Tuesday, April 05, 2011

Berubah tempat

Sedih pulak saya hari ni....kenapa?Teman baik saya telah secara rasminya ditukarkan ke sekolah lain...huhuhu....dialah jiran sebelah pejabat saya....memang setiap hari kami makan bersama di kantin...kami ni dok dalam bangunan sekolah yang sama tetapi berlainan pentadbiran kerana sekolah ini merupakan 2 sekolah...saya PT SK(2) Jalan Batu Tiga manakala teman baik saya Faizah PT di SK(1) Jalan Batu Tiga...lepas ni takkan dapat lihat lagi bayangnya di sekolah ni...kalau dia ada memang riuh rendah...lagipun dia juga sahabat yang baik ..sentiasa membantu saya dari mula saya masuk kerja di sekolah ini...bila saya berada di dalam kesusahan dia sentiasa menghulurkan bantuan dan saya dah menganggapnya seperti adik beradik sendiri.Dia telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Tinggi , Klang bermula 1 April lepas...memang dia berat hati untuk meninggalkan sekolah sekarang ni...tapi nak wat camner..adatlah kerja di mana-mana pun akan sentiasa berubah tempat..takkan sampai pencen nak duduk di sekolah yang sama kan...apapun saya berharap beliau akan dapat menyesuaikan diri di tempat baru ..takpe la Za...kita tak berjiran di pejabat..insyaallah kita akan bertemu selalu coz taman perumahan saya ngan dia pun 5 minit perjalanan jer....huhuhu....

1 comment:

fadhdeela said...

xpe kalo rindu2 leh g mlawat kwn tu..bkn jauh pun :P

Meh sini Video Usop Wilcha & Johan di ABPBH!!