Wednesday, December 29, 2010

2 tahun Along di SK(2) Jalan Batu Tiga Klang

Hari ni nak cerita tentang anak bujang saya yang seorang ni...ALONG....
Untuk tahun 2011 nie,Along akan meneruskan persekolahannya di SK Batu Belah ...anak saya ni dah masuk Tahun 3...dia takkan bersama dengan saya lagi di SK(2) Jalan Batu Tiga.....huhuhu..
   Pada mulanya saya telah memohon untuk masukkan Along ke SRAI Tengku Ampuan Fatimah , Klang iaitu sekolah Angah tapi tiada kekosongan buat masa ni jadi pilihan terakhir adalah menghantarnya ke SK Batu Belah...janji sekolah-sekolah tu dekat dengan rumah..takdelah lelah sangat saya nak menghantar pergi dan balik...hihihi...lagipun dah 2 tahun dok dekat dengan saya jadi saya ambil keputusan untuk hantar ke sekolah yang berasingan supaya dia  lebih berdikari dan tak manja-manja sangat dengan kita...:-)
Saat menerima hadiah untuk pertandingan Pakaian 1 Malaysia semasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2010 @ SK(2) JBT, Klang 

No comments: