Salam sume...
Bile kita punya anak istimewa ni...adakalanya mudah sensitif dengan ape yg orang sekeliling kata.Bukan terlampau memikirkan tapi takkan semua yang orang cakap kite nak terima jer kan..Semenjak mama menerima anugerah seorang anak istimewa seperti Humaira...mama rasa sangat gembira...bukan tak happy dengan kehadiran Along & Angah tapi dengan adenya Humaira bahagia tu lagi terasa dan kehidupan mama rasa lengkap & sempurna.
Cuma apa yang tidak menyenangkan hati mama ialah ada di kalangan orang sekeliling yang suka menyebut "kesian tengok anak kau" lebih-lebih lagi apabila mereka melihat keadaan fizikal Humaira.Bukan simpati@ kasihan yang mama & Humaira pinta tetapi sokongan daripada masyarakat di luar sana.Tunjukkanlah keprihatinan anda yang ikhlas & tak perlulah menunjuk perasaan simpati setiap kali melihat Humaira & mama......bukan mama bersikap sombong @ ego tetapi layanlah anak istimewa kami seperti anak-anak normal lain juga yang inginkan kebebasan untuk berdikari & menjalani kehidupan spt biasa.
Malam tadi mama dah mula kembali membawa Humaira menjalani urutan kaki di kawasan yang berhampiran dengan rumah baru kami..Alhamdulillah...walaupun pada mulanya diselangseli dengan tangisan Humaira...namun proses urutan berjalan dengan lancar sekali.Nampaknya Humaira seronok sekali berada di rumah akak yang punya 3 cucu itu sampai leka bermain dengan anak-anak di situ sehingga diajak pulang pun tak mahu..hehehe...Insyaallah selepas 1/10 nanti kami akan datang lagi untuk rawatan urutan seterusnyer..kerana akak yang mengurut nie akan sibuk buat sementara waktu untuk urusan perkahwinan anak perempuan dalam seminggu dua ini..
2 comments:
sabarlah kak yana..itu semua dugaan buat akak ...pedulikan apa org nak kata
Biasalah tu Yana...kalau diikutkan memang panas hati...tapi lama-lama dah jadi lali...yg penting kita tahu apa yg kita lakukan...Moga segala yg terbaik buat Humaira....
Post a Comment