Sunday, September 25, 2011

Tanaman hiasan - PART 1

Tengahari semalam , mama mengajak abah ke nurseri berdekatan rumah..teringin pulak nak bertanam hiasan untuk laman depan rumah.Memandangkan mama ni baru nak berjinak-jinak dengan tanaman hiasan ni so sambil-sambil dok ushar pokok yang berkenan sambil ler mintak pendapat tokey nurseri .Pakcik tu bagi idea untuk orang yg baru nak bergiat dalam tanam pokok hiasan nie sebaiknyer memilih pokok yang senang dijaga.Jadi ade lar beberapa jenis pokok yang menjadi pilihan kami.Antaranya...

Pokok lidah jin...yg pink kaler tu x tau plak ape namanyer

Pokok kipas cina

Pokok pinang

Itulah hasilnya untuk pencarian pertama kali di nurseri...insyaallah lain kali nak tambah lagi koleksi pokok hiasan...sekarang kene ler spend duit lebih sikit plak untuk projek taman miniku...hihihi:;-)



Friday, September 23, 2011

Tidur jua akhirnya tapi....

Pagi nie dah masuk kali ke3 mama bawak Humaira utk wat EEG Test..Kali 1 terpaksa ditunda kerana pegawai yang bertanggungjawab pergi berkursus...kali ke2 plak jenuh bagi makan ubat tidur tapi Humaira tak tidur2 jugak dan akhirnya ditunda lagi.Hari ni pula setelah dikejutkan awal pagi dan diberi ubat tidur ... akhirnya...
beginilah keadaannya....zzzzzzzzz  sampai berdengkur
adalah dalam 20 minit Humaira tidur..
tetapi......
EEG Test x berjaya jugak dilakukan...huhuhu...sebaik sahaja MO pegang kepala terus Humaira terbangun...memang susah nak wat ujian nie kalau kanak-kanak sebaya Humaira nie sedar dari tidur.Mama memang dah agak Humaira mesti tidur x lama ...dah bagitau kat MO tapi dia nak tunggu Humaira lelap lama sikit sudahnya apapun x boleh buat...hehehe.
Akhirnya MO membawa kami berjumpa doktor PEADS untuk bincangkan cara yg terbaik utk lakukan EEG Test nie dan mereka bersetuju untuk pending dulu wat sementara sehingga diberitahu kelak memandangkan Humaira hanya mengalami sawan sekali saje semasa demam iaitu bulan Januari lepas.Lega....coz mama tak perlu tunggu Humaira dimasukkan ke wad utk ujian EEG nie seperti kata MO sebelum tu....bukan apa ia akan menyukarkan mama untuk berulangalik ke hospital tambahan pula Along & Angah bersekolah...dan keadaan sawan Humaira bukanlah kritikal kata doktor:-)


Wednesday, September 21, 2011

"Kesian"....mama tak suka la:-(

Salam sume...
Bile kita punya anak istimewa ni...adakalanya mudah sensitif dengan ape yg orang sekeliling kata.Bukan terlampau memikirkan tapi takkan semua yang orang cakap kite nak terima jer kan..Semenjak mama menerima anugerah seorang anak istimewa seperti Humaira...mama rasa sangat gembira...bukan tak happy dengan kehadiran Along & Angah tapi dengan adenya Humaira bahagia tu lagi terasa dan kehidupan mama rasa lengkap & sempurna.
Cuma apa yang tidak menyenangkan hati mama ialah ada di kalangan orang sekeliling yang suka menyebut "kesian tengok anak kau" lebih-lebih lagi apabila mereka melihat keadaan fizikal Humaira.Bukan simpati@ kasihan yang mama & Humaira pinta tetapi sokongan daripada masyarakat di luar sana.Tunjukkanlah keprihatinan anda yang ikhlas & tak perlulah menunjuk perasaan simpati setiap kali melihat Humaira & mama......bukan mama bersikap sombong @ ego tetapi layanlah anak istimewa kami seperti anak-anak normal lain juga yang inginkan kebebasan untuk berdikari & menjalani kehidupan spt biasa.
Malam tadi mama dah mula kembali membawa Humaira menjalani urutan kaki di kawasan yang berhampiran dengan rumah baru kami..Alhamdulillah...walaupun pada mulanya diselangseli dengan tangisan Humaira...namun proses urutan berjalan dengan lancar sekali.Nampaknya Humaira seronok sekali berada di rumah akak yang punya 3 cucu itu sampai leka bermain dengan anak-anak di situ sehingga diajak pulang pun tak mahu..hehehe...Insyaallah selepas 1/10 nanti kami akan datang lagi untuk rawatan urutan seterusnyer..kerana akak yang mengurut nie akan sibuk buat sementara waktu untuk urusan perkahwinan anak perempuan dalam seminggu dua ini..

