Monday, January 31, 2011

Surat buat menghadapi tragedi cinta

Petikan ini saya baca dari wanitamelayu.com dalam Segmen Rumahtangga (thread "Masalah dengan suami") yang dipastekan oleh IbuEra dari http://www.iluvislam.com./ Setiap baris ayat demi ayat mengandungi makna yang amat mendalam dan marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan jadikan ia sebagai peringatan dalam menjalani kehidupan berumahtangga yang penuh ranjau dan dugaan ini.

************************************************** ********

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran... berkadar terus dengan kekuatan iman.



Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada... bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan 'escapeism' tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.



Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi 'orang lain'. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang 'pause'. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang akan merubah pasangan kita.



Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya... istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Ketika hati mu telah tenang tuliskanlah surat ini. Surat buat menghadapi tragedi cinta...



Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu... tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang... kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami... Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid... Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku... Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar 'melepaskan' perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini... Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang... di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan... ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran... itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan...

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya... dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya...

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

Sunday, January 30, 2011

Kelas jahitan @ Busana Jalinan Kasih

Pembetulan tarikh....9,10 & 23 Okt 2010...cikgu salah taip tu..:-)

Gambar ini disnap oleh Kak Zura iaitu cikgu kelas jahitan ..... baru perasan ditag oleh beliau  @ facebook saya.Apapun thanks a lot to Kzura atas tunjukajar yang diberikan...actually 2 pattern baju yang telah saya pelajari iaitu baju kurung tradisioonal & baju kurung moden.Baju kurung moden tu ada saya tunjukkan dalam entri sebelum ini dan insyaAllah jika ada kelapangan lagi , saya akan belajar lagi ngan Kzura.Untuk pengetahuan semua , Kzura juga adalah dealer kepada mesin jahit jenama Brother dan saya telah membeli sebuah mesin jahit model XL2630....jadi kepada sesiapa yang ingin mengikuti  kelas jahitan beliau @ membeli mesin jahit Brother,sila-silalah melayari wanitamelayu.com...jangan segan-segan yer:-)

Saturday, January 29, 2011

Surat Pengesahan Perkhidmatan dari SPP

Alhamdulillah....akhirnya surat pengesahan perkhidmatan dari SPP dah sampai pada hari Isnin (24/1/2011)....genap 2 tahun lebih saya telah disahkan dalam perkhidmatan secara rasminya..actually tarikh pengesahan adalah mulai 1.9.2009....apapun plan saya untuk membeli rumah pada tahun ini akan terlaksana .. insyaAllah....boleh la guna loan perumahan kerajaan...
 Sebenarnya sekarang ni saya tak berapa pasti dengan keputusan saya...samada nak beli rumah di Klang iaitu tempat saya menetap sekarang @ nak beli rumah di negeri kelahiran saya iaitu Pahang...tanah tempat tumpahnya darahku..hihihi...rasa2 macam tak kekal dok kat Klang ni tapi tak pasti pulak berapa lama tempoh bermastautin kat Selangor ni...Ya Allah, bantulah hambamu ini .......huhuhu...kawan2....ade idea tak?plzzzz help me....:-(

Banyak benda yang ingin dibuat....tapi persoalannya mampukah aku?

