Tuesday, June 28, 2011

Hati-hati bila deal dengan penjual kereta

Alhamdulillah..semalam dah selesai sume urusan jual beli kete..kawan-kawan yang selalu follow-up blog mama pasti tahu tentang mama nak tukar kete kan?....petang semalam mama ke Seri Kembangan untuk menghantar ML coz mama trade-in kat kedai used car dan tukar kepada PW...lega dah settle sume setelah melalui karenah salesman yang cuba nak putar belit kami tapi tak berjaya..hihihi..
Apepun mama & abah berpuashati dengan condition PW tu walaupun layanan salesman yang adakalanya membuatkan kami sedikit stress...huhuhu

Proton Waja 1.6 (Manual)



Setelah survey di sekitar Klang & surf di Mudah.com.my & dibuat perbandingan..price kete ni adalah antara yang termurah.Mama jumpa kedai used car ni kat mudah.com .. setelah datang & lihat sendiri kereta ni, kami amat berpuashati dengan condition luar & dalam.. yang paling utama abah memang nak cari kete manual..akhirnya kami sepakat untuk membeli PW nie dengan harga RM21,800.Setelah ditolak harga trade-in kete ML kami perlu menambah dalam RM10k...takper lah terpaksa keluar duit lebih asalkan tak berhutang dengan bank..memanglah nak berharta sume orang berhutang..itu sudah lumrah tapi mama & abah ni takut tak boleh disiplin untuk bayar bulan-bulan by hand kat bank..silap2 kang ader yang tertunggak.Statement berdasarkan pengalaman...pengakuan jujur tu..hihihi.
Ok..mama ader citer sikit nak share dengan kawan-kawan tentang deal dengan penjual kete nie.Mula-mula lagi mama & abah dah explain tentang ML pada salesman used car ni berkaitan tahun dibuat (1996),manual dsbnyer.Tapi apa yg ditulis kat nota kira-kiranya tahun 1997 & cc 1.8 sedangkan cc sebenar 1.6.Jadi bila tiba hari untuk sign form tukar nama JPJ..abah inform kat die untuk pembetulan.Tau tak ape yang dia kata?harga kene kurangkan RM1k coz kurang 1 tahun iaitu tahun 1996.Padahal kami awal2 dah jelaskan tapi pihak die yang tak alert ..agaknyer masa tu kepala otak tengah cari jalan nak perangkap kami.Jadi mama yang dah angin satu badan ni batalkan untuk sign form tukar nama selagi tak dapat amount yang muktamad berkaitan harga trade in ML.Mama bagitau dia jangan suka-suka nak turunkan harga trade in dan masa tu juga mama mintak salinan geran PW.Rupa-rupanya pihak dia pun dah putar belit..PW tu dibuat tahun 2001 bukan 2002 seperti yang diiklankan di mudah.com.my.Jadi situasi nyer sama la kan...ada hati nak suh kami tambah RM1k...banyak tu..gggggrrrrrrr...hampeh tul..padan muka dia..mulalar wat muka bodoh jer bila abah sound die balik.
Moralnya....berhati-hati bila deal dengan penjual keta yang banyak tipu muslihat ni.Pastikan tengok geran kete yang nak dibeli dulu supaya mereka tak suka-suka nak naikkan harga & ambik duit lebih daripada kita dan yang paling utama jangan sign apa-apa borang selagi tak clear dengan penetapan harga & segala macam caj yang berkaitan terutama sekali bab duit la ..bukan senang nak carik duit kan...
wassalam:-) 

6 comments:

.::Lynn::. said...

rasa tau used car mana...
kedai nio mmg hampeh..

Bicara hati ibu aisya said...

Kak, rasanya saya tau tempat ni sebab 2 minggu lepas saya pun g situ nak tgk PW tuh.Kat Equine kan?Harganya memang murah berbanding tempat lain tapi lagak salesman yang poyo dan eksyen tu buat husband xjadi nak beli kat situ.Langsung xpandai layan customer pastu berlagak cam kita ni xmampu nak beli kereta.Huh..memang bengang time tuh.
Apa-apapun tahniah sebab berjaya tidak ditipu.Wahh..humairah pakai kete baru ar pulak skrg nih ye?

pizli said...

Terima kasihla tulis ni.. Nanti sure nak kena tradein kereta jugak..

Yana a.k.a Noni said...

Lynn :betul tu Lynn..rasa nk cepat settle sume urusan..xnak ngadap muka Mr.SKS tu..tgk muka pn tau kaki belitnyer orang...

Ayu:Equinne ke?akak x pasti..tp nama tmpt tu Tmn.Putra Permai ..kedainyer tul2 kat atas bukit.Klu Ayu nk tau Humaira yg paling happy..x henti2 cakap "bestnyer naik waja nie"..hihihi..rezeki anak-anak la nie:-)

En.Pizli:same2..sharing is caring kan:-)

munna said...

mmg pening layan saleman kereta ni... tahniah kak yana..lepas ni selesalah nak balik pahang...

Yana a.k.a Noni said...

Munna:terima kasih Munna:-)