Setelah berjumpa dengan guru prasekolah & pembantu pengurusan murid tadi....dan setelah melihat reaksi dari Humaira sendiri...mama mengambil keputusan untuk kembali kepada perancangan asal iaitu menghantar Humaira ke PDK dahulu buat masa ini.Kenapa?Berdasarkan penjelasan daripada Kak Wahizah salah seorang guru prasekolah di situ...katanya pihak mereka bersedia untuk menerima Humaira menjadi salah seorang murid di situ tetapi mereka cuma risaukan anak mama nie..bimbang akan dibuli oleh rakan sebaya...yerlah...saiz Humaira yang agak kecil berbanding mereka ditambah lagi keupayaan anak mama yang agak terhad akan menyukarkan Humaira untuk berdepan dengan gelagat mereka...bimbang akan mencederakan anak mama.Memandangkan beliau pernah berkhidmat di bidang pendidikan khas , Kak Wahizah menjelaskan bahawa sebenarnya di sekolah pendidikan khas ada pengkhususan untuk setiap jenis kelainan upaya yang mana setiap orang budak akan diletakkan di bawah pengawasan seorang guru & pembantu mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu.Sekiranya situasi adalah sedemikian , mama takkan rasa bimbang atau gusar untuk menghantar Humaira ke prasekolah khas integrasi... tambahan pula Humaira akan diberi tumpuan yang lebih oleh guru yang mengajar..Ya Allah ..Ya Tuhanku...bantulah hambamu ini...permudahkanlah segalanya...aaaamin..
Jadi sementara mendapat penempatan di prasekolah pendidikan khas integrasi..mama akan cuba hantar Humaira ke PDK dahulu...dapatkan apa yang boleh di sana...taknaklah bergantung pada follow-up hospital sahaja...insyaallah esok mama akan mulakan...mungkin dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi kemudian nak bergerak ke HTAR untuk appointment dengan unit rehab...:-)
p.s : Mula-mula sampai kan main semangat Humaira .. suruh mama buka pencil case n ambil buku....dok kat meja dengan senyuman melebar...lepas layan temuramah ngan cikgu-cikgu lepas 20 minit ,dah mula kebosanan ajak balik...mama try explain bagitau kat die yang mama kene masuk keje & Humaira dok kat kelas dengan kawan-kawan...dah mula nak menangis sambil gelengkan kepala...sudahnya mama mintak abah bawak balik Humaira ...fikir-fikir biarlah pendidikan Humaira bergerak perlahan-lahan mengikut keupayaannya...taknak push dia..lepas nie mama kena spend lebih lagi masa untuk Humaira dan beri pendedahan lebih berkaitan pendidikan prasekolah:-)
p.s : Mula-mula sampai kan main semangat Humaira .. suruh mama buka pencil case n ambil buku....dok kat meja dengan senyuman melebar...lepas layan temuramah ngan cikgu-cikgu lepas 20 minit ,dah mula kebosanan ajak balik...mama try explain bagitau kat die yang mama kene masuk keje & Humaira dok kat kelas dengan kawan-kawan...dah mula nak menangis sambil gelengkan kepala...sudahnya mama mintak abah bawak balik Humaira ...fikir-fikir biarlah pendidikan Humaira bergerak perlahan-lahan mengikut keupayaannya...taknak push dia..lepas nie mama kena spend lebih lagi masa untuk Humaira dan beri pendedahan lebih berkaitan pendidikan prasekolah:-)
4 comments:
Yana ambik keputusan yg tepat...PDK merupakan pihak yang menjalakjan interversi awal kepada kanak-kanak kelainan upaya...Penilaian dan rekomen daripada PDK merupakan tiket besar untuk anak kita menempatkan diri di sekolah pend.Khas kerajaan...Tindakan Yana nak menempatkan humaira di prasekolah bukannya tidak bagus...tetapi agak berisiko terhadap Humaira...Mira pun sek di Prasekolah...muridnya seramai 25 org dgn PPM sorang memang tak cukup...
Apapun kak nanie doakan segalanya dipermudahkan buat Humaira....
Semoga dipermudahkan.
Humairah..xmau nangis g school.Tp kan kak saya pun banyak dengar pasal sek integrasi nih.Bagus utk anak2 special.nanti aisya pun nak kena cari integrasi school jugaklah kot.macam manalah reaksinya nanti bila kena g school..mesti nangis cam kak humairah kot.hihihi..
apa2 pun, teruskan usaha ye kak.
YANG PENTING ITU YG TERBAIK BUAT HUMAIRAH
Terima kasih banyak-banyak buat Kak Nanie,Ayu & Munna atas sokongan kalian dan saya amat perlukannya...di saat ini fikiran saya agak celaru untuk membuat pilihan..tetapi akhirnya saya dah pasti apa yang terbaik yang mampu saya berikan untuk Humaira...cuma semua ini memerlukan sokongan dari semua pihak samada termasuk saya sekeluarga,ketua jabatan,rakan-rakan & juga masyarakat di luar sana..semoga Allah sentiasa memberi jalan yang terbaik untuk saya & juga Humaira...aaaminnn:-)
Post a Comment