Antara perkara yang bermain di dalam kepala saya sekarang ialah:-
1. bagaimana cara untuk saya membantu Humaira .... yes...saya perlu tingkatkan usaha & sentiasa bersemangat untuk melakukan lebih lagi terapi antaranya sentiasa lakukan aktiviti bersamanya seperti yang disyorkan oleh pakar fisio & OT... bawa pergi berurut lebih kerap...dan banyak lah lagi...seperti ibu-ibu yang hebat lakukan:-)
2. ingin meningkatkan tahap kerjaya ....kawan-kawan semua...saya teringin nak sambung belajar bagi membantu saya meningkatkan lagi tahap kerjaya saya...takkan sampai tua nak dok kat gred PT N17 jer kan...ada tak sape-sape yang boleh bantu saya suggestkan bidang apa yang perlu saya ambil jika ingin sampai ke tahap kerjaya yang lebih tinggi...setakat ini saya hanya mempunyai sijil Diploma Sains Komputer....huhuhu...
3. bagaimana nak menambahkan pendapatan yer?... setakat ni dah pandai jahit baju kurung & tudung ala Ariani...nak ambil upah...tapi rasa mcm tak cukup tangan jer....kalaulah badan nie boleh dibahagi 2...kan senang..hehehe..
4. rasa mcm nak join kursus-kursus motivasi melibatkan pendidikan anak-anak,pengurusan keluarga dan seumpama dengannya sebab rasa diri nie banyak sangat kekurangannya...... so apa komen kawan-kawan?

Thursday, January 27, 2011

Sawan datang lagi....Ya Allah lindungilah Humaira..

Minggu ini adalah minggu yang penuh debaran dan jugak menakutkan buat saya..pada pukul 3.30 pagi bertarikh 25/1/2011 bersamaan hari Selasa saya telah dikejutkan dengan tangisan Humaira yang agak pelik..syukur Alhamdulillah saya tersedar dari tidur...kalau diikutkan pada malam tu saya tidur agak lewat lebih kurang pukul 2.00 pagi.Bila saya berpaling pada Humaira di sebelah saya...saya terkejut apabila melihat kakinya tersentak-sentak seolah-olah mcm diserang sawan...betul ke sawan nie...saya dengan keadaan cemas terus bangkit dan memeluk Humaira...saya betul-betuk panik apabila tengok kakinya yang tersentak-sentak tu..kebetulan pulak suami kerja malam masa tu...dan kredit hp pulak dah kehabisan...apalagi saya terus mengetuk pintu jiran depan rumah dan meminta beliau memanggil suami di balai..nasib baiklah kami nie dok di dalam kuarters yang hampir dengan balai...bayangkanlah kalau saya tinggal di rumah sendiri yang jauh dari tempat kerja suami..memang panikla jawabnya...
    Sebaik sahaja suami tiba ,kami tanpa melengahkan masa terus membawa Humaira ke unit kecemasan @ HTAR ,Klang.Sepanjang perjalanan ke sana saya tak henti-henti berdoa moga Allah melindungi anak saya nie...ini dah kali ke 3 dia diserang sawan tapi ini juga pertamakali Humaira diserang sawan semasa demam..sebenarnya demamnya tidaklah tinggi hanya sekitar 37.5c tapi yerlah...semua ini datang tanpa diduga..tapi saya memang takut bila anak diserang sawan...sebab tak tau nak wat apa masa tu..hanya Allah sahaja tempat saya berserah...huhuhuhuhu
 Selama 3 hari jugalah saya menjaga Humaira @ hospital dan setelah selesai proses SCAN MRI tengahari tadi ...kami dibenarkan pulang pada sebelah petang..sekarang ni Humaira tengah lena tidur....selepas ini akan disusuli dengan banyak appoinment antaranya EEG test,EYE test & HEARING test...moga segalanya berjalan lancar dan tidak ada apa2 yang membimbangkan...insyaAllah....aaaamin..

