Tuesday, February 22, 2011

Ke mana hala tuju pendidikan rasmi untuk Humaira?

Menjelang 22.10.2011 nanti , genaplah umur Humaira 5 tahun.Kalau dikenangkan kembali,pada usia sebegini saya dah mula menghantar Along & Angah ke sekolah.Along memulakan awal persekolahannya di tabika KEMAS selama 2 tahun manakala Angah pula 2 tahun mengikuti pra sekolah di SK (1) Jalan Batu Tiga.Alhamdulillah kedua-dua anak saya nie sudah lancar membaca dan mengira semasa berada di Tahun Satu.
 Bila memikirkan Humaira , saya menjadi buntu.Dari segi perkembangan mindanya setakat ini , dia sudah mengenali benda-benda  di sekelilingnya samada anggota badan dan juga benda .Cumanya bab-bab berkaitan mengenal huruf,nombor dan warna masih lemah walaupun dari segi sebutan amat lancar.Saya rasa bab-bab itu dapatlah saya mengajarnya tapi yang menjadi kemusykilan pada saya di manakah harus saya hantar Humaira untuk mendapatkan pendidikan secara rasmi nanti?Memang agak lewat sekarang nie proses pembelajaran Humaira kerana kanak-kanak yang seusia dengannya telah dihantar ke tabika @ prasekolah tapi nak buat macamana keadaan fizikal Humaira membantutkan usaha saya untuk menghantarnya ke sekolah.
 Sebenarnya pada bulan 12 yang lepas , saya pernah membuat survey berkaitan kemasukan Humaira ke pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tabika KEMAS & pusat asuhan tunas islam (PASTI) tapi feedback yang saya terima amat mengecewakan.Setelah saya menceritakan keadaan fizikal Humaira pihak berkenaan menyoal balik kepada saya 'bukan ke untuk kanak-kanak seperti Humaira sesuai dihantar ke sekolah pendidikan khas' sedangkan doktor pakar menyatakan Humaira boleh bersekolah di tadika biasa kerana pemikirannya seperti kanak-kanak normal cuma fizikal sahaja yang berbeza jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain.Memang saya agak kecewa apabila mendengar ayat-ayat seperti itu dan sebab itu jugalah saya bernekad untuk berusaha dan mencari jalan untuk memulihkan kaki Humaira.Saya tidak kisah andainya anak saya tidak berjalan sama seperti orang normal berjalan asalkan dia dapat bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.Dan alhamdulillah akhir-akhir ini saya perhatikan Humaira memang kuat semangat...kenapa saya kata anak saya nie kuat semangat?kerana dia dah cuba mengangkat lutut sebelah kanan (yang sememangnya amat tegang pergerakannya jika nak dibandingkan dengan kaki sebelah kiri) seolah-olah cuba untuk bangun sendiri , walaupun tidak berjaya tetapi kehendaknya yang tinggi mengatasi segala-galanya..takpelah sayang sekurang-kurangnya anak mama dah berusaha kan...perlahan demi perlahan insyaAllah jika diizinkanNya , Humaira akan boleh berjalan juga kelak..aaaamin.
 Selain itu , sifat ingin berkawan juga ada dalam diri Humaira tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya seboleh-bolehnya mahu juga bermain dengan kawan-kawan Along & Angah di depan rumah....saya akan bentangkan tikar lama di depan rumah jadi dapatlah Along & Angah bersama kawan-kawan bermain cikgu2 bersama dengan Humaira bila hujung minggu...Alhamdulillah kawan-kawan mereka memahami keadaan fizikal Humaira dan sentiasa membantu Humaira.
  Apa yang memeningkan kepala saya ialah ke mana hala tuju pendidikan Humaira selepas ini?memanglah saya telah mendaftarkan Humaira di PDK Klang Utara tetapi sehingga saat ini masih tiada jawapan berkaitan  permohonan kemasukan Humaira ke sana...tambahan pula di PDK mereka hanya menekankan terapi untuk anak-anak istimewa berbanding akademik...kawan-kawan ....ada idea tak....plzzzz...bantu saya?

3 comments:

Azma said...

Saya ada sdkt pandangan. Tapi bergantunglah kepada Yana ye.. Cuba Yana tanya tadika2 swasta di sekitar kediaman yana tu. Di Genius Aulad, tmpat anak saya bersekolah, saya pernah bertanya sama ada mereka terima kalau saya htr Hasif ke sana. Mereka kata boleh. Lgpun mereka mmg ada seorg pelajar autistic kat situ. Dan, di satu tadika lagi (swasta jugak - islamic) pun menyatakan kesudian utk menerima kemasukan Hasif suatu hari nanti. Cubala tanay2 ye..

Yana@Noni said...

Terima kasih atas pendapat tu yer...insyaAllah sy akan cuba survey w/pun tadika islamic swasta di sekitar tmpat tinggal saya ni agak terhad bilangannya tp x salah jika mencuba kan:-)

Yasmin Nabilah.. said...

haah kak..betul kata kak Azma, sebab Humaira hanya masalah pergerakan. Ina penah dulu masa sekolah menengah. Ada seorang budak (sekarang dia dah 27 tahun kot..) dia pakai walker tau gi sekolah. Macam Uwais..anak kak mala..ok jer..takde masalah pun..mesti tadika2 yang akak pegi tu mcm bagus jer org yer..malas nak layan budak la tu..hurm.ina rasa biar kuar duit lebih..janji sekolah tu boleh terima anak2 kita.. :)