Tuesday, March 15, 2011

Dah settle hantar borang ke JKM

Alhamdulillah....segala urusan permohonan  kad OKU untuk Humaira dah selesai.Tengahari tadi saya 4 beranak telah pergi ke JKM Klang untuk menghantar borang tersebut ..wat 1st time drive kereta sendiri ke sana..kebetulan Abang keje shift pagi dan memandangkan semua dokumen telah lengkap saya ambil keputusan untuk menyelesaikannya sendiri..malaslah tunggu lagi...dah la lambat mohon kad tu kan..sebenarnya saya dan  suami mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkaitan permohonan kad OKU buat Humaira.Bukan apa rasanya tak sampai hati untuk menjadikan Humaira sebagai pemilik kad OKU atau secara jelasnya dikenali sebagai 'Orang Kurang Upaya'....malas lar nak cerita mendalam sangat..harap kawan-kawan sedia maklum yer...nanti kang banjir pulak ...huhuhu.Tapi bila difikirkan lebih mendalam...hakikatnya kami sebagai ibu dan bapa perlu terima kenyataan yang sebenar dan juga untuk kemudahan Humaira di masa depan ,permohonan kad itu perlulah kami lakukan jua akhirnya sama seperti kawan-kawan di luar sana yang mempunyai anak istimewa seperti kami...apapun doa saya dan suami semoga Humaira dapat berjalan & berdikari sendiri suatu hari nanti....insyaAllah.....aaamin... manalah tau kan tak perlu lagi bawa kad OKU tu ke mana-mana:-)

p/s : moga pihak kerajaan , agensi-agensi dan orang perseorangan lebih bersifat terbuka lagi dengan memberi banyak peluang pekerjaan & kemudahan kepada golongan OKU...bantulah mereka untuk kesejahteraan hidup:-)

2 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Saya faham apa yang akak rasa kerana saya pun berperasaan yang sama.Ambil tempoh yang amat lama untuk membuat kad OKU untuk aisya.Tp bila mengenangkan kad itu perlu dan banyak kelebihannya pada aisya, saya paksa diri saya untuk buat jugak.Semoga perjalanan anak-anak kita dipermudahkan dan dilindungi selalu.Aminn

Nonie said...

Terima kasih Ayu kerana faham apa yg akak rasa...yer la..kita pun sekapal kan...akak pun harap begitu,moga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan dalam proses membesarkan anak2 kita...aaamin..:-)