Friday, January 21, 2011

Hari cuti sedunia

Bangun pukul 5.30 pagi tadi, rasa badan Humaira ... alamak ... demam la plak...panas badannya..periksa suhu 37.5c...terus buatkan susu dan bagi makan ubat...nasib baik sentiasa standby ubat demam .Pastu sibuk plak dia temankan mamanya siapkan breakfast.Yang saya pulak memang tak berapa lena tidur malam tadi mana taknya dok pekena air kopi pukul 12.00 mlm...terus mata ni tak mengantuk...jadi mengadap la laptop sampai pukul 3.30 pagi...yang suami kat sebelah dah berdengkur dari pukul 3.00 pagi selepas makan bihun goreng 2nd round..hihihi:-)
     Disebabkan Humaira demam , jadi saya ambil keputusan untuk cuti hari ni..pukul 7.45 pagi sms Guru Besar inform nak ambil cuti untk jaga anak demam....nasib baik dia memahami..lagipun risau nak tinggalkan Humaira kat nurseri dalam keadaan demam macam tu..takut apa-apa jadi susah nanti...rasa lebih lega jika jaga anak sendiri semasa mereka jatuh sakit.Lagipun taknak nanti Humaira jadi pembawa virus pulak kat nurseri tu...apapun hari ini adalah hari Cuti Sedunia...yang saya pasti ramai kawan-kawan di luar sana yang menyambung cuti kan...time-time mcm nilah ambil kesempatan untuk bercuti @ pun balik kampung...dan bagi saya minggu ini adalah minggu untuk saya rehat secukupnya walaupun banyak kerja @ rumah yang nak diselesaikan...@ pejabat pun banyak gak kerja yang belum dibereskan...tapi apa boleh buat anak tak sihat...paham-paham jer la kan..
  Jadi saya telah memulakan kerja-kerja rumah sebaik sahaja Along & Angah berangkat ke sekolah...dari memunggah baju ke dalam mesin basuh hinggalah memasak...apapun duduk @ rumah taklah stress seperti di pejabat sebab semuanya di bawah kawalan kita...bila dah kerja rasa mcm nak dok kat umah jer..tak nak kerja...pastu bila dah dok umah bosan pulak rasa nak keje...itulah lumrah manusia kadang-kadang x puas dengan apa yg ada...apapun tepuk dada tanya selera kan...

p/s: tidak  termasuk golongan ibu-ibu yang punya anak istimewa tau..:-)


Tak dilupakan juga untuk Along....Selamat Hari Lahir Sayang..yang ke 9 tahun...semoga menjadi anak yang soleh dan pelindung yang baik kepada adik-adik yer...mmmmmuah..

Thursday, January 20, 2011

Aksi 2 anak dara...

Salam semua,
   Hari ini cuti umum seluruh Malaysia sempena Hari Thaipusam...lega rasanya...dapat berehat secukup-cukupnya @ rumah...tak jalan mana-manapun sebab suami keje shift pagi hari ni...dan yang paling seronok dapat upload banyak picture...sblm ni ntah apahal line broadband maxis nie slow sangat...nak upload gambar pun susah...:-(
   Takde ape nak cerita hari ni cuma nak kongsi picture masa Adik & Angah main cikgu-cikgu...:-)

Siap bertudung lagi anak dara 2 orang ni


Apa yang kelakar sangat tu Humaira?

Tudung longgar x pakai pin dah sampai tutup dahi la dik..

Comelnyer anak mama nie



Wednesday, January 19, 2011

Sejarah kelahiran Humaira

Salam...
  Sebenarnya dalam entri sebelum nie saya belum pernah berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan saat-saat kelahiran anak bongsu saya si Humaira...oklah...Humaira dilahirkan pada 22 Oktober 2006 pada pukul 8.06 malam @ Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang dengan berat 1.15 kg sahaja...sangat kecil..bayangkanlah hanya seberat kampit gula 1kg jer...melalui kaedah caesarean...sebenarnya saya dah mula sakit -sakit 2 hari sebelum tu....kebetulan pulak masa tu dah nak menjelang hari raya kalau tak silap saya 3 hari sebelum raya puasa..kami sekeluarga memang dah berkemas untuk balik kampung kerana pada masa tu adalah giliran suami dapat cuti raya....tapi apakan daya ...kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan Allah jua...sebelum saya ke HTAR,saya telah pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan di sana selepas diperiksa doktor mengatakan air kencing saya kotor dan darah tinggi saya melonjak naik...jadi beliau menasihatkan saya supaya terus pergi ke HTAR pada hari tu juga..petang tu dalam pukul 6 suami membawa saya ke sana dan setelah hampir 2 jam menanggung sakit dan doktor mendapati anak saya telah membuang air besar dalam perut dan tanpa melengahkan masa saya terus dibawa ke dewan pembedahan...akhirnya suami,Along & Angah beraya di hospital la jawabnya...sian kan...
  Saya telah dibius sepenuhnya & sedar-sedar apa yang saya buat ?saya meraba ke perut  dan saya rasa kempis...dalam hati saya berkata...ooooh...dah selesai rupanya...dalam mamai-mamai tu sempat lagi raba perut kan...tapi yang sedih sangat saya tak dapat melihat Humaira pada hari 1...hari ke 3 baru dapat lihat setelah disorong ke wad NICU oleh jururawat yang bertugas...cuma suami la yang pergi dulu melawatnya...sedih ,kecewa apabila mendapat berita dari doktor pakar yang mengatakan Humaira mengalami pendarahan otak pada hari ke2...dan keadaannya untuk hidup adalah 50-50 ...itu kata doktor..perasaan saya pada masa tu hanya Allah sahaja yang tahu...menangis sendiri..suami pulak takde masa saya datang melihat Humaira...walaubagaimanapun saya amat bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia anak saya ...dapat melihat dunia luar...sekarang pun dah berumur hampir 5 tahun...bukan main ceria lagaknya walaupun masih belum boleh berjalan..selama 52 hari saya berulang-alik ke hospital melawat Humaira..dan setiap saat melalui bilik-bilik di NICU hati saya berdebar-debar apabila mendengar bunyi mesin degupan jantung...dan setiap hari jugalah tak putus-putus saya berdoa pada Allah supaya dipanjangkan usia Humaira....tak kisahlah adik...bangunlah perlahan-lahan...yang penting mama nak bila mama bangun pagi Humaira ada di sisi mama kan sayang...Mama tak sanggup kehilangan anak-anak Mama....Ya Allah ..lindungilah anak-anakku,semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah...aaaamin...

Toyota Avanza.....i really like it!



Cantik kan kawan-kawan mini MPV ni...Toyota Avanza...dalam hati teringin sangat nak tukar kereta....tapi bila dicongak-congak...mampukah aku nie...hihihi...pepatah mengatakan "ikutkan rasa binasa,ikutkan hati mati" tapi itulah...memandangkan anak-anak dah semakin membesar..alangkah selesanya bila memiliki TA nie..apa yang mampu takat nie pakai Mazda Lantis jer la...alhamdulillah...biorla reti bersyukur Yana oooi!!tapi akan kuusahakan jugak untuk memiliki kereta idamanku ini...biarpun lambat janji dapat...tp bila?tahun depan ... muungkin bulan depan @ Chinese New Year kot...hahahaha...saya sendiri pun tak tau bila...tah apa-apa la kan..:-)

Tuesday, January 18, 2011

Dah settle urusan permohonan masuk ke PDK...sekarang tunggu panggil jer..

