Kawan-kawan ingat tak pada entri yang ini...selepas tu saya takde cerita lagi apa sebenarnya yang berlaku kan?Ceritanya macam ni...pada tarikh tersebut Along sebenarnya telah ditarikbalik jawatan sebagai ketua kelas 3A.Menurut guru kelasnya jawatan yang diberikan pada Along hanyalah bersifat sementara @ dalam erti kata lain sebagai percubaan.Setelah melihat prestasi Along , Cikgu Ahmad Farisham menjelaskan sebab-sebab Along tak dapat meneruskan tanggungjawab tersebut kerana Along suka bercakap banyak dalam kelas , lambat buat latihan dan bla...bla..bla...Akhirnya saya menerima apa yang dikatakan oleh cikgu tersebut dan saya memang akui anak saya ni kalau dah bercakap memang non stop...tak kisahla dan saya menasihati Along supaya ambil kata-kata cikgu itu sebagai satu cabaran dan cuba berusaha ke arah yang lebih positif..tinggalkan sifat-sifat yang negatif.Abahnya pun ada cakap"takpelah Along tak jadi ketua kelas,yang penting tumpukan perhatian pada pelajaran dan dapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan"...buktikan pada cikgu yang "Along boleh buat".dan akhirnya pada hari ini Along telah menerima berita baik daripada Cikgu Ahmad Farisham..iaitu anak saya telah dilantik semula sebagai Ketua Kelas 3A semula.....terima kasih tak terhingga kepada cikgu kerana beri peluang kedua kepada anak saya...buktinya ini..
jeng..
jeng..
jeng..
Akhirnya muka yang sedih sekarang dah berubah kepada muka yang berseri-seri....sape lagi kalau bukan Along...hehehe...apapun anak mama kena tingkatkan usaha untuk kekalkan kedudukan sekarang..yang penting jangan lupa diri & sentiasa berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yer.Along ...mama & abah sungguh bangga dengan Along tau...coz Along adalah contoh kepada adik-adik tau..:-)
No comments:
Post a Comment