Hari ini Humaira ada 3 appointment yang perlu dihadiri iaitu neurofisiologi,oftalmologi (mata) dan PAED.Tepat jam 9.00 pagi kami tiba di unit neurofisiologi (sebenarnya appoinment pukul 8.00 pagi..sampai lewat cam biasalah...malas nak cerita).Pakar neuro mengesyorkan kami terus ke unit oftalmologi dahulu kerana di neuro prosesnya memakan masa agak lama (lebih kurang 2 jam sebab kena tunggu patient tidur) jadi pada pendapatnya lebih baik kami ke unit tersebut kerana jika lewat daftar test mata, silap-silap hingga petang kami masih di sini.Jadi kami telah dibawa oleh pembantunya (sungguh baik hati kerana sanggup membantu mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter) ke kaunter pendaftaran di tingkat bawah .Selesai urusan pendaftaran , kami terus menuju ke unit mata dan betullah kata pakar neuro tadi memang penuh pesakit pagi ni.Bayangkan dari jam 9.30 pagi kami tunggu,lebih kurang jam 12.00 tengahari baru dapat berjumpa dengan pakar mata....sempat kami sekeluarga makan di kafetaria hospital lagi;-(
Memandangkan pada pukul 2.00 petang ada sesi temujanji dengan PAED..jadi saya mengambil keputusan untuk menunda appoinment dengan pihak neurofisiologi ke tarikh lain...mana sempatkan...cik suami terpaksa naik ke tingkat 2 untuk menyelesaikan hal tersebut dan akhirnya tarikhnya ditunda ke 28 Mac ini.Temujanji di unit mata ini tamat lebih kurang jam 1.00 tengahari...ambik kau 1/2 hari untuk 1 sesi jer...
Letih sungguh saya hari ni terpaksa berkejar ke sana sini untuk segala urusan temujanji Humaira hari ni.Pergi ambil report di unit fisio dan serahkannya kepada PAED lagi...namun berbaloi gak kerana akhirnya Humaira telah dirujukkan ke unit Rehabilitasi...insyaallah di sini akan saya tanyakan pada pakar inisiatif untuk membantu Humaira...hmmmm...appointment pertama bermula pada 5 April nanti.Semua urusan di HTAR berakhir pada pukul 4.00 petang dan perjalanan kami ke rumah petang tadi disusuli dengan hujan lebat ...alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari ini:-)
6 comments:
Alhamdulillah.. :)
Humaira buat terapi sungguh2 ek.. :)
terima kasih ina..doktor dh syorkan penempatan Humaira ke prasekolah khas (integrasi)...huhuhu...baru plan nk hantar ke tadika biasa..:-(
semoga itu yg terbaik buat Humaira
yana,sy nak tanya humaira sakit apa ye???tgk gambar dia ok je.
Bayzura:die x sakit...cumanyer lahir x cukup bln...8 bln dlm kndungn...disahkan 'Cerebral Palsy'...kaki tangannya sedikit keras..skrg lum blh jln lg..
Munna:tq ...:-)
oh..biasanya budak xcukup bulan ni bijak tau..
I'Allah berkat kesabaran yana sekeluarga pasti humaira dapt jln 1 ari nanti..Aminn..mudah2an
Post a Comment