Tengahari tadi dah selesai urusan memperbaharui rodtax & insurans...ambil masa 2 jam lebih termasuklah dengan urusan menghantar anak ke sekolah.Terpaksa berkejar ke sana ke mari ... yer lah...nak sediakan transport menghantar & mengambil anak (bayar bulan-bulan) rasa cam rugi plak...jarak sekolah anak dengan rumah dekat jer ..5 minit perjalanan sahaja.Nasib baiklah majikan bertimbangrasa & memahami keadaan stafnya yang serba kekurangan ini..hehehe..
Kadang-kadang terfikir juga ... bila bekerja office hour ni...apabila ada urusan seperti pembayaran bil,urusan di bank dan seumpama dengannya ..agak sukar untuk melaksanakannya.Akhirnya tindakan yang diambil adalah mencuri sedikit masa bekerja untuk menyelesaikan hal-hal peribadi.Adakah kawan-kawan juga menghadapi situasi yang sama seperti saya....entahla...kadang-kadang bab-bab ketepatan masa ni memang susah nak cakaplah.....apa pendapat kawan-kawan?
1 comment:
akak dulu pun masa keja dgn gomen curi2 time gak..tapi bos tahulah.nak buat cemana kan?janji kerja kita yg wajib tu dah di settlekan.
Post a Comment