Friday, September 16, 2011

Malas nak update blog

Mama takde mood lar nak update blog...citer banyak tapi mood zero....aper cer ?hehehe....nanti ler...bile2 rajin datang...mama share citer kat sini....bye kawan2 sume:-)

Tuesday, September 06, 2011

Saya nak berenti keje..jd fulltime housewife:-)

Terkejut x baca tajuk entri mama hari nie?Betuuuuull...mama nak berenti keje...nak dok umah jd surirumah sepenuh masa.Boleh tumpukan sepenuh perhatian pada urusan rumahtangga...jaga makan minum anak & suami...pantau perkembangan anak-anak...fullstop...jap gie nak kemas sume barang kat opis nie masuk kotak pastu buat keje opis kat rumah jer..boley ke kawan2?
jeng...
jeng....
jeng....
~
~
~
~
apalah mama mengarut ni?
kalau berenti keje...sape yg nak tolong bayar segala hutang bank,hutang masa belajar dulu,duit rumah lagi....isssh..issshhh...ingat abah tu gaji puluh ribu ke yang mama nak goyang kaki jer?
sedarlah diri tu sikit....ada hati nak dok saje kat umah..hutang bertepek-tepek...anak2 tgh belajar ...sape nak bantu abah...cian abah nanti sorang2 jer berpeluh-peluh mencari rezeki...apadaaaaa...
hihihi...hihihi
Tak mungkin perkara di atas akan terjadi kat mama...hanya dalam mimpi jer ok...banyak tanggungjawab yang perlu dipikul & yg paling penting sumbangan tenaga mama nie amat diperlukan untuk kemajuan negara yang tercinta...: :
"ayat nak sedapkan hati"...hahahahahaha...

Monday, September 05, 2011

Pencapaian 2011

Setiap orang mempunyai impian  masing-masing....x kiralah samada ia bersifat realiti @ fantasi..
Begitu juga dengan mama...tahun 2011 ini tanpa sebarang perancangan mama telah mencapai impian mama untuk memiliki rumah sendiri...x kisah la sekecil mana pun rumah itu namun ia memberi seribu erti dalam hidup mama sekeluarga.Yang keduanyer..berkat kesungguhan mama akhirnya mama telah pandai menjahit baju kurung sendiri & anak2...dah cuba pun terima tempahan dari kawan-kawan..padahal tak pernah terfikir pun untuk mendalami ilmu jahitan nie...dapatler menambah sedikit sebanyak pendapatan...Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang dikurniakan...dan yang ketiga..insyaallah bulan 10 ini mama akan dapat lesen penuh memandu...tak perlu lagi tampal 'P' lagi...mungkin sesetengah orang menganggap setakat boleh pandu kereta apalah sangat kan....hehehe...tapi mama memang bangga sangat atas pencapaian tersebut sebab tak semua orang berani memandu kereta tau...ada yang sanggup jadi kelindan jer sampai akhir hayat sebab taaaaaaaakut nak pandu kereta ...hihihi:-)