Saturday, February 26, 2011

Berita buruk daripada Along

Petang tadi sewaktu mengambil Along dari sekolah , saya telah menerima berita buruk daripada Along (katanya dengan suara agak perlahan & nampak kecewa : Mama..ada berita buruk).Pada mulanya nampak cool ajer bercerita tetapi setibanya kami di kuarters , saya terus singgah di balai untuk menyampaikan berita tersebut kepada Abahnya...Sewaktu Along menjelaskan perkara tersebut , dengan tidak semena-mena mengalir airmatanya dan jauh di sudut hati saya terasa sayu melihat kekecewaan pada memek mukanya.Aduuuhai..kenapalah boleh jadi macam tu....tak bolehkan keputusan itu ditarikbalik?kesian kat Along...walau sebesar mana sekalipun kesalahan @ kesilapan yang dilakukan ... tiada lagikah peluang kedua untuknya?Apapun untuk mendapatkan kepastian perkara yang sebenar...Mama & Abah akan bertemu dengan guru kelas Along pada hari Isnin nanti...bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk mengetahui sejauhmana kebenaran perkara tersebut.Bagi kami berdua ,sebagai ibubapa kami perlu mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
 Apakah yang telah berlaku sebenarnya?Selepas saya berjumpa dengan guru kelas Along nanti barulah saya akan jelaskan pada kawan-kawan k..harap-harap tidak akan ada perkara yang kurang enak bakal saya dengar dari mulut cikgu yer...

p/s: Along memang seorang budak yang amat peramah,suka cakap banyak & suka bercampurgaul dengan semua orang...adakah anak saya ni nakal ?setahu saya dia memang anak yang boleh diharapkan untuk membantu saya di rumah walaupun kadangkala suka merungut kerana asyik disuruh buat itu ini ...hmmmm..takperlah Along..Mama akan cuba perbetulkan keadaan..jangan putus asa...yang sebetulnya belajar itu lagi penting dari yang lain-lain..:-)

No comments: