Friday, December 31, 2010

Cerita sekolah anak-anak

Hari nie cuaca kejap panas kejap mendung....nak hujan macam yer tak yer...apepun..esok kita akan melangkah ke tahun baru iaitu 2011...dan seperti biasa bagi anak-anak yang akan memulakan persekolahan , segala peralatan tentunya semuanya yang baru bermula dari uniform sekolah alatulis sehinggalah kepada kawan baru.Bagi anak-anak saya , Along & Angah mereka akan menghadapi situasi yang betul-betul baru...Along yang akan menduduki Tahun 3 telah bertukar ke sekolah baru manakala Angah pula akan memulakan Tahun Satu ... harapan saya semoga mereka akan dapat menyesuaikan diri di sekolah masing-masing dan gembira dalam menghadapi proses pembelajaran yang bakal bermula pada hari Isnin (3/1/2011) ini...:-) banyak gambar nak upload tapi line lak problem...segala-galanya lembap...sabar jer la..huhuhu

No comments: