Thursday, March 17, 2011

Lebih baik diam daripada cakap banyak

Setelah membaca entri kawan-kawan "SEANDAINYA AKU SETABAH KALIAN" yang banyak berkisar tentang follow up anak-anak di hospital,saya ada cerita yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan semua.Insiden ini berlaku semasa saya membawa Humaira ke HTAR ,Klang untuk temujanji dengan pihak Neuro,Oftalmologi & PAED pada 2 minggu lepas.Dalam entri ini ,saya ada menyatakan yang saya perlu ambil report daripada unit Fisioterapi (cadangan rujukkan kes Humaira ke unit rehab) untuk diberikan kepada pihak PAED.Dari Klinik Harian ke unit fisio jika berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 10 minit la jugak...setelah serahkan report tersebut kepada doktor pakar,saya perlu datang kembali ke unit fisio untuk  mendapatkan tarikh appoinment yang akan datang.Bayangkan berapa kali saya berulang alik...Tuhan sahaja tau betapa penatnya saya ditambah lagi dengan sesi appointment Humaira dari pagi hingga petang pada hari itu...tak kisahlah kan dah memang jadi tanggungjawab saya dan suami.Tapi yang buat saya kecewa,sakit hati dan geram ialah layanan 2 orang wanita yang bertugas di kaunter pendaftaran unit fisioterapi tersebut.Memanglah tiap-tiap kali kami datang susah nak tengok mereka melemparkan senyuman kepada patient-patient yang datang mendapatkan rawatan...muka serius jer memanjang..nasib baik la pakar-pakar fisio di sana memang baik hati dan peramah..takdelah kita yang datang bawa anak ni rasa stress kan..Ceritanya macam ni...saya tengah dok berdiri kat kaunter pendaftaran depan muka 2 orang hamba Allah yang cantik molek  ni la....:-
Pakar: Puan,saya bagi tarikh appoinment 30hb ni yer?(sambil memandang pada saya)
Saya yang penyabar : (dalam kepala teringat appoinment dengan unit Hearing 31/3 ni)Doktor,kalau dapat ...bagi tarikh 31hb boleh tak sebab anak saya ada appointment hari tu,kalau ada kosong la doktor...banyak tul kalau saya ni...(dalam hati penuh harapan)
Wanita 1 jaga kaunter : La pulak....(sinis jer bunyinyer)
Wanita 2 jaga kaunter : Cuma hospital ni jer patient boleh mintak tarikh-tarikh ni..kalau pusat medical lain jangan harap memang tak boleh.....(actually ada lagi ayat-ayat belakang yang dicakapkan tapi saya dah x dapat dengar dengan betul sebab geram dan kira nak menjawab terus jer)
Saya yang tengah marah ni : Kalau boleh bertolak ansur..kalau tak dapat saya terpaksalah ikut tarikh yang doktor bagi yer tak....(rasa macam nak hentak jer kaunter pendaftaran tu tapi saya masih waras lagi)

Yang pakar fisio kat belakang tu diam jer bila dengar saya berbalas cakap dengan 2 orang wanita yang *^###@!!@  tu...dia tak terkata apa-apa.Saya dah dapat balik kad temujanji daripada doktor tu , cakap terima kasih terus bla ...dah x tahan nak mendengar & mengadap muka wanita-wanita tu.
Saya bukan suka-suka mintak tarikh tetapi saya meminta budi bicara daripada doktor andainya tarikh dapat disesuaikan dengan tarikh appoinment yang lain...itupun jika ada kekosongan.Bayangkan takkan saya nak datang ke hospital 2 hari berturut-turut.....saya pun makan gaji jugak...untuk bulan Mac ini saya perlu bawa Humaira sebanyak  3  kali iaitu pada 10/3(dah lepas) , 21/3 dan 31/3.Kalau ditambah pada 30/3 memang saya tak dapat hadir kerana tarikhnya yang berturut-turut...apa saya nak jawab dengan ketua jabatan & apa pulak pandangan rakan sekerja yang lain kan..tapi kalau keadaan memaksa dan appoiment itu penting ,mahu  tak mahu saya terpaksa datang jugak.Tetapi itulah seandainya......seandainya la kan...pihak hospital dapat bertoleransi sekali sekala, bukan tiap-tiap kali... ia banyak membantu pihak kami.Apapun yang tak tahan sikap 2 orang staf tu....tolonglah jangan menyampuk bila parents @ patient berdiskusi dengan doktor....dan tolong sangat-sangat...jangan bercakap banyak jika percakapan anda itu nanti boleh menyakitkan hati insan lain.....jalankan tugas anda sebaik & seikhlas mungkin dan lagi satu "berbudi bahasa itu amalan kita"..serapkan dalam diri tu & jangan suka mempermudahkan hidup orang lain...Ya Allah Ya Tuhanku...peliharalah hatiku supaya tidak bersifat busuk hati & tebalkanlah imanku...aaaamin...

