Untuk mencapai hidup yang bahagia, terdapat 10 formula:-
1. Mengerjakan sesuatu yang disenangi.
Jika dalam melaksanakannya ada halangan, maka cubalah lakukan perkara yang menjadi kesenangan kita
pada waktu lapang @ ketika sibuk.
2. Menjaga kesihatan kerana ia adalah kunci kebahagiaan.Antaranya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
3. Mempunyai matlamat hidup yang jelas kerana ia akan membuatkan kita lebih bersemangat.
4. Redha menerima kehidupan seadanya termasuk pahit maung kehidupan itu.
5. Menumpukan perhatian pada kehidupan hari ini, tidak menyesali masa lalu dan tidak bersikap gelisah menghadapi hari-hari yang akan mendatang.
6. Mampu berfikir dengan baik dalam membuat sebarang keputusan dan tidak sesekali menyalahkan orang lain apabila berlaku kesilapan yang berpunca dari diri sendiri.
7. Selalu bersikap merendah diri .
8. Tidak lokek memberi senyuman dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis.
9. Sentiasa bersedia membantu orang lain dalam apa jua perkara asalkan tidak melebihi had kemampuan diri sendiri.
10. Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai asas kebahagiaan.
Petikan di atas diambil dari buku 'Motivasi menjadi wanita paling bahagia' yang dikarang oleh Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni terbitan Jasmin Publications.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment