Thursday, April 14, 2011

Melodi oooo Melodi..apa nak jadi?

Semenjak dua menjak ni saya dah tak menonton sangat rancangan 'Melodi ' di TV3 ... mungkin atas faktor umur dah meningkat ni dah tak tertarik untuk mendengar @ mengambil tau tentang gossip artis-artis tanahair....lebih-lebih lagi perkara-perkara yang negatif tentang golongan ini...yer la...jika diperhatikan rancangan ini seringkali menyiarkan berita-berita peribadi mereka sehingga dalam 'kain'.Memang tidak dinafikan golongan artis adalah public figure namun mereka tetap manusia biasa yang ingin menjalani kehidupan normal macam kita....ada hak untuk dapatkan privasi & hak untuk tidak berkongsi hal-hal peribadi dengan umum...namun yang sulit & peribadi itulah yang menjadi rebutan oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan atas penyebaran perkara-perkara yang tidak membawa kebaikan kepada yang empunya diri.Antaranya dalam 'Melodi' Ahad lepas..timbul pula isu tentang Siti Saerah yang dikatakan telah dot.. dot.dot.dot.....MasyaAllah kenapalah pihak Melodi sibuk untuk mengetahui perkara yang kita sendiri tidak tahu akan kebenarannya... yang tentunya boleh mendatangkan keaiban kepada tuanpunya badan..samada perkara itu benar @ tidak , ia sudah pasti telah mencalarkan nama beliau...pada pendapat saya ....kita tidak seharusnya menwar-warkan perkara yang negatif @pun beria-ia meminta individu yang terlibat untuk memberi penjelasan yang sebenar sebaliknya ambil tahu akan hal-hal yang positif sahaja lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan  kehidupan peribadi artis.Sekiranya jawapan dari Siti Saerah itu benar @ tidak benar..apa yang pihak Melodi akan dapat?Entahla..amat besar dosanya jika kita memfitnah tanpa ada bukti@saksi kan....harap-harap pihak yang berwajib dapat menapis dengan lebih terperinci setiap isi kandungan rancangan  yang disiarkan di kaca tv.....biarlah yang bersesuaian untuk tatapan umum.....wallahua'lam...

3 comments:

Fieda said...

btul tu..ntah2 ape2 la melodi season skrg ni..makin teruk..dh naik menyampah nk tgk...nk mencari keaiban org jer...

Just Penny said...

Setuju!! Saya pon ada tengok part tu. mmg x bleh blah la Melodi ni. Kalau pun perkara tu betul, x payah la nak kecoh. ni dah satu malaysia tahu. Mengaibkan orang la tu namanya. Siti Saerah tu bukannya kacau orang pon.... Melodi ni mmg program yang tak kreatif dan tak maju. Asek di tangkuk lama! (emosi ni, hehehe)

munna said...

munna pun dah lama x lyn melodi.. tulah sebab dah berumur agaknya...tapi yg part adik siti tu munna tgk..mmg tak patut..bab yg memalukan tak payahlah nak tambah lagi...