Entri ini mama ciptakan khas buat Humaira....andainya mama sudah tiada di dunia ini kelak..bacalah ia dan kata-kata ini sesungguhnya ikhlas dari hati mama..
Tiada kata seindah bahasa yang dapat mama gambarkan untuk menyatakan betapa sayangnya mama pada Humaira...melihat segala keletah anak istimewa mama nie seolah-olah tiada sedikit pun kekurangan terpamer pada dirinyer.Kekurangan fizikal Humaira tak pernah mama anggap ia sebagai beban sebaliknya ia adalah ujian Allah dan mama adalah antara hambaNya yang terpilih...moga Allah s.w.t memberkati hidup kami sekeluarga..aaamin.
Cumanya mama adakalanya sedih apabila mengenangkan betapa Humaira ingin menikmati zaman kanak-kanak sama seperti rakan-rakan seusianya..berlari ke sana sini sambil melompat keriangan...berpegangan tangan dengan kawan-kawan sambil bermain tanpa sebarang kawalan daripada mama @ abah @ Along & juga Angah..
Memangler seboleh-bolehnyer mama tak mahu Humaira terasa akan kekurangan itu..tapi apakan daya mama tak mampu membiarkan Humaira bermain di taman permainan mengikuti abang & kakak kerna bimbang tindakan itu bisa mencederakan anak mama.Apa yang mama boleh lakukan hanyalah memimpin Humaira ke sana itupun hanya sekali sekala memandangkan komitmen mama sebagai isteri & jua ibu kepada Along & Angah membataskan masa-masa untuk bersantai dengan Humaira.
Mama akui mama tak punya cukup masa untuk membawa Humaira berurut dengan pakar urut tradisional atau pun ke PDK atas faktor tugas & juga faktor kewangan amnyer...almaklumlah komitmen kewangan agak tinggi..apa yang mama lakukan sekarang hanya tumpukan follow-up di hospital & juga urutan & streching yang dilakukan bersama di rumah.Apapun kata-kata semangat daripada pihak pakar fisio,rehab amatlah mama hargai...mereka banyak membantu Humaira.
Budak comei ni ikut mama gi sekolah masa cuti sekolah lepas
Alhamdulillah...anak mama nie memang kuat semangat...semangat untuk mencuba & terus mencuba ..cuma memerlukan sokongan sepenuhnya dari mama sekeluarga...
Cuba mengambil cop
Yey..yey..dah dapat
Dah dapat kertas..tak peduli mende lain:-)
Apa yang mama selalu pesan pada Along & Angah ....... bila mama & abah dah tiada kat dunia ni....emosi plak mama nie...yer la setiap manusia di muka bumi ini akan mati kan..hrmmm...bila mama & abah dah takde..Along & Angah tolonglah jaga Adik...jangan abaikan dia...bantulah adik sebaik mungkin..hanya Along & Angah tempat adik bergantung...doa mama hanyalah satu..moga mama dapat melihat Humaira dapat berjalan & berdikari sendiri sebelum mama menutup mata kelak...aaamin...
6 comments:
Kak, speechless betul saya baca entry nih.Sesungguhnya kasih kita pada anak-anak ini tidak bertepi.Sayang kita pada mereka tiada penghujungnya.Semoga kekuatan terus bercambah dan dipermudahkan segala urusan..
saya pun selalu terfikir benda yang sama mcm akk...sesungguhnya umairah anak yang bertuah memiliki akk sbg ibu...along...angah n abahnya....
saya baru ja nak kenal awak juga humaira..
tapi saya percaya awak sorang ibu yang sangat kuat..
doakan yg terbaik buat humaira....
semoga humaira cepat sembuh..kuatkan semangatmu wahai anak..=)
Ayu:Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga..kekal abadi selamanya:-)
Mama Akid:Thanks ...mama akid pun ibu yg terbaik buat Akid:-)
Sofya:Salam perkenalan..thanks sudi follow blog mama Humaira:-)
Munna:Thanks Munna:-)
Wardah:Terima kasih atas sokongan anda:-)
Post a Comment