Wednesday, April 27, 2011

Humaira dah boleh gi school:-)

Alhamdulillah...akhirnya...penantian itu membawa berita baik...lepas rehat tadi mama call JKM nak bertanyakan kad OKU Humaira...dah siap @ belum...masih terima jawapan yang sama....belum siap kerana pihak pengurusan ada perubahan..so semua permohonan bulan 3 telah dihantar ke HQ di KL untuk diproses.Alang-alang dah call terus minta disambungkan talian kepada Pn. Siti Hajar iaitu staf yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kemasukan ke PDK..bukan senang tau nak dapat bercakap di talian dengan beliau kerana sentiasa out-station..banyak urusan di luar..setelah menyatakan hasrat mama...beliau meminta mama datang berjumpa dengannya di pejabat jam 9.30 pagi esok untuk mengambil surat rujukan kemasukan ke PDK Klang Selatan...Alhamdulillah..ini bermakna Humaira akan ke sekolah selepas nie...moga anak mama nanti mendapat manfaat bila masuk ke PDK nanti...aaamin..:-)

1 comment:

Kasih Ibu said...

mudah-mudahan segala urusan berjln lancar yana...Aminnn...