Wednesday, April 13, 2011

Saham Bank Rakyat RM500

Bank Rakyat baru-baru ini telah menambah saiz dana mereka dari 1 billion ke 3 billion jadi kepada sesiapa yang belum melabur tu cepat-cepat ambil peluang keemasan ini untuk join pelaburan ni.Manakala yang dah sedia ada saham dalam Bank Rakyat ni nak menambah pelaburan pun boleh jugak..Bank Rakyat adalah di antara koperasi yang memberikan dividen paling tinggi berdasarkan prestasi sebelum ini iaitu lebih kurang 15% setahun.Dengar cerita sekarang ni kat mana-mana cawangan Bank Rakyat penuh dibanjiri orang ramai yang merebut peluang untuk membeli saham @ pun menambah pelaburan..hehehehe.Maksimum pelaburan yang diberikan hanyalah sebanyak RM500 seorang dan saya pun dah beli saham ni...yer lah RM500 jer...daripada duit tu habis entah ke mana..apa salahnyer saya melabur di Bank Rakyat kan:-)so kepada kawan-kawan jangan tunggu lama-lama..ambil peluang ni sebelum tawaran tamat...cepat-cepat!!

No comments: