Sunday, April 24, 2011

Humaira excited...

Petang semalam tak ke mana-mana.....abah pulak bizi hujung minggu ni...cumanyer berkesempatan membawa anak-anak makan di luar...mood menjahit masih ada..cumanya agak kepenatan sedikit minggu ni jadinyer projek menjahit berjalan agak perlahan..Alhamdulillah rezeki mama....ada 2 pasang kain untuk tempahan baju kurung tradisional daripada Ayu ibu Aisya...baru proses mengukur & melakar pola...harap Ayu setia & sabar menunggu siap yer...almaklumlah mama hanya menjalankan aktiviti menjahit sepenuhnya pada hujung minggu:-)
Apa yang mama nak berkongsi cerita hari ni ialah aktiviti bersama Humaira...petang semalam bawa dia turun ke taman permainan...memang  excited dapat main buai,jongkang jongket & gelungsur...tengok jer la picture-picture kat bawah ni....hehehe..






1 comment:

vaithis said...

hi i tag u for "1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN" u also join ye...