Monday, June 27, 2011

Special entri wat Ina = Ibu Nabila

Kali ni bila mama jalan-jalan menjenguk blog kawan-kawan...mama betul-betul seronok lihat kemajuan yang dicapai oleh salah seorang sahabat mama iaitu Ina...atas sebab itulah  mama teruja untuk menulis entri ini.
Tahniah buat Ina kerana telah mengorak langkah setapak ke depan..nampak gayanyer Ina turut ikut jejak akak mengikuti kelas jahitan.hehehe...yer la di samping dapat menambah kemahiran yang ada , pada masa yang sama insyaallah jika dah mahir nanti boleh dijadikan sebagai punca pendapatan tambahan..at least dah boleh jahit sendiri baju anak-anak pun dah kira ok sangat.
Untuk makluman semua , Ina punya seorang anak istimewa yang cute sangat ...puteri yang bernama Nabila..untuk mengenali beliau  dengan lebih dekat..kawan-kawan boleh jenguk di sini..yer:-)
Apa yang buat mama lagi seronok tentang ibu Nabila ni ialah ini...taraaa..
>
>
>
>
>
>
Cantik kan sepit rambut hasil kerjatangan dik Ina nie kan:-)

Ina dah mula menunjukkan skill kraftangan beliau nampaknyer...ni wat mama jeles ni..hihihi..lepas ni boleh ler bagi tunjukajar yer Ina...ini dah kira promote nie...takpe kan Ina...sharing is caring:-)

So kepada kawan-kawan sume..sila2 ler datang ke blog beliau...Ina memang peramah orangnyer tau..



3 comments:

Rina Rahamat said...

nak g jengah dialah..

munna said...

kalau masuk blog adik nabila tu munna pasti meleleh air mata tgk nabila....

Noina said...

mak aii puji melambung ni kak..hehe..harus bg kredit utk humaira ni..nanti ina bg something utk dia yek..akak bg alamat ek..:)