Hari ini dah selesai segala urusan permohonan masuk ke PDK...tengahari tadi saya telah menghantar borang permohonan ke tangan Pn.Maznah selaku Penyelia kat situ...sekarang kami hanya perlu menunggu panggilan kemasukan...seperti apa yang telah dimaklumkan pada bulan ini ramai pelajar yang akan keluar dari pusat tersebut...ada yang akan ke sekolah pendidikan khas dan ada juga yang akan diberhentikan dari menjadi pelajar di situ (untuk sesetengah pelajar yang tidak aktif yang mana mereka-mereka ini tidak menghadirkan diri selama 1 tahun ke PDK) untuk memberi ruang kepada bakal pelajar lain yang benar-benar memerlukan terapi di pusat ini.
 Pn.Maznah menyatakan buat masa ini mereka hanya menunggu green light daripada Pengerusi PDK untuk menerima pelajar-pelajar baru dan insyaallah permohonan Humaira akan diproses secepat mungkin.Di sini saya ingin membuat pembetulan bahawa kehadiran pelajar ke PDK adalah sekurang-kurangnya 4  kali sebulan dan bukannya 4 kali seminggu.Tetapi jika mahu datang setiap hari pun lebih baik asalkan sedia menemani anak-anak yang belum pandai menguruskan diri sendiri.Nampak gayanya tadi Humaira agak excited ketika dibawa masuk ke kawasan sekitar pusat tersebut dan sempatlah juga mencuba menaiki tangga yang disediakan di situ.Saya tidak berkesempatan untuk merakamkan detik-detik itu kerana sibuk bertanyakan Pn.Maznah  berkaitan terapi yang disediakan di sana.Apapun saya amat berpuashati dengan layanan beliau dan kami sempat juga bertemu dengan salah seorang tenaga pengajar pusat tersebut...setiap persoalan yang ditanya dijawab dengan jelas dan untuk pengetahuan semua PDK Klang Utara ini telah bermula pada tahun 2001.Sebelum ini PDK ini ditempatkan di SK Sg Kapar Indah di mana telah diperuntukkan 1 buah kelas khas untuk pelajar-pelajar istimewa ini dan memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah dari tahun ke tahun jadi ia telah dipindahkan ke sebuah rumah teres 2 tingkat lot tepi iaitu bangunan sekarang pada tahun 2009.

Monday, January 17, 2011

Dialog antara bapa & anak

Salam...
Semalam saya ada terdengar dialog antara bapa dan si anak....bunyinya lebih kurang beginilah:-
Anak : Abah,nanti kita pergi kedai kunci beli kunci baru yer bah...Along punya kunci basikal hilangla...(dengan muka seriusnya)
Abah : Kenapa Along kunci basikal tu?
Anak : Along takut basikal kena curi tu yang Along letak kunci tu...
Abah : Kat kedai buat kunci mana boleh ada kunci yang serupa macam kunci Along kecuali kalau nak wat pendua ..bolehla...(dalam hati Abahnya ketawa...tu la sape suruh pakai kunci tu...nak elakkan kena curi dah timbul pulak problem lain....hahahhahaha)
Anak : Habis tu macamana Along nak guna basikal tu nak ke sekolah agama?...huhuhu
Abah : Ha...macam ni...Along angkat jer tayar belakang tu....hehehehe

Pendek kata seronok semalam kami kenakan Along...itulah pandai-pandai pergi kuncikan basikal tu ..sekarang diri sendiri gak yang susah...:-) Padahal dalam kawasan kuarters ni manalah ada orang nak curi,berapa kerat jer keluarga yang dok dalam kuarters ni pun...macam-macamla Along ni kan..
Sian pulak tengahari tadi balik dari sekolah agama mengadu tak sihat dan pening kepala...saya rasa badannya agak panas ... jadi hari ni cuti tak pergi ke sekolah kebangsaan...ingat balik kerja petang nanti nak bawa dia ke klinik...dah bagi makan nasi dan minum ubat tadi terus tidur...:-(


nilah dia basikal Along...perasan tak tayar belakang yang dibelit dengan kunci tu?hihihi..Angah bukan main menyibuk interframe gak...


Friday, January 14, 2011

Alhamdulillah....akhirnya terlaksana jua projek Tudung DIYku!!

Salam...
Hari nie saya nak berkongsi kegembiraan dengan kawan2 blog semua....akhirnya saya telah berjaya menyiapkan 3 helai tudung DIY saya....alhamdulillah.....syukur2...daripada x tahu jahit , jika kita berusaha untuk belajar semua boleh jadi kan..ye tak kawan-kawan?jadi silalah lihat picture2 tudung tu & jangan malu2 beri komen k..hehehe

UNGU



COKLAT


HIJAU LUMUT

Sebenarnya pola tudung nie saya beli dari Kak Zaira...starter kit termasuk pola,nota,contoh kain yang telah siap dipotong & jarum emas...mudah sangat...ikut jer pola tu..insyaAllah akan terhasillah tudung seperti di atas...tqvm to Kak Zaira atas tunjukajar yer...:-)
lepas ni nak pergi shopping kain lycra@jc lagi untuk tambah koleksi tudung-tudung saya...manalah tau lepas2 ni biler dah expert bolehla ambil upah jahit tudung kan...insyaAllah...tingginyer angan-angan saya kan..hahaha...takut x terkejar pulak masa nanti...:-) 

Wednesday, January 12, 2011

Itulah dia Humaira...

Antara gelagat-gelagat Humaira yang menarik perhatian saya.....:-)
1. Bila naik kereta ...ayat Humaira : Mama ,kejap adik nak slow sikit pintu ni ...(padahal nak tutup pintu kerete kuat sikit)...dengan sengaja menarik pintu sekuat hatinya & dum...katanya 'dah mama'...terus dilock pintu tu...jadi langkah berjaga-jaga , bila dia dok kat seat belakang,saya & suami akan setting awal2 lock pintu dari luar...bukan ape..Humaira kadang2 bila mengamuk tak dapat apa yang dimahukan semasa berada dalam kereta..mulalah tangannya merayap nak buka pintu...memang bahaya kan!
2. Bila dah keluar berjalan naik kereta ni...apabila lalu jer depan kuarters....ayat Humaira :Adik tak nak balik....nak jalan lagi...iiisssh..anak mama ni memang suka kalau dibawa bersiar-siar...yerla bosan dok kat umah manjang kan..
3. Kat rumah plak...antara ayat2 dia:- "Mama ... adik lapar".., "masak mee"...memang itulah favourite Humaira...tak kisahla maggie mee ke,mee goreng @ mee sup..segalanya berkaitan mee...memang habis dimakannya...hihihi 
4. Garang mengalahkan Angah ...Angah selalu kena 'pap' dengan Humaira...nampak jer anak mama belum boleh berjalan tapi tangannya memang cepat tau...jadi Angah jangan berani-berani nak rebut dengan Adik yer sebab acapkali kesudahannya Angah akan menangis...hihihi...dahlah Angah tu cekeding sangat..tapi Humaira pandai...bila tengok akaknya nangis...cepat2 sapu belakang akak konon2nya memujukla tu kan...
5. Suka sangat mendengar lagu..tak kisahla lagu ape...sampaikan sekarang nie masuk dalam kereta masih lagi nak dengar cd lagu Raya...apalah Humaira...mood raya dah habis la...sekarang ni tengah angau menghafal lagu Ana Raffali & Mior Suhaimi tu..'Kalau Berpacaran'......:-)
6. Lagi satu bila ambil gambar Humaira suka peluk bahu Angah @ Along...memang saya suka tengok gambar tu...nanti saya upload salah satu gambar2 tu untuk tatapan kawan-kawan k...memang sweet jer..hehehe...tak payah suruh action macam2...itu jer stylenya setiap kali bergambar....

Itula dia Humaira...apapun kehadiran dia dalam keluarga kami cukup memeriahkan..seronok tengok gelagatnya...kalau dia takde...gelaplah dunia saya...Along & Angah pun mama & abah sayang jugak.....:-)

Monday, January 10, 2011

PDK Klang Utara , Sg. Kapar Indah

Salam...

