Adakah perkembangan pendidikan Humaira nanti selaras dengan tahap umurnya?Itulah perkara yang bermain di kepala saya hari ini....bolehkah anak saya memasuki prasekolah pada umur 6 tahun pada tahun hadapan?Yelah....sepatutnya sekarang sudah berada di tabika KEMAS@PASTI@PRASEKOLAH dan yang seumpama dengannya...tapi apabila memikirkan saya masih lagi dalam proses melatihnya untuk meninggalkan pampers dan mengawal pembuangan air makanya saya membatalkan hasrat untuk menghantarnya ke mana-mana tadika...yerlah sanggupkah mereka melayan b***k k*****g anak saya kan...itupun Alhamdulillah kerana Abahnya bekerja shift dapatlah menjaga Humaira..dalam seminggu purata 1 @ 2 kali sahaja saya menhantarnya ke nurseri...selebihnya Abahnya lah yang setia menjaga Humaira.
Buat masa sekarang saya telah mendaftarkan Humaira di PDK Klang Selatan.....kelasnya akan bermula selepas saya menyelesaikan beberapa perkara berkaitan prosedur kemasukan ke sana dalam sedikit masa lagi.Itu langkah pertama untuk tahun ini...dan tadi saya telah cuba menghubungi cawangan PASTI di Jalan Sungai Saim,Rantau Panjang untuk bertanyakan kesudian mereka untuk menerima kemasukan Humaira pada tahun hadapan.Menurut Pn.Lailasari ,Guru Besar PASTI tersebut buat tahun ini yang ada kekosongan hanyalah untuk murid 6 tahun ...untuk 5 tahun katanya sambutan amat menggalakkan bermakna tiada kekosongan..jadinya saya fikir tak kisahlah..biarlah tahun ini saya tumpukan pada kelas di PDK dahulu.Saya bertanya lanjut berkenaan pendaftaran untuk tahun hadapan dan pada masa yang sama saya menerangkan keadaan Humaira.Beliau dengan nada lemah lembutnya menjelaskan kepada saya agar meminta pendapat doktor berkaitan kesesuaian penempatan pusat pembelajaran untuk Humaira.Sekiranya doktor mengesyorkan Humaira ditempatkan di sekolah biasa,mereka bersedia untuk menerima Humaira belajar di PASTI.Insyaallah pada 10.3.2011 (Khamis) saya akan membawa Humaira berjumpa PAED untuk sesi appointmentnya..akan saya tanyakan berkaitan perkara tersebut.Sebenarnya dalam borang penempatan yang diisi sebelum ini doktor melayakkan Humaira ditempatkan di taska tapi itu semasa dia berumur 4 tahun...jadi sekarang saya perlu rujukkan pada doktor sekali lagi memandangkan dia dah berumur 5 tahun sekarang ni.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya...aaamin.
p/s: Terima kasih banyak-banyak kepada Ibu Uwais kerana sudi berkongsi pengalaman dengan saya...moga Allah sentiasa memberkati anda sekeluarga..aamin:-)
p/s: Terima kasih banyak-banyak kepada Ibu Uwais kerana sudi berkongsi pengalaman dengan saya...moga Allah sentiasa memberkati anda sekeluarga..aamin:-)
2 comments:
Humaira akan masuk PDK Klang Selatan? Insya allah kita akan jumpa kat sana nanti yer.
Insyaallah Jue:-)
Post a Comment