Tengah tunggu turn ... ni kat unit oftalmologi


sempat lagi turun ke cafe coz anak-anak dah kelaparan


nape sampai terdongak tu Humaira...tengok mama tangkap gambar yer


Abang dah tunjuk muka tension...lama sangat menunggu jadi cam tu la..sabar yer bang

p/s : Ingat suka sangat ke datang hospital.... tak hingin tapi demi anak kuatkan gak semangat dan buang jauh-jauh sifat amarah...sabar jer lah..

8 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..awat mulut mika2 ni mcm longkang!! sabau jelah! hurm dia ckp kat tpt lain takde ek..ni rasa kat sg. buloh boleh je tolak ansur klu bab pilih tarikh appointment ni.hurm..dorang je yg takpandai wat keje. Akak wat je surat komplen..sah2 penilaian ujung taun teruk..haha..

insan kerdil said...

pada ketika di ruangan 'sewajarnya'....dikelilingi perhatian 'sepatutnya'.....bukan jua suatu 'jaminan'....pabila yang turut hadir adalah makhluk bernama manusia....yang zahir nya punya hati tetapi tidak punya jiwa....

apatah lagi sering pula 'mendendangkan' irama sumbang...yang hanya 'mereka' sahaja selayaknya 'mendengar'....sedang yang nyata...'mereka' terlupa akan hakikat....'mereka' juga adalah makhluk....yang turut tidak akan terlepas....daripada penilaian Allah S.W.T...yang Maha Mengetahui....yang Esa....

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji dan diuji...dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

ieda said...

biasanya staff jadi macam ni bila doktor tak ambil berat ttg perangai depa.depa dah naik tocang.

ingat lg masa kerja O&G dulu...kami (dr & staff) pakat2 adjust appointment patient antara hospital dgn klinik kesihatan supaya tak rapat sgt.kalau tak boleh elak just suruh dtg hospital.abaikan klinik kesihatan & staff kat hospital akan inform klinik so that nurse kat klinik tak bising2 kat patient.
benda sebenarnya boleh buat.saja depa nak kepoh lebih.

Nonie said...

Ina : akak citer kat abang..abang pun cakap mcm tu...tp akak benornyer x suka nak komple2n orang ni lebih2 lg berkaitan periuk nasi diorang..xperlah kali ni akak maafkan jer ..klu lepas ni diorang wat lg akak xkan teragak-agak utk wat komplen...xper kami akan jumpa lg lps ni...hehehe

Nonie said...

Kak nanie : betul tu kak...Allah Maha Melihat segalanya...:-)

kAK iEDA: saya pn keje PT kak...selalu jumpa karenah parents & cikgu yg macam2..tp itulah...jika org berbudi kita berbahasa kan...jika org bertanya dengan baik kiter pun jawapla dengan baik gak..jd xderla pihak yg tersinggung kan:-)

Bicara hati ibu aisya said...

Tipulah diorang tuh.Kat Hospital Serdang boleh jer mintak tarikh appoinment ikut kesesuaian kita.Ayu selalu mintak agar tarikh dapat yang sama dengan lain2 appoinment agar xperlu g hospital 3,4 kali sebulan.Bayangkan kalo tiap2 minggu g hospital.Letih giler badan apatah lagi anak kita.Diorang ni patut g hantar kursus bagaimana nak berurusan dengan orang awam.Kalau tak selamanyalah begituh.Hihihihi...tumpang marah lak kat sini.

Nonie said...

betul tu Ayu...akak pun sebenarnya dah meluat tgk muka diorng kat fisio tu tp nak wat camner tetap ngadap gak tiapkali bawak Humaira appointment fisio...harap satu hari nanti mereka2 ni akan berubah ...

Mama Q said...

Salam...mencelah ni...nak seribu daya x hendak seribu dalih...sebenarnya boleh aje klu nak ubah..tp dia org tu malas nak pikir @ cek schedule. pengalaman saya dgn ENT Seremban...siap tanya lagi boleh ke x dgn tarikh & masa yg dia org plan. Klu dah x boleh sgt sbb schedule dia org padat siap mtk maaf lagi.