Monday, January 10, 2011

PDK Klang Utara , Sg. Kapar Indah

Salam...

 Pada jam 1.00 ptg tadi time lunch hour, saya & suami telah pergi ke PDK Klang Utara untuk tujuan urusan kemasukan Humaira...memang agak lewat sedikit kerana saya sebenarnya agak pening apabila memikirkan hala tuju pendidikan yang perlu Humaira jalani...ermmm...entahla...mungkin disebabkan kekangan masa menyebabkan semua ini terjadi...follow-up di hospital setiap bulan pun dah memeningkan saya untuk mengatur masa...alangkah baiknya jika saya adalah surirumah sepenuh masa...tapi apakan daya keadaan ekonomi keluarga yang tidak berapa kukuh memaksa saya untuk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga...lagipun apalah salahnya jika adanya saya dapat membantu memanfaatkan pembangunan negara...apa yang saya melalut ni....ikutkan ajer la...
 Oklah...berbalik pada topik yang saya nak kongsi ngan kawan-kawan semua, sampai kat PDK tu kami telah disambut baik oleh Penyelia pusat tersebut iaitu Puan Che Ku Maznah bt Ku Ibrahim.Beliau telah menjelaskan beberapa perkara.Antara penerangannya adalah :-
1. Staf yang bertugas adalah seramai 4 orang termasuk guru & pelajarnya berjumlah lebih kurang 80 orang...(aduhai...ramainya...yang sedihnya di Klang cuma ada 2 PDK sahaja)..beliau memang tak menafikan buat masa ini bilangan pelajar memang amat padat.Jadi beliau mengesyorkan supaya ibu@bapa dapat menemani anak masing2 semasa berada di PDK di samping dapat menimba ilmu berkaitan terapi anak-anak.
2. Masa pembelajaran : 8.00 pagi - 12.00 tengahari dari hari Isnin hingga Khamis.
3. Anak-anak yang belajar di sini berhak menerima Elaun OKU sebanyak RM150 sebulan dengan syarat menghadirkan diri sekurang-kurangnya 4 hari dalam sebulan.
4. Aktiviti yang dilakukan adalah terapi dan pembelajaran ( tidak berkesempatan bertanya lebih mendalam sebab mengejar masa..nak kena masuk balik pejabat pukul 2.00 petang)
5. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 5 thn hingga 12 thn...walaubagaimanapun masih sedia menerima anak-anak istimewa berumur bawah 5 thn sekiranya ada kekosongan.

Di akhir sesi bualan kami,Puan Maznah meminta kami mengisi borang permohonan kemasukan ke PDK dan sekiranya ada kekosongan dalam jangkamasa terdekat, beliau akan menghubungi kami untuk proses pendaftaran Humaira.Menurut katanya,buat masa sekarang ada sebilangan pelajar yang telah memohon untuk masuk ke sekolah pendidikan khas jadi kekosongan tersebut akan dipenuhi oleh bakal-bakal pelajar baru seperti anak saya...harapan saya urusan kemasukan tersebut dapat dipenuhi dengan segera sebab Humaira memang dah tak sabar-sabar untuk masuk sekolah...sekurang-kurangnya Humaira dapat mempelajari sesuatu di sini & tidaklah bosan jika hanya duduk di nurseri sekarang ni.
 Insyaallah setelah selesai semua dokumen-dokumen yang diperlukan , saya akan menghantarkan borang tersebut secepat mungkin untuk diproses....rasa lega sebab dah jumpa tempat yang sesuai untuk  Humaira belajar...apapun lepas ni saya & suami perlu lebih lipatgandakan usaha untuk membantu memulihkan Humaira supaya dapat berdikari sendiri...nampak gayanya terpaksalah mama & abah bergilir-gilir untuk menemani Humaira @ PDK lepas ni...kena ambil masa untuk explain dengan Guru Besar ni...macamana ye?memahamikah dia dengan situasi saya?entahla...belum cuba belum tahu kan..:-)

P/S: tak sempat nak snap picture PDK tadi coz x ready bawa camera digital...plan mengejut jer ni...lain kaliler amik gambar k...

2 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Ayah Nabila sekali je temankan kami ke PDK. hurm..susah klu keje swasta.nasib baik gak keje gov. bos pun paham keadan Nabila cuma bila ari khamis je kena balik lambat sebab gantikan masa yang telah kita guna untuk bawak anak ke PDK.

cara kat klang sama ngan gombak. InysaAllah..ada rezeki humaira mesti dapat masuk punya...

Yana@Noni said...

Thanks ina...insyaAllah...memang kalau nak diikutkan kemudahan alat terapi x cukup mana...yerla pusat dalaman komuniti kerajaan jer..tp itu yg termampu akak sediakan utk Humaira wat masa ni..nak hantar pusat jagaan swasta xde upaya...apapun akak tetap bersyukur sbb masih ada tempat yg sanggup beri bantuan terapi tanpa mengenakan byrn yg tinggi...yer la kakitgn sokongan mcm kita ni brp jer la gaji...tambahan plak mcm akak nie yg ada 3 anak...mcm2 nk kene byr..akak hargai doa ina tu:-)