Melalui cerita seorang kawan......saya telah melawat ke blog ini......betapa terharunya saya apabila membaca setiap entri yang dipaparkan di dalam blog beliau..gaya penulisannya yang amat indah & halus ..tentang kasihnya yang amat mendalam terhadap family terutamanya kedua-dua puteri....namun blog itu takkan dipenuhi lagi dengan entri-entri yang bermakna & puitis...mengandungi pengertian yang amat dalam kerana En.Wan Ahmad Fadzil (29 tahun) telah kembali ke rahmatullah pada 1 Mac 2011 akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke kampung halamannya iaitu Setiu,Terengganu.Arwah bersama keluarganya baru sahaja pulang dari Islamabad,Pakistan di mana mereka telah menetap di sana hampir 2 tahun lebih kerana arwah bekerja di Kedutaan Malaysia di Pakistan.Yang teramat sedih adalah arwah & isteri baru sahaja menerima kelahiran puteri yang ke2 pada bulan Disember lepas.Tentunya isteri arwah pada ketika ini berada dalam kesedihan kerana kehilangan suami yang amat dicintainya..apatah lagi terpaksa memikul tanggungjawab memelihara kedua-dua anak yang masih kecil yang baru sahaja kehilangan seorang ayah.Diharapkan Pn.Baya menerima ketentuan Illahi ini dengan tabah & tenang dan masih ada keluarga & rakan-rakan yang sedia membantu puan pada bila-bila masa sahaja.Apapun marilah kita sedekahkan AlFatihah untuk Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat...aaamin.
p/s: Setiap yang hidup di muka bumi Allah ini pasti akan menemuiNya jua...jika ajal menjemput ia takkan terlewat sesaat pun...Ya Allah Ya Tuhanku...ampunilah segala dosaku & dosa kedua ibubapaku.....
1 comment:
ada baca berita ni di akhbar... kasihan pada isteri dan anak2 arwah..
Al-Fatihah buat arwah...
Post a Comment