMu kami kembali..

Melalui cerita seorang kawan......saya telah melawat ke blog ini......betapa terharunya saya apabila membaca setiap entri yang dipaparkan di dalam blog beliau..gaya penulisannya yang amat indah & halus ..tentang kasihnya yang amat mendalam terhadap family terutamanya kedua-dua puteri....namun blog itu takkan dipenuhi lagi dengan entri-entri yang bermakna & puitis...mengandungi pengertian yang amat dalam kerana En.Wan Ahmad Fadzil (29 tahun) telah kembali ke rahmatullah  pada 1 Mac 2011 akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya  semasa dalam perjalanan ke kampung halamannya iaitu Setiu,Terengganu.Arwah bersama keluarganya baru sahaja pulang dari Islamabad,Pakistan di mana  mereka telah menetap di sana hampir 2 tahun lebih kerana arwah bekerja di Kedutaan Malaysia di Pakistan.Yang teramat sedih adalah arwah & isteri baru sahaja menerima kelahiran puteri yang ke2 pada bulan Disember lepas.Tentunya isteri arwah pada ketika ini berada dalam kesedihan kerana kehilangan suami yang amat dicintainya..apatah lagi terpaksa memikul tanggungjawab memelihara kedua-dua anak yang masih kecil yang baru sahaja kehilangan seorang ayah.Diharapkan Pn.Baya menerima ketentuan Illahi ini dengan tabah & tenang dan masih ada keluarga & rakan-rakan yang sedia membantu puan pada bila-bila masa sahaja.Apapun marilah kita sedekahkan AlFatihah untuk Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat...aaamin.
p/s: Setiap yang hidup di muka bumi Allah ini pasti akan menemuiNya jua...jika ajal menjemput ia takkan terlewat sesaat pun...Ya Allah Ya Tuhanku...ampunilah segala dosaku & dosa kedua ibubapaku.....

Thursday, March 03, 2011

Dulu & kini tetap maintain ok...

Hari ni dah masuk hari ketiga dalam bulan Mac....pejam celik pejam celik kejap jer masa berlalu..apa nak cerita hari ni yek?Haaa...nak merapu sikitlah...macam ni lah , pernah  satu hari tu cik abang bertanyakan soalan cepuemas pada saya...entahlah samada dia tau jawapannya @ saje2 nak bertanya...macam dah takde mende lain nak dibualkan kot...hehehe..Soalannya berbunyi lebih kurang macam ni....Ayang,kenapa kita berdua ni tak gemuk @ naik badan macam orang lain?Abang perhatikan kebanyakan pasangan yang berkahwin akan berubah fizikal diorang...bertambah debab , boroi & seumpama dengannya?Aikkkk.....apasal pulak abang berfikir sampai ke situ?Saya bertanya balik...Jawapan saya , ok ape ...  maintain jer....nampak cam muda jer...hahaha...jangan pulak kawan-kawan yang naik badan terasa pulak dengan entri saya ni yer...saya cakap untuk diri saya jer tau..Tengahari tadi saya pergi ke PDK Klang Selatan....buat ape kat situ?nanti saya ceritakan dalam entri seterusnya yer...sampai jer kat dalam PDK tu kakitangannya menegur saya...kebetulan saya menunggang YAMAHA EGO saya ke sana ... bukan apa nak cepat kejar masa...waktu rehat tadi terus memecut dengan egonya...hihihi....salah seorang akak tu berkata.."ingatkan anak dara manalah tadi"...wow,dalam hati ku berkata..adakah gayaku masih seperti anak dara ke?Saya pun menjawab...saya dah ada anak 3 la kak....oooo,yer ke....jawab akak tu sambil tersenyum....banyak kali saya ditegur seperti itu malah cikgu-cikgu pompuan di sekolah saya sering bertanyakan bagaimana saya maintain jer berat badan saya.Bebenornya saya memang macam ni dari zaman sekolah lagi...memang payah nak gemok walau makan banyak pun...mungkin keturunan saya memang cam tu kot.Mak dan nenek saya pun jenis kurus-kurus gak...dah cuba makan banyak tapi kalau naik berat badan pun sikit aje.Apapun kurus@gemok seseorang itu tidak penting, yang perlu dititikberatkan ialah kesihatan yang baik & lagi satu selagi suami tak complain maknanya kita sentiasa cantik di mata mereka kan...sape setuju angkat tangan macam saya (dipetik dari dialog filem 'Hantu Kak Limah balik rumah)...hahahaha...

p/s:hari-hari anak-anak saya dok tengok cd citer tu..memang x jemu....lebih-lebih lagi dengan watak si Usop aw..aw...tu:-)

Wednesday, March 02, 2011

Perancangan projek jahitan 2011

Memandangkan saya dah punya mesin jahit tepi sendiri...dah tak perlu pergi kedai lagi untuk jahit tepi..makanya saya telah merencanakan beberapa list projek menjahit saya untuk tahun ini.Listnya adalah seperti berikut:
1. Menjahit baju kurung...ini dah terlaksana...setakat ni saya dah menjahit 8 pasang baju kurung...untuk pakai sendiri ajer la...alhamdulillah dah lepas untuk baju kerja@raya..hehehe...termasuk baju anak 2 pasang..ini wajib jahit 1 minggu 1 pasang untuk memahirkan diri lepas belajar jahit ngan Kak Zura.
2. Baju kurung moden...baru berjaya jahit sepasang ..itupun masa belajar dalam kelas Kak Zura...sekarang belum boleh sambung projek ni coz belum beli tapak zip sorok dari 'Brother'...:-)
3. Baju Melayu..dalam proses belajar ..melalui buku...praktikal belum lagi..harap2 raya nanti dapat jahit untuk suami & anak...
4. Langsir...setakat jahit lurus boleh la
5. Sarung bantal
6. Runner
7. Sarung kusyen
8. Tudung DIY...dah berjaya siapkan 3 helai tudung...next project tunggu bajet lebih untuk beli kain...hahaha...takkan tiap-tiap bulan jahit tudung baru..yer tak?
9. Cadar

Hai...banyaknya list...terbuat ke saya ni...tak tau la...baru perancangan....terlaksana @ tidak,sama-samalah kita tunggu dan lihat yek!