 Pada jam 1.00 ptg tadi time lunch hour, saya & suami telah pergi ke PDK Klang Utara untuk tujuan urusan kemasukan Humaira...memang agak lewat sedikit kerana saya sebenarnya agak pening apabila memikirkan hala tuju pendidikan yang perlu Humaira jalani...ermmm...entahla...mungkin disebabkan kekangan masa menyebabkan semua ini terjadi...follow-up di hospital setiap bulan pun dah memeningkan saya untuk mengatur masa...alangkah baiknya jika saya adalah surirumah sepenuh masa...tapi apakan daya keadaan ekonomi keluarga yang tidak berapa kukuh memaksa saya untuk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga...lagipun apalah salahnya jika adanya saya dapat membantu memanfaatkan pembangunan negara...apa yang saya melalut ni....ikutkan ajer la...
 Oklah...berbalik pada topik yang saya nak kongsi ngan kawan-kawan semua, sampai kat PDK tu kami telah disambut baik oleh Penyelia pusat tersebut iaitu Puan Che Ku Maznah bt Ku Ibrahim.Beliau telah menjelaskan beberapa perkara.Antara penerangannya adalah :-
1. Staf yang bertugas adalah seramai 4 orang termasuk guru & pelajarnya berjumlah lebih kurang 80 orang...(aduhai...ramainya...yang sedihnya di Klang cuma ada 2 PDK sahaja)..beliau memang tak menafikan buat masa ini bilangan pelajar memang amat padat.Jadi beliau mengesyorkan supaya ibu@bapa dapat menemani anak masing2 semasa berada di PDK di samping dapat menimba ilmu berkaitan terapi anak-anak.
2. Masa pembelajaran : 8.00 pagi - 12.00 tengahari dari hari Isnin hingga Khamis.
3. Anak-anak yang belajar di sini berhak menerima Elaun OKU sebanyak RM150 sebulan dengan syarat menghadirkan diri sekurang-kurangnya 4 hari dalam sebulan.
4. Aktiviti yang dilakukan adalah terapi dan pembelajaran ( tidak berkesempatan bertanya lebih mendalam sebab mengejar masa..nak kena masuk balik pejabat pukul 2.00 petang)
5. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 5 thn hingga 12 thn...walaubagaimanapun masih sedia menerima anak-anak istimewa berumur bawah 5 thn sekiranya ada kekosongan.

Di akhir sesi bualan kami,Puan Maznah meminta kami mengisi borang permohonan kemasukan ke PDK dan sekiranya ada kekosongan dalam jangkamasa terdekat, beliau akan menghubungi kami untuk proses pendaftaran Humaira.Menurut katanya,buat masa sekarang ada sebilangan pelajar yang telah memohon untuk masuk ke sekolah pendidikan khas jadi kekosongan tersebut akan dipenuhi oleh bakal-bakal pelajar baru seperti anak saya...harapan saya urusan kemasukan tersebut dapat dipenuhi dengan segera sebab Humaira memang dah tak sabar-sabar untuk masuk sekolah...sekurang-kurangnya Humaira dapat mempelajari sesuatu di sini & tidaklah bosan jika hanya duduk di nurseri sekarang ni.
 Insyaallah setelah selesai semua dokumen-dokumen yang diperlukan , saya akan menghantarkan borang tersebut secepat mungkin untuk diproses....rasa lega sebab dah jumpa tempat yang sesuai untuk  Humaira belajar...apapun lepas ni saya & suami perlu lebih lipatgandakan usaha untuk membantu memulihkan Humaira supaya dapat berdikari sendiri...nampak gayanya terpaksalah mama & abah bergilir-gilir untuk menemani Humaira @ PDK lepas ni...kena ambil masa untuk explain dengan Guru Besar ni...macamana ye?memahamikah dia dengan situasi saya?entahla...belum cuba belum tahu kan..:-)

P/S: tak sempat nak snap picture PDK tadi coz x ready bawa camera digital...plan mengejut jer ni...lain kaliler amik gambar k...

Saturday, January 08, 2011

Fisioterapi @ HTAR

Semalam saya telah membawa Humaira ke HTAR untuk sesi temujanji dengan pakar fisioterapi....mcm biasala Humaira..bila tubuh badannya disentuh mulalah start mendayu-dayu tangisannya...nak training exercise pun nak nangis...susah tul...Puan Zarina banyak melatih streching untuk kaki Humaira...beliau menanyakan siapa yang menjaga Humaira semasa ketiadaan saya di rumah...jadi sape lagi ? tentulah Abahnyer selain menghantarnya ke nurseri...memang Humaira manja lagaknya..itulah Abah asyik memanjakan dia..bila menangis cepat-cepat dipujuk...Pn.Zarina kata menangis adalah senjata Humaira untuk menarik perhatian kita...itu pasal nak wat exercise memang susah..jadi kat situ dah merugikan masa sebab tak banyak dapat wat aktiviti...jadi beliau menasihatkan kami supaya kurangkan memanjakan Humaira supaya dia lebih mudah berdikari...memang betul pun..
 Pn.Zarina juga ada memberitahu yang kaki Humaira berkemungkinan besar boleh berjalan...tapi tak mungkin sama seperti kita yang normal ni berjalan...mungkin memerlukan alat bantuan seperti kasut   khas@ sebagainya...tak kisahla janji Humaira dapat bergerak sendiri & mampu berdikari ...itupun saya & suami amat bersyukur sangat...jadi beliau menasihatkan kami untuk lebih meningkatkan usaha demi memulihkan kaki anak dara saya yang ke2 ni....insyaAllah akan mama & abah usahakan...
 Pada 27hb ni akan ada temujanji dengan pakar pediatrik jadi saya akan minta nasihat pakar untuk rujukkan Humaira ke pusat rehab...insyaAllah di situ nanti mereka akan tentukan alat bantuan sokongan yang sesuai dengan Humaira...
  Selepas settlekan appoinment Humaira , saya masuk pejabat dalam pukul 2.30 petang.Sampai jer kat pintu pagar sekolah nampak jentera bomba dalam kawasan parking.Aaaik..awalnya pihak sekolah wat latihan fire drill....biar betul...baru 5 hari sekolah bermula..Dah siap parking kereta, saya terus menuju ke pejabat..sampai kat pintu masuk saya lihat 2-3 orang anggota bomba tengah berbual dengan GB...rupa-rupanya ular dah masuk dalam pejabat pada sebelah pagi...mereka datang untuk tangkap ular tu rupanya..tapi bayang ular pun x jumpa dan mereka terus balik...seram sejuk plak saya apabila GB kata ular tu menuju ke meja saya...tapi anggota bomba dah periksa & tak jumpa apa-apa pun...moga-moga ular tu takkan muncul semula...risau pulak saya bila tengah-tengah nak ambil barang dalam drawer kang terpegang pulak ekor ular..masakla saya..tapi sampai pukul 5 petang semalam keadaan ok jer...syukur alhamdulilah...

Wednesday, January 05, 2011

Blouse Bella

Hari ini dah masuk hari ke-5 kita melangkah ke tahun 2011...semoga hari-hari yang mendatang akan bertambah baik dari hari semalam...InsyaALLAH seperti tajuk lagu Maher Zain...tenang saje apabila mendengar lagu-lagunya di dalam kereta @ radio....
 Hari ini juga merupakan hari ke-3 anak-anak kita kembali ke alam persekolahan ... harapan saya semoga anak-anak saya juga anak-anak sahabat sume menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia & juga akhirat...aaaaaamin..:-)
 Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni , saya ader bercerita tentang Blouse Bella yang saya jahit melalui nota Kak Azima...oklah...saya dah upload picturenyer:-

sila abaikan kain batik tu yer...kt bwh baju tu masa ni x sempat kelim lagi terus try...x sabar2..hehehe
Lengannya agak labuh & sampai sekarang saya tak berani nak alter lagi...takut kang terpendek pulak...ader tergantung jer dalam almari...tengoklah biler free nanti baru nak alter balik...apepun dah menjadi blouseku....hihihi:-)
 Sekarang nie saya tengah menyiapkan sepasang baju kurung pesak gantung....hihihi...menggunakan kain Thai silk...bajunyer baru 80% siap...tang kain belum jahit lagi....bila dah siap sepenuhnyer nanti saya akan upload picturenya k...wassalam