Hari tu di PDK Klang...semasa bertemu dengan salah seorang staff di sana...mama tak ingat pulak apa namanyer...beliau bertanyakan perihal Humaira...apa kekurangan,kebolehan...setelah diperjelaskan..lebih kurang beginilah pendapatnya....setelah mendengar penerangan mama berkaitan diri Humaira..berdasarkan pengalamannya..beliau mengesyorkan saya menghantar Humaira ke Prasekolah tak kira lah samada pendidikan khas @ biasa yang mana bersesuaian dengan keadaan penerimaan Humaira..katanya Humaira hanya kekurangan fizikal iaitu tidak boleh berjalan lagi jadi bila difikirkan potensi anak mama nie yang mana mungkin mampu menerima pembelajaran yang lebih baik dari segi akademik..apalah salahnya dia dihantar ke pusat pendidikan yang lebih sesuai.Katanya lagi PDK adalah merupakan pusat pemulihan yang mana hanya lebih menekankan kepada usaha pembangunan diri yang melibatkan terapi dan lebih sesuai untuk anak-anak istimewa yang terlantar (maaf andaikata penggunaan perkataan itu bisa mengguris hati sesiapa sahaja yang membaca blog mama ini..hanya tujuan untuk menjelaskan lagi keadaan) @ juga yang tidak mampu berdikari langsung...yang perlu diberi terapi yang semaksimum mungkin untuk memulihkan keadaan mereka ke arah pembangunan diri yang lebih baik...tetapi mama tidak dihalang jika ingin membawa Humaira ke situ sebagai alternatif...kita hanya mampu berusaha tetapi yang menentukan segala-galanya hanyalah Allah s.w.t..ok...terhenti di situ walaupun fikiran dah bercelaru masa tu...
Kemudian bagi mendapatkan penjelasan yang lebih pasti , tengahari tadi mama ke PPD Klang untuk berjumpa dengan pegawai yang menguruskan kemasukan ke prasekolah pendidikan khas integrasi.Malangnya pegawai tersebut ada mesyuarat dan mama diminta berbincang dengan salah seorang pegawai yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan yang mana sebelum ini terlibat dengan hal pendidikan khas selama 10 tahun.Beliau secara terus terangnya mengesyorkan mama untuk menghantar Humaira ke prasekolah biasa sahaja kerana potensi Humaira untuk menerima pembelajaran secara normal adalah lebih baik berbanding prasekolah pendidikan khas.Katanya lagi jika Humaira diletakkan di dalam group tersebut , beliau bimbang perkembangan minda Humaira akan bergerak perlahan mengikut tahap anak-anak istimewa yang berlainan keupayaan sedangkan potensi untuk mendapatkan pendidikan normal seperti kanak-kanak lain adalah lebih cerah.Memang itu yang mama mahukan buat Humaira tapi adakah sekolah-sekolah tersebut sedia menerima anak mama nie...actually sekolah sebelah (SK (1) Jalan Batu Tiga) ada prasekolah iaitu tempat Angah mula-mula menerima pendidikan awal selama 2 tahun...mama sudah bertanya dengan guru prasekolah tersebut untuk menghantar Humaira selama seminggu sebagai percubaan dan beliau setuju namun mama perlu berjumpa dengan GB beliau untuk memohon kebenaran...Insyaallah esok mama & abah akan berjumpa dengan GB tersebut dan moga-moga ada berita gembira buat Humaira yer...:-)
p.s: Jadinyer urusan nak hantar ke PDK tertunda lagi ..tunggu respons daripada GB Prasekolah SK(1) Jalan Batu Tiga, Klang dulu esok...
p.s: Jadinyer urusan nak hantar ke PDK tertunda lagi ..tunggu respons daripada GB Prasekolah SK(1) Jalan Batu Tiga, Klang dulu esok...
No comments:
Post a Comment