Monday, February 28, 2011

Kalaulah ada wang berjuta...

Entri kali ni entri tentang impian yang takkan jadi kenyataan......apa dia tu?
'"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
rasanya nak duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa...concentrate pada famili & urusan rumahtangga...yahooo...bestnyer dapat lihat anak-anak membesar depan mata
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
tak payah susah-susah keje...memerah otak...dan balik rumah pulak memerah tenaga menyelesaikan kerje-kerja rumah yang tak pernah abis...huhuhu
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
ingin memberikan rawatan yang terbaik untuk  memulihkan kaki Humaira...dan menyekolahkannya di sekolah yang terbaik yang sedia menerima keadaan fizikalnya...
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
ingin menambahkan ilmu di dada....melanjutkan pelajaran dalam bidang yang boleh membawa manfaat kepada orang lain terutamanya untuk Humaira...seperti pendidikan awal kanak-kanak,pendidikan khas & yang seumpama dengannya
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
nak melancong seluruh dunia bersama keluarga...
"KALAULAH AKU ADA WANG BERJUTA"
membina masjid @ surau untuk kegunaan orang ramai beribadah....sebagai bekalan di akhirat nanti... 

Apapun wang bukanlah segala-galanya cuma untuk mencapai kehidupan yang selesa memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit...tapi saya masih bersyukur dengan apa yang saya ada dan setiap kejayaan seseorang itu memerlukan usaha yang berterusan tanpa sedikit pun rasa putus asa dan jemu...
Ya Allah ... aku bermohon padaMu murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan lindungilah kami dari azab nerakaMu...aaamin..




3 comments:

munna said...

mmg seronol klu betul macam tu kak yana.... takpelah impian menjadi kenyataan ...insyaALLAH

Bicara hati ibu aisya said...

Amin...Amin..Amin..
Kalaulah kita punya wang yang banyak kan?Alangkah indahnya.Ayu nak buat satu pusat penjagaan/latihan untuk anak-anak anugerah istimewa ini :)nak jadi sukarelawan bantu mereka selamanya.Moga dipermudahkan segalanya.

Bicara hati ibu aisya said...

Amin..amin..amin.
Moga tercapai segala impian. Bestkan kalau ada wang berjuta?Saya ingin membina sebuah pusat jagaan dan latihan serta pembelajaran untuk anak2 istimewa seperti anak-anak kita. Juga pusat menempatkan anak-anak terbuang.Saya juga mahu menjadi sukarelawan sepenuh masa.Alangkah indahnya hidup.hahaha..tapi semua itu hanya impian, yang entah bila menjadi kenyataan.