Monday, March 28, 2011

Jangan buat mama macam tu lagi..

Pagi tadi saya mengucap panjang bila perkara ni berlaku...memang kelam kabut dibuatnya.Si Angah la...pagi tadi macam biasa bangunkan dia dari tidur untuk ke sekolah.Digoyang-goyangkan badannya tak bergerak...selalunya bila dibangunkan mudah sangat terjaga.Saya tengok perutnya takde turun naik seolah-olah macam tak bernafas...saya rasa kaki tangannya panas normal macam biasa..bila dengar kat hidungnya ada pulak bunyi nafas..melihatkan keadaannya yang seolah-olah tidak sedarkan diri buat saya panik.Saya terus panggilkan Abang dan menjerit-jerit mintak dia tengokkan Angah.Katanya sambil selamba ''takde apa-apalah..dia tengah syok tidur tu"....saya pulak menjawab "tengok betul-betul bang...selalu tak macam ni..gerakkan tangan lembik jer ni"...memang cemas saya masa tu...Abang pun terus tarik tangan Angah sambil dirikan dia...tiba-tiba elok jer si Angah ni menggeliat dan terus ke bilik air tanpa sebarang penjelasan.Astaghfirullahalazim...anak mama ni bikin mama lemah jantung macam ni tau...
Rupa-rupanya Angah ni dah pandai berlakon....buat liat nak bangun...sebenarnya Khamis & Jumaat lepas dia tak hadir ke sekolah sebab demam.Jadinya perlu tunjukkan surat sakit dari doktor sedangkan saya & suami tak bawa dia pergi klinik pun cuma makan ubat yang sedia ada kat rumah.Memang asalnya plan nak bawak ke klinik pada hari Jumaat tu lepas sembahyang Jumaat..tapi bila tengok demamnya dah kebah kami batalkan hasrat tersebut.Bila dah surat cuti takde tu yang buat si Angah ni takut nak ke sekolah sebab risaukan cikgu marah katanya.Setelah dipujuk oleh Abahnya dia relaks jer pagi tadi ke sekolah tanpa sebarang rengekan tapi tu lah...insiden lakonan yang mengejutkan mama tu memang betul-betul meng'surprise'kan mama..ni 1st time Angah wat macam ni..nanti balik keje petang ni..ingatkan nak bagi sedikit 'peringatan' kat Angah supaya takkan buat perkara yang sama lagi...yer la memang nak kena hukum kalau tak nanti jadi kebiasaan pulak..tak baik kan...lagipun mamanya tengah geram ni...:-((

p/s: Masih trauma dengan kejadian Humaira diserang sawan...kalau boleh dah tak nak hadapi semua tu lagi...huhuhu:-(

3 comments:

munna said...

ANGAH NI PANDAI PULA DIA BERLAKON YE... KITA SEBAGAI MAK NI MMG CEPAT PANIK KLU TGK SESUATU YG BERBEZA PADA ANAK KITA KAN KAK YANA...

Nonie said...

betul tu Ina....rasa mcm nak luluh jantung ni bila tgk anak semacam jer lain dr biasa..

Abang Long said...

Salam...ada gak orang tua2 pesan, kalau kejutkan anak jangan digoyang2 atau digoncang2 badan dia...belai dia dengan belaian paling lembut..kat pipi lah biasanya.

Jgn pula jerit2 atau bebel kuat2.

Kadang2 budak2 ni saje buat perangai tak puas hati macam tu..lagi kita berkasar dgn dia, lagi dia buat perangai.

Pas ni pujuk la dia sambil usap2 ubun